2 Resepi Nasi Goreng Ladna Masakan Ala Thai

Nasi Goreng Ladna adalah hidangan nasi goreng yang popular dalam masakan Thai. Ia terkenal dengan rasa yang berlemak, dan mempunyai kuah pekat serta menjadikan hidangan ini istimewa. Nasi goreng ini biasanya dimasak dengan pelbagai bahan seperti sayur-sayuran, daging, dan sos yang memberikan aroma yang sedap.

Resepi nasi goreng ladna ini juga boleh dihidangkan dengan beberapa gandingan menu sampingan untuk melengkapkan rasa dan menjadikan hidangan lebih menarik antarnya telur goreng, kerabu mangga dan sup kosong.

1. Resepi Nasi Goreng Ladna Sedap

Bahan-bahan Nasi Goreng Ladna Sedap

Bahan nasi goreng

  • Nasi putih
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • Kicap secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Bahan kuah hailam

  • 1/2 kiub ayam
  • 5-6 ekor udang
  • 2 cawan air
  • 1 sd besar tepung jagung ( larutkan dengan sedikit air)
  • 2 sd besar sos tiram
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Sayur-sayuran (kobis, kobis bunga, cendawan butang, tofu dll)

Cara nak buat Nasi Goreng Ladna Sedap

Nasi Goreng

  1. Tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak.
  2. Masukkan nasi dan goreng rata.
  3. Masukkan kicap dan garam secukup rasa.
  4. Goreng sehingga kicap sebati dengan nasi.
  5. Ketepikan/ boleh letakkan terus di atas pinggan.

Kuah hailam

  1. Masukkan air ke dalam kuali.
  2. Masukkan kiub ayam. Biarkan air mendidih.
  3. Masukkan udang, serbuk lada hitam, sos tiram.
  4. Bila udang agak masak, masukkan sayuran dan rasakan garam.
  5. Bila sayuran dah start mendidih, masukkan tepung jagung.
  6. Kacau rata sehingga kuah menjadi likat.
  7. Kemudian boleh diangkat dan tuang ke dalam pinggan nasi tadi.

Sumber: Resepi Masakan Ibu Ibu Comel

2. Resepi Nasi Goreng Ladna Mudah

Bahan- bahan Nasi Goreng Ladna Mudah

Bahan nasi goreng

  • Semangkuk nasi dingin
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 sudu cili giling
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit kicap
  • Garam

Bahan kuah ladna

  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar sos tiram
  • Sayuran carrot,bunga kubis,sawi dan cendawan
  • Air rebusan ayam
  • Sedikit ayam yg dipotong kuib
  • Sedikit tepung jagung

Cara nak buat Nasi Goreng Ladna Mudah

Kuah ladna

  1. Masukkan minyak.
  2. Masukkan bawang putih yang ditumbuk.
  3. Masukkan ayam, sos tiram dan air rebusan biarkan mendidih.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan sayuran dan biarkan mendidih.
  6. Bila masak tuangkan di atas nasi tadi.

Sumber: Lubuk Resepi

Makanan Ala Thai Yang Popular Di Malaysia

Masakan ala Thai sangat popular di Malaysia kerana rasanya yang kaya dengan rempah dan keseimbangan antara masam, manis, pedas, dan masin sesuai dengan rasa di Malaysia. Kami sertakan sekali 4 resepi makanan Ala Thai yang cukup digemari di Malaysia.

1. Tom Yam

Tom Yam merupakan hidangan sup yang sangat pedas dan masam, sering dimasak bersama pilihan ayam, udang, atau makanan laut. Ia terkenal kerana kuahnya yang pekat dan aroma rempah seperti serai, daun limau purut, dan cili padi.

2. Pulut Mangga

Pulut Mangga adalah pencuci mulut yang menggabungkan dua hidangan iaitu pulut yang lemak manis dengan hirisan mangga masak dan siraman kuah santan yang pekat.

3. Green Curry

Kari hijau ini menggunakan pes hijau khas yang terbuat dari cili hijau, santan, dan herba seperti daun selasih Thai dan daun limau purut. Rasa lemak, pedas, dan aroma herba menjadikan kari hijau Thai sesuai dimakan bersama nasi.

4. Som Tam (Kerabu Betik)

Kerabu Betik atau Som Tam ialah salad betik muda yang dicincang halus, dihidangkan dengan sos yang pedas dan masam. Selalunya ia ditambah dengan kacang tanah, udang kering, dan limau nipis. Hidangan ini digemari kerana kerangupannya dan rasa masam manis yang menyegarkan.

Leave a Comment