2 Resepi Nasi Pakistan

Hidangan Nasi Pakistan ini biasanya dimasak menggunakan beras basmati, sesuai dengan teksturnya yang mudah berderai ketika dimakan. Hidangan ini terkenal dengan rasa yang berempah dan sering menggunakan bahan seperti bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga, dan daun bay untuk memberikan aroma yang wangi.

Resepi Nasi Pakistan ini sering dipadankan bersama lauk sampingan lain, antaranya ayam atau daging masak kari, dal, dan juga acar jelatah. Nasi Pakistan amat popular dalam kalangan masyarakat Asia Selatan dan sering menjadi pilihan dalam majlis kenduri atau perayaan.

1.Resepi Nasi Briyani Pakistan

Bahan bahan Nasi Briyani Pakistan

  • 6 biji bawang size sederhana
  • 1 ekor ayam atau 2kg daging/kambing
  • 1/2 cawan minyak
  • 1 packet rempah Briyani Pakistan
  • 5 cabai hidup
  • Garam
  • 2 biji tomato size besar
  • 1/2 cawan youghart

Bahan nasi

  • 3 cawan beras basmati (rendam selama 20 minit)
  • 3 liter air (untuk mendidih)
  • 1 sudu teh biji jintan
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 batang kayu manis
  • 1 sudu besar buah pelaga
  • 4 hingga 5 sudu besar garam
  • Setelah air mendidih, masukkan beras dan biarkan sehingga nasi 3/4 masak (anggaran 10 minit)
  • Tapis beras dan ketepikan

Cara nak buat Nasi Briyani Pakistan

Gravy

  1. Panaskan minyak dan goreng bawang hingga perang.
  2. Masukkan tomato dan goreng sekejap selama 5 minit hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam atau kambing, biarkan selama 5 minit.
  4. Tambahkan yogurt, garam, dan rempah briyani. Biarkan pada api perlahan sehingga ayam atau kambing menjadi lembut dan naik minyak.
  5. Akhir sekali, masukkan cabai hidup dan biarkan beberapa minit sebelum dihidangkan.

Nasi

  1. Masukkan satu lapisan nasi yang 3/4 masak tadi, kemudian taburkan pewarna kuning atau saffron.
  2. Letakkan lapisan ayam atau kambing di atasnya.
  3. Ulangi proses ini sebanyak 2 hingga 3 lapisan.
  4. Tutup periuk dan masak selama 5 minit atas api sederhana, kemudian teruskan masak selama 10 minit di atas api paling perlahan.
  5. Setelah masak, gaulkan nasi sebelum dihidangkan.
  6. Nasi Biryani ini sangat sedap dimakan bersama Raita atau jika dimakan dengan ayam asam banjar pun, memang sedap, terutamanya jika menggunakan daging

Sumber: Jaja Razali dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Nasi Pakistan Mudah

Bahan-bahan Nasi Pakistan Mudah

  • 2-3 sudu besar butter
  • 1-2 biji bunga lawang
  • 3-4 biji cengkih
  • 1 batang kayu manis
  • 1 sudu teh jintan
  • 1 sudu teh biji ketumbar
  • 1 biji bawang holland, dihiris
  • 2 inci halia, dihiris
  • 2-3 biji cili hijau, dihiris
  • 1 ekor ayam, dipotong
  • Garam secukup rasa
  • 2-3 sudu besar yogurt
  • 2 cawan beras basmati, direndam
  • Daun pudina secukupnya
  • Air secukupnya
  • Saffron (untuk warna merah, jika mahu)

Cara nak buat Nasi Pakistan Mudah

  1. Cairkan butter dalam periuk.
  2. Masukkan bunga lawang, cengkih, kayu manis, jintan, dan biji ketumbar. Tumis hingga naik bau.
  3. Kemudian, masukkan bawang holland yang dihiris, halia, dan cili hijau. Tumis hingga bawang lembut.
  4. Masukkan ayam, garam, dan sedikit yogurt. Kacau rata.
  5. Setelah mendidih dan ayam menjadi empuk, masukkan beras yang telah direndam dan ditoskan.
  6. Taburkan daun pudina di atas nasi.
  7. Tambahkan air secukupnya dan biarkan nasi masak.
  8. Jika mahu nasi berwarna merah, masukkan saffron lebih banyak.

Sumber: Roziah Salim

Selain Resepi Nasi Pakistan, Apa Lagi Resepi Nasi yang Sedap

Selain Nasi Pakistan, ada banyak lagi resepi nasi yang sedap yang boleh dicuba sendiri dirumah. Berikut adalah beberapa pilihan resepi nasi untuk anda.

1. Nasi Lemak

Nasi Lemak adalah menu yang terkenal di Malaysia. Nasi ini dimasak dengan santan, memberikan rasa berlemak. Ia dihidangkan dengan sambal yang pedas, telur rebus, ikan bilis yang rangup, dan timun yang segar sebagai pelengkap

2. Nasi Kerabu

Nasi Kerabu hidangan nasi yang berwarna biru. Nasi ini biasanya disajikan dengan pelbagai ulam-ulaman seperti daun selom, pucuk pegaga, dan bunga kantan, yang memberi rasa segar dan menyegarkan. Sebagai pelengkap, sambal yang pedas, manakala ayam bakar atau ikan yang dibakar menambahkan lagi keenakan menu ini. Tidak ketinggalan, keropok sebagai makanan tambahan.

3. Nasi Minyak

Nasi Minyak dimasak dengan campuran rempah seperti kayu manis, cengkih, dan daun pandan. Nasi Minyak biasanya dimakan bersama hidangan seperti ayam goreng, ayam masak merah, atau daging kambing dan daging masak hitam. Selain itu, ia turut disajikan dengan acar, dan sambal sebagai pelengkap.

4. Nasi Ayam Hainan

Nasi ini dimasak menggunakan ayam yang direbus. Sup ayam yang ringan dan menyegarkan turut dihidangkan sebagai pelengkap, menambah kelazatan hidangan ini. Tidak ketinggalan, sambal yang pedas dan beraroma serta daun salad sebagai pelengkap hidangan.

Leave a Comment