4 Resepi Nugget Ayam

Nugget ayam adalah sejenis makanan segera yang diperbuat daripada daging ayam yang telah dikisar atau dipotong kecil, kemudian dibentuk menjadi kepingan kecil dan dibalut dengan tepung roti sebelum digoreng. Makanan ini popular di seluruh dunia sebagai hidangan ringan atau makanan utama, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Nugget ayam biasanya disediakan dalam bentuk yang seragam dan mudah dimakan, menjadikannya pilihan yang praktikal untuk hidangan pantas. Ia boleh dihidangkan dengan pelbagai sos seperti sos tomato, mayonis, atau sos cili, dan sering dijumpai di restoran makanan segera serta mudah disediakan di rumah.

1. Resepi Nugget Ayam Homemade Mudah

Bahan-bahan

  • Isi ayam
  • Lada sulah
  • Sikit garam
  • Tepung gandum

Cara nak buat Nugget Ayam Homemade Mudah

  1. Blend kesemua bahan dan masukkan dalam loyang dan kukus.
  2. Siap kukus boleh potong ikut bentuk kesukaan.
  3. Celup telur dan celup breadcrumbs boleh goreng.

Sumber: Haniza Ishak dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Nugget Ayam Sihat

Bahan-bahan

  • Blend dada ayam (dalam 3 genggam),
  • 3 biji telur
  • 1/2 sudu lada sulah
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih

Cara nak buat Nugget Ayam Sihat

  1. Siap blend, letak dalam bekas dan campur 4 sudu tepung gandum (jika alah gluten boleh guna tepung kelapa).
  2. Letak sedikit minyak zaitun @ minyak masak. Masuk 1/2 sudu kecil garam & gaul sebati. 3.
  3. Letak dalam bekas dan kukus dalam 20 minit. Dah siap kukus, potong kecil, celupkan dalam telur yang dicampur secubit garam.
  4. Salut dengan breadcrumbs. Dan goreng nugget macam biasa.

Sumber: Nor Zuriana Mohammad

3. Resepi Nugget Ayam Versi Tempura

Bahan-bahan

  • Ayam kisar 800g
  • Telur 2 biji1.5 cawan
  • Lobak 1/2 batang (rebus hingga lembut)
  • Brokoli 100g (rebus hingga lembut)
  • Serbuk lada 3sk
  • Garam 3 sk (kalau kurang tambah)
  • Serbuk perasa mushroom (organik non msg)
  • Bawang putih 4 ulas tumbuk halus
  • *Tepung ubi 1/2 cawan
  • *Tepung gandum 3 cawan (kalau taknak guna nasi sejuk, boleh guna breadcrumbs putih, anggaran 6 -8 sudu besar)

Bahan salutan tepung

  • Tepung gandum 1 cawan
  • Tepung bestari ori 1 cawan
  • Breadcrumbs secukup nya
  • Air sejuk secukup nya untuk bancuh tepung(Tepung bestari boleh ganti tepung jagung, tapi tambahkan garam dan serbuk lada sesuaikan garam secukupnya)

Cara nak buat Nugget Ayam Versi Tempura

  1. Campur semua bahan nuget kecuali tepung ubi dan gandum, kemudian baru gaul dengan tepung. Sekiranya terlalu lembik, boleh tambah tepung gandum.- sediakan air rebusan untuk rebus sebentar nugget.
  2. Basahkan tangan dengan air, kemudian bentukkan nugget masukkan nugget yang dah bentukkan ke dalam air mendidih.
  3. Apabila dah kental angkat nugget dan masukkan dalam air sejuk dah siap semua toskan hingga kering.

Tepung salutan

  1. Satukan tepung gandum dan tepung bestari original bancuh dengan air sejuk hingga sebati dan pekat (macam nak buat pisang goreng).
  2. Masukkan nugget tadi kedalam adunan salutan dan goreng hingga garing.
  3. Untuk bread crumbs, celupkan nugget ke dalam adunan tepung bancuh tadi. Kemudian baru golekkan ke dalam breadcrumbs.

Sumber: Rahimah Anuar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Nugget Tempura Ayam

Bahan-bahan

  • *Isi Ayam
  • *Bawang Besar
  • *Bawang Putih
  • *Telur
  • *Serbuk Hilal
  • *Serbuk Maggi Cukup Rasa
  • *Sedikit Garam
  • *Serbuk Lada Hitam
  • *Sedikit Air
  • *Tepung Jagung
  • Tepung serbaguna (beli kedai ECO aje)

Cara nak buat Nugget Tempura Ayam

  1. Blend semua yang bertanda *
  2. Loyang terlebih dahulu sapukan minyak/butter.
  3. Masukkan bahan yang diblend ke dalam loyang dan kukus selama 30minit.
  4. Siap kukus, angkat & potong mengikut citarasa sendiri.
  5. Bancuh tepung serbaguna dengan air & jangan terlalu likat/cair.
  6. Celup & goreng dalam minyak yang panas.

Sumber: Che Ros dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Makanan Sampingan Berasaskan Ayam

1. Popcorn Chicken

Popcorn chicken adalah kepingan kecil daging ayam yang dipotong dalam saiz kecil seperti popcorn, dibalut dengan tepung berbumbu dan digoreng sehingga garing. Hidangan ini popular kerana saiznya yang kecil memudahkan untuk dimakan sebagai snek atau makanan ringan.

2. Chicken Wings

Chicken wings atau sayap ayam goreng adalah bahagian sayap ayam yang digoreng dengan tepung berbumbu atau dibakar dengan pelbagai perisa. Ia merupakan hidangan popular terutamanya sebagai makanan ringan atau hidangan sampingan di restoran dan kedai makanan.

3. Chicken Strips

Chicken strips adalah hirisan panjang daging ayam yang dibalut dengan tepung roti dan digoreng sehingga keemasan. Bentuknya yang memanjang memudahkan untuk dicelup ke dalam sos dan sering menjadi pilihan popular dalam menu makanan segera.

4. Chicken Tenders

Chicken tenders adalah bahagian daging ayam yang lembut dari bahagian dada ayam, dibalut dengan tepung dan digoreng. Ia dikenali kerana teksturnya yang lembut dan mudah dimakan, sering disajikan sebagai makanan utama atau ringan.

5. Fish Nuggets

Fish nuggets adalah nugget yang diperbuat daripada daging ikan yang dikisar dan dibentuk seperti nugget ayam, kemudian dibalut dengan tepung roti dan digoreng. Ia menawarkan alternatif kepada nugget ayam bagi mereka yang ingin menikmati hidangan laut dalam bentuk yang mudah dimakan.

Leave a Comment