4 Resepi Nasi Goreng Tomyam

Nasi Goreng Tomyam merupakan sejenis hidangan nasi goreng yang dimasak dengan perisa tomyam yang masam pedas. Hidangan ini menggabungkan teknik memasak nasi goreng tradisional dengan rempah ratus dan bahan-bahan yang biasa digunakan dalam sup tomyam seperti serai, daun limau purut, cili padi, asam jawa dan rempah belacan.

Keunikan hidangan ini terletak pada perisa tomyam yang kuat yang memberikan rasa masam, pedas dan beraroma yang menyegarkan. Nasi goreng ini biasanya dimasak bersama udang, sotong atau ayam, serta sayur-sayuran seperti tomato dan bawang besar untuk melengkapkan cita rasa tomyam yang autentik.

1. Resepi Nasi Goreng Tomyam

Bahan-bahan

  • Udang / sotong
  • Bawang blend/ tumbuk ( bawang merah & putih)
  • Satu sudu cili blend
  • Daun limau purut
  • Serai dihiris
  • Cili padi
  • Kiub pati tomyam
  • Kubis bunga dan carrot

Cara nak buat Nasi Goreng Tomyam

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang dan cili kisar. Agak dah naik bau tu, masukkan kiub, daun limau dan serai kacau sebati.
  2. Masukkan sedikit air kalau pekat masukkan udang dah nak dekat kering, masukkan nasi kacau sekejap, masukkan sotong dan sayur.
  3. Masukkan perasa garam letak sikit sebab kiub dah rasa masin juga.

Sumber: Noorhafizah Ismail dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Nasi Goreng Tomyam Sotong

Bahan-bahan

Bahan kisar

  • 2biji bawang besar
  • 6ulas bawang putih
  • 3pc daun limau purut
  • 2sdb perencah tomyam
  • 1pati kiub tomyam
  • 2btg serai
  • 10biji cili api
  • Sos sotong

Bahan lain

  • Sotong
  • Nasi
  • Sayur
  • Garam
  • Perasa
  • Daun ketumbar

Cara nak buat Nasi Goreng Tomyam Sotong

  1. Perap sotong dengan bahan kisar, hirisan daun ketumbar dan garam perap dalam 30minit dan grill.
  2. Tumis bahan blend letak hirisan daun limau purut masak sampai pecah minyak.
  3. Kalau nak letak ayam/daging/udang terpulang. Letak sayur dan nasi garam + perasa. Goreng sampai nasi berderai dan masak.

Sumber: Nadia dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Nasi Goreng Tomyam Pedas Berdesik

Bahan-bahan

Bahan A

  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu makan cili kering
  • 2 sudu makan perencah tomyam Thai

Bahan B

  • 5 ekor udang
  • 1-2 ekor sotong

Bahan C

  • Baby corn
  • Kubis bunga
  • Carrot1 batang
  • Serai 2 helai
  • Daun limau purut

Bahan D

  • Nasi 3 cawan

Cara nak buat Nasi Goreng Tomyam Pedas Berdesik

  1. Blend bahan A. Hiris bahan B dan C. Tumis bahan A sehingga sedikit garing.
  2. Masukkan udang dan sotong. Kacau sebentar sahaja bagi mengelakkan udang dan sotong liat.4.
  3. Masukkan bahan garam, bahan C dan nasi. Kacau hingga sedikit garing.

Sumber: Farrah Wahida dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Nasi Goreng Tomyam Simple

Bahan-bahan

  • 5-6 ulas cili api tumbuk dengan segenggam ikan bilis
  • Carrot sebiji sagat halus
  • Crabstick 3-4 btg potong halus (optional)
  • 1sdk pes tomyam
  • Perasa knor cukup rasa

Cara nak buat Nasi Goreng Tomyam Simple

  1. Panaskan minyak goreng cili api tumbuk dengan ikan bilis bagi agak garing masukkan crabstick goreng sebentar masukkn pes tomyan dan knor cukup rasa.
  2. Masukkan nasi 2 senduk dan carrot, goreng sampai sebati . Siap.

Sumber: Suhaila Mohd Yusoff dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Apa Lagi Nasi Goreng Yang Popular?

1. Nasi Goreng Kampung

Nasi Goreng Kampung adalah hidangan nasi goreng tradisional Malaysia yang dimasak dengan ikan bilis, udang kering, telur, kacang panjang dan taugeh. Hidangan ini terkenal dengan rasa yang gurih dan sedikit pedas daripada cili padi, serta aroma yang wangi daripada ikan bilis yang digoreng garing.

2. Nasi Goreng Cina

Nasi Goreng Cina merupakan hidangan nasi goreng yang dipengaruhi masakan Cina dengan penggunaan kicap manis dan kicap masin sebagai penyedap utama. Hidangan ini biasanya dimasak dengan char siu, udang, telur dan sayur-sayuran, memberikan rasa yang manis dan gurih dengan aroma yang khas.

3. Nasi Goreng Pattaya

Nasi Goreng Pattaya adalah variasi nasi goreng yang dibungkus dengan telur dadar nipis dan biasanya dihiasi dengan sos tomato atau sos cili di atasnya. Hidangan ini popular kerana presentasinya yang menarik dan gabungan rasa nasi goreng yang gurih dengan kelembutan telur dadar yang menyelubunginya.

4. Nasi Goreng USA

Nasi Goreng USA merujuk kepada nasi goreng yang dimasak dengan udang, sotong dan ayam (Udang-Sotong-Ayam), memberikan nama singkatan “USA”. Hidangan ini kaya dengan protein laut dan daging, dimasak dengan rempah ratus tempatan yang memberikan rasa yang kompleks dan mengenyangkan.

5. Nasi Goreng Belacan

Nasi Goreng Belacan adalah hidangan nasi goreng yang menggunakan belacan sebagai bahan utama penyedap, memberikan aroma dan rasa yang kuat serta autentik. Hidangan ini biasanya dimasak dengan udang, ikan bilis, cili dan sayur-sayuran, menghasilkan rasa yang gurih, pedas dan sangat beraroma khas masakan Melayu.

Leave a Comment