4 Resepi Mee Siam

Mee Siam merupakan hidangan mee beehoon yang dimasak dengan kuah berasaskan asam jawa, memberikan rasa masam manis yang menyegarkan. Hidangan ini berasal dari pengaruh masakan Peranakan dan Thai, di mana mee beehoon direbus dan dicampur dengan kuah yang diperbuat daripada cili kering, bawang, belacan, asam jawa, gula dan santan.

Mee Siam biasanya dihidangkan dengan telur rebus, taugeh, tahu goreng, keropok udang dan daun limau nipis sebagai hiasan. Hidangan ini popular di seluruh Malaysia dan Singapura, dan menjadi salah satu pilihan utama dalam menu sarapan pagi atau makan tengahari di kedai-kedai mamak dan restoran tempatan.

1. Resepi Mee Siam Goreng Kering

Bahan-bahan

  • Satu packet Mee Hoon – direndamkan dahulu kemudian di toskan.

Bahan rempah

  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar towcho
  • 5 sudu besar cili kering kisar
  • 2 sudu besar udang kering
  • 2 sudu besar ikan bilis
  • Bahan2 di atas semua di kisar halus.
  • Garam & gula (secukup rasa)
  • Air Assam jawa (semangkok)
  • 100ml santan
  • 1 cawan air

Bahan sajian atas mee siam

  • 5 biji Limau Kasturi
  • Daun Kuchai – di potong kecil2
  • 500gm – Udang segar, buang kulit nya
  • 4 biji telur rebus (di potong empat)
  • 1/2 mangkuk taugeh buang akarnya
  • Bawang merah goreng

Cara nak buat Mee Siam Goreng Kering

  1. Goreng rempah sampai wangi.
  2. Letakan 100ml santan dan secawan air. Letakkan garam & gula secukup rasa.
  3. Bila mendidih masukan udang dan gaulkan rata, bila setengah masak, letakan meenya. Gaulkan dengan kuah rencahnya hingga sebati. Letakan daun kuchai & taugeh, gaulkan sampai sebati.
  4. Bila sudah masak, Sajikan panas bersama potong limau kasturi, perahkan jus nya, bersama taburan bawang merah goreng, telur rebus dan daun kuchai.

Sumber: Joha Hassan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Mee Siam Kuah Taucu

Bahan-bahan

Bahan kuah

  • Blend bawang putih dan bwg merah
  • Cili kisar
  • Udang geragau
  • Serai
  • Kacang tanah yang dah siap di blend kasar
  • Tauchu
  • Fish cake
  • Fish ball

Bahan hiasan

  • Bwg goreng
  • Telur rebus
  • Tahu goreng
  • Daun bawang
  • Limau

Cara nak buat Mee Siam Kuah Taucu

  1. Tumis bawang putih dan merah.
  2. Dah naik bau masukkan cili kisar . Tumis sampai garing.
  3. Masukkan fish cake dan fish ball.
  4. Masukkan udang geragau.
  5. Masukkan air.
  6. Masukkan kacang tanah yang dah di blend tadi.
  7. Masukkkan tauchu (agak agak nanti masin).
  8. Perasakan dgn gula, garam dan ajinomoto.
  9. Kalau kuah agak cair letak sikit tepung ubi atau tepung jagung.
  10. Mee hoon goreng macam biasa.

Sumber: Mil Kamila dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Mee Siam Kuah Baba Nyonya

Bahan-bahan

Bahan kisar

  • Cili kering 1 genggam
  • Bawang besar 2
  • Bawang putih
  • Belacan 1 inchi
  • Udang kering 2sb

Bahan mee

  • Mee hoon 1 pek rendam air panas
  • Taugeh 50 sen
  • Taucho 2sb
  • Garam

Bahan kuah

  • Asam keping
  • Taucho 3 sb
  • Gula
  • Garam
  • Lengkuas
  • Serai
  • Kacang kisar
  • Santan

Bahan hiasan

  • Rebus telur
  • Goreng tahu yang telah didadu
  • Hiris kucai panjang 1cm
  • Limau sambal

Cara nak buat Mee Siam Kuah Baba Nyonya

  1. Tumis bahan kisar dan bagi 3 untuk sambal, mee dan kuah.
  2. Tumis untuk sambal di kuali lain. Tambah gula, garam.
  3. Tumis sambal bersama taucho dan garam. Gaulkan bersama taugeh dan mee hoon.
  4. Tumis sambal bersama taucho, gula, garam, lengkuas, serai. Masuk air secukupnya.. Bila dah boiling. Masuk Santan.

Sumber: Zaharah Jane Al Qadry dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Mee Siam Kuah

Bahan-bahan

Bahan mee

  • 400 gm mee hoon (rendam hingga lembut)
  • 20 tangkai cili kering*
  • 4 biji bawang besar*
  • 5 ulas bawang putih*
  • Sedikit udang kering *
  • taugeh (ikut suka)

Bahan kuah

  • 1/2 kilo daging (di potong kecik & rebus)
  • 30 tangkai cili kering*
  • 3 biji bawang besar*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 genggam udang kering*
  • 4 sudu Tauchu
  • Gula pasir
  • Garam secukup rasa

Bahan tabur

  • 4 keping tauhu (potong dadu & goreng)
  • Sedikit daun kucai (potong)
  • Limau kasturi (belah dua)
  • Telur rebus
  • Cili merah hiris

Cara nak buat Mee Siam Kuah

Mee

  1. Kisar & tumiskan bahan yang bertanda * hingga garing dan naik.
  2. Masukkan mee yang telah direndam goreng hingga masak.
  3. Masukkan taugeh & Masak secukup rasa.

Kuah

  1. Kisar dan tumiskkan bahan yg bertanda * sampai garing.
  2. masukkan air rebusan daging, tauchu, garam & gula. Tambahkan air. Masak secukup rasa dan rasa manis yang seimbang.

Sumber: Lin Linda Azlinda dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Hidangan Mee Lain Yang Popular

1. Mee Rebus

Mee Rebus merupakan hidangan mi kuning dalam kuah pekat berwarna coklat yang diperbuat daripada ubi kayu, kentang dan rempah-ratus. Kuahnya mempunyai tekstur yang likat dan rasa yang kaya, sering dihiasi dengan telur rebus, tauhu goreng, daun bawang dan keropok sebagai pelengkap.

2. Mee Curry

Mee Curry adalah hidangan mi dalam kuah kari yang pekat dan beraroma. Kuah kari yang digunakan biasanya diperbuat daripada santan dan rempah kari, memberikan rasa pedas dan lemak yang sedap. Ia sering disajikan dengan ayam, tauhu, taugeh dan kentang.

3. Laksa

Laksa merupakan hidangan mi berkuah yang mempunyai pelbagai variasi mengikut kawasan. Laksa Johor menggunakan kuah ikan, manakala Laksa Penang menggunakan kuah asam yang masam-pedas. Setiap jenis laksa mempunyai ciri khas tersendiri dari segi rasa dan cara penyediaannya.

4. Mee Bandung

Mee Bandung adalah hidangan mi kuning dalam kuah merah yang diperbuat daripada sos tomato, cili dan rempah-ratus. Kuahnya mempunyai rasa manis-pedas yang unik dan sering disajikan dengan udang, sotong, tauhu dan sayur-sayuran seperti kangkung dan taugeh.

5. Mee Mamak

Mee Mamak merupakan hidangan mi kuning yang digoreng dengan sayur-sayuran, daging atau makanan laut menggunakan sos dan rempah-ratus India-Muslim. Ia mempunyai rasa yang khas dengan sedikit rasa pedas dan manis, sering disajikan dengan acar timun dan keropok.

Leave a Comment