Nasi briani ayam ialah hidangan yang berasal dari Timur Tengah dan Asia Selatan. Resepi nasi briani ayam ini terdiri daripada nasi berempah yang dimasak bersama ayam, menghasilkan aroma yang cukup menggoda.
Nasi biasanya menggunakan beras basmati dan dimasak bersama rempah seperti jintan manis, jintan putih, kayu manis, dan buah pelaga untuk memberikan bau rempah yang harum dan menyelerakan. Ayam pula diperap bersama yogurt, serbuk kari, serbuk cili, halia, dan bawang putih, kemudian dimasak sehingga perapannya meresap dengan sempurna.
Setelah itu, nasi yang telah digaulkan dengan rempah akan dimasak bersama ayam perapan dalam periuk nasi. Proses ini membolehkan rasa perapan ayam meresap ke dalam nasi. Nasi briani yang telah siap dimasak biasanya dihidangkan bersama hiasan seperti kacang gajus dan daun ketumbar.
1. Resepi Nasi Briani Plain
Bahan-bahan Nasi Briani Plain
- 3-4 Cawan beras Basmathi dibasuh dan tos
Bahan tumis
- 2 Sudu Butter/Gee/Minyak
- 1-2 helai daun bay/salam
- 2-3 sudu rempah briyani adabi
- 3 sekawan (Guna dalam sup bunjut tulang)
- 1 biji bawang besar dimayang
- 1 biji tomato slice
- Garam , Gula dan serbuk kunyit 1 sudu
- 3 cawan air – 1 cawan susu / santan / susu sejat
Bahan chicken roasted
- 2 peha ayam
- 2 – 3 sudu Rempah Briyani Adabi
- 1 Biji Bawang Besar
- 3 – 4 ulas bawang putih
- 2 sudu garam
- 1 sudu serbuk kunyit
- 5-6 helai daun pudina
- 2 biji cili besar hijau
Cara nak buat Nasi Briani Plain
- Masak nasi macam biasa.
Chicken roasted
- Blender dan perap selama 1 jam.
- Bakar pada suhu 180°c selama 30 minit atau sentiasa periksa sehingga warna ayam keemasan.
Sumber: Muhammad Kairul dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Nasi Briani Ayam Sedap
Bahan-bahan Nasi Briani Ayam Sedap
- 7 cawan beras Basmathi
- Seekor ayam potong 20
Bahan perapan ayam
- 6 ketul bawang putih
- 5 biji bawang besar merah
- Sepotong halia
- Sewan minyak masak
- Secawan serbuk cili
- 3 sudu serbuk kunyit
- 2 sudu Serbuk garam masala
- 2 sudu serbuk ketumbar
- 1.5 cawan air perahan limau nipis
- Garam secukup rasa
- Daun ketumbar & daun pudina
Bahan perapan nasi
- 10 biji cengkih
- 8 biji buah pelaga
- 5 kumtum bunga lawang
- 3 helai daun salam
- Garam secukup rasa
Cara nak buat Nasi Briani Ayam Sedap
- Basuh dan rendam beras selama 10 min kemudian toskan.
- Perapkan ayam dengan bahan-bahan perapan di atas selama min 1 jam.
- Panaskan minyak dan goreng bawang merah, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
- Masukkan ayam yang diperap tadi dan campurkan sedikit air.
- Gaul rata & check rasa garam.
- Matikan apa sekejap (ikut step seterusnya step 4)
- Didihkan air berserta bahan merebus nasi seperti di atas sehingga mendidih.
- Masukkan beras & gaul-gaul.
- Biarkan masak sehingga 60% masak.
- Toskan beras tersebut.
- Taburkan beras di atas ayam yang sedang dimasak dengan rata.
- Dengan api yang kecil, tutup rapat-rapat dan masak nasi beriani selama 1 jam.
- Sempurnakan hidangan dengan nasi & ayam ya, sebab ayam tu di selalu kat bahagian bawah.
- Taburkan lah bawang goreng sikit.
Sumber: Nasiron Ngadi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Selain Nasi Beriani Ayam, Apa Lagi Resepi Nasi Briani yang Sedap
Selain nasi briani ayam, terdapat banyak lagi resepi nasi briani yang enak dan sesuai dihidangkan bersama pelbagai lauk sampingan. Berikut adalah beberapa cadangan resepi nasi briani.
1. Nasi Beriani Kambing
Mengunakan daging kambing sebagai hidangan utama dalam penyediaan nasi beriani ini. Daging kambing akan diperap bersama bahan rempah sehingga empuk dan menghasilkan bau aroma yang menyelerakan.
2. Nasi Beriani Daging
Daging lembu akan direbus terlebih dahulu sehingga empuk dan dimasak bersama bahan rempah khas untuk memberikan rasa perapan sebati dengan nasi beriani
3. Nasi Beriani Telur
Telur akan direbus dan dikupas kulit terlebih dahulu, kemudian dimasak bersama nasi beriani. Sesuai untuk hidangan yang cepat dan mudah.
4. Nasi Beriani Vegetarian
Sesuai untuk penggemar vegetarian, anda juga boleh menikmati hidangan nasi beriani yang enak. Menggunakan campuran sayur-sayuran seperti kentang, lobak merah, dan kacang panjang.