2 Resepi Nasi Goreng Cili Padi

Siapa sahaja yang tidak gemar makan nasi goreng? Selain mudah disediakan, nasi goreng juga terkenal dengan pelbagai jenis resipi yang ada. Kali ini, resipi yang dikongsikan adalah nasi goreng cili padi yang terkenal dengan kepedasan rasanya. Menggunakan cili padi sebagai bahan utama, nasi goreng cili padi cukup beraroma dan memikat selera.

Bahan yang diperlukan juga sangat mudah didapati, antaranya ialah nasi sejuk, cili padi, bawang merah, bawang putih, dan telur, serta bahan sampingan yang lain. Cara penyediaannya pula bermula dengan menumis bawang merah, bawang putih, dan cili padi hingga naik bau. Seterusnya, masukkan ayam atau daging mengikut kesesuaian masing-masing, dan akhir sekali tambahkan nasi sejuk. Hidangan ini sangat enak jika dinikmati ketika nasi goreng masih panas selepas dimasak.

1. Resepi Nasi Goreng Cili Padi

Bahan-bahan Nasi Goreng Cili Padi

  • Cili Padi – secukupnya (ikut tahap kepedasan).
  • Cili Besar – secukupnya
  • Bawang Putih – 3-4 ulas.
  • Bawang Merah – 2-3 biji.
  • Ikan Bilis – segenggam (ikut selera).
  • Telur – 4 biji.
  • Nasi Sejuk – secukupnya (lebih kurang 3-4 cawan).
  • Cukup Rasa – secubit (pilihan).
  • Garam – secukup rasa

Cara nak buat Nasi Goreng Cili Padi

  1. Kisar cili padi, cili besar, bawang putih, bawang merah, dan ikan bilis hingga halus.
  2. Panaskan minyak dalam kuali.
  3. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  4. Masukkan sedikit cukup rasa dan garam secukupnya.
  5. Pecahkan 4 biji telur ke dalam kuali.
  6. Biarkan seketika hingga sedikit masak, kemudian kacau sehingga sebati dengan bahan tumisan.
  7. Masukkan nasi sejuk ke dalam kuali.
  8. Kacau hingga semua bahan bercampur rata dan nasi berderai.
  9. Setelah nasi goreng masak, angkat dan masukkan ke dalam bekas seperti tupperware untuk disimpan atau dihidang.

Sumber: Roha Adrinna dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Nasi Goreng Cili Kering

Bahan-bahan

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • Sedikit belacan
  • Dalam segenggam cili kering (rebus atau rendam air panas dulu)
  • 2 biji telur
  • Kacang panjang (optional)
  • Ikan bilis goreng (optional)
  • Nasi putih

Cara nak buat Nasi Goreng Cili Kering

  1. Kisar bawang putih, bawang merah, cili kering, dan belacan hingga halu
  2. Panaskan minyak dalam kuali.
  3. Goreng ikan bilis hingga garing, kemudian ketepikan.
  4. Dengan minyak yang sama, tumis bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing.
  5. Pecahkan telur ke dalam kuali, kemudian kacau hingga sebati dengan bahan tumisan.
  6. Masukkan kacang panjang yang telah dihiris. Tumis seketika hingga layu.
  7. Tambahkan nasi sejuk ke dalam kuali dan gaul rata dengan semua bahan hingga nasi goreng masak sempurna.
  8. Tutup api dan hidangkan nasi goreng.

Sumber: Bebelan Cik Min dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Selain Resepi Nasi Goreng Cili Padi, Apa Lagi Resepi Nasi Goreng yang Sedap

Selain nasi goreng cili padi, ada banyak lagi resepi nasi goreng yang sedap dan mudah disediakan dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Berikut adalah beberapa cadagan resepi nasi goreng.

1. Nasi Goreng Kampung

Menggunakan bahan utama seperti ikan bilis, cili padi, bawang merah, bawang putih, dan kangkung. Taburkan ikan bilis goreng dan nikmati dengan sambal belacan dan keropok.

2. Nasi Goreng Tomyam

Pes tomyam adalah bahan utama yang diperlukan selain itu bahan lain adalah serai, daun limau purut, dan bahan protein lain seperti udang atau ayam. Mempunyai rasa masam pedas dan sedikit pedas.

3. Nasi Goreng Cina

Paling mudah dan tidak pedas. Bahan utama dalam resepi ini adalah bawang, sayur dan telur. Setelah itu boleh juga masukkan lada sulah untuk memberikan lebih beraroma.

4. Nasi Goreng Pattaya

Nasi goreng biasa yang dibungkus dengan telur dadar nipis. Bahan untuk membuat nasi goreng ini sama seperti nasi goreng kampung. Dihidangkan bersama sos cili.

Leave a Comment