2 Resepi Mee Rebus Johor

Mee Rebus Johor adalah hidangan yang berasal dari Johor dan sangat terkenal di selatan tanah air. Rugi jika datang ke Johor tetapi tidak mencuba mee rebus ini. Mee Rebus Johor berbeza sedikit dengan mee rebus dari negeri lain, kerana kuahnya yang pekat dan sedikit berlemak.

Bagi penyediaan kuah, bawang merah, bawang putih, dan halia digoreng terlebih dahulu sebelum ditumbuk atau dikisar. Bahan-bahan ini kemudian dimasak dengan stok ayam atau daging dan sedikit santan hingga menjadi kuah yang pekat.

Setelah mee direbus, kuah pekat dituangkan ke atas mee. Hidangan ini kemudian dihiasi dengan bahan-bahan pelengkap seperti telur rebus separuh masak, daging ayam atau daging lembu yang dihiris nipis, taugeh, dan daun bawang.

1. Resepi Mee Rebus

Bahan-bahan Mee Rebus

  • Daging
  • Bwg merah,bwg putih, halia
  • Serai
  • Cili kering
  • Udg kering
  • Serbuk kari daging
  • Keledek oren (rebus)
  • Ubi kentang (rebus)

Bahan hiasan

  • Telur rebus
  • Tauhu
  • Daun sup
  • Cili potong
  • Tauge
  • Bwg grg
  • Limau kasturi

Cara nak buat Mee Rebus

  1. Rebus daging hingga empuk dan simpan air rebusan untuk digunakan sebagai kuah.
  2. Blend bawang merah, bawang putih, halia, dan serai hingga halus.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang diblend tadi hingga naik bau.
  4. Masukkan cili kering dan udang kering yang telah diblend bersama serbuk kari, tumis hingga garing.
  5. Tambahkan air rebusan daging dan daging yang telah direbus. Masak hingga mendidih.
  6. Masukkan keledek oren dan kentang yang telah diblend, kemudian kacau rata.
  7. Perasakan dengan garam, gula, dan serbuk perasa mengikut citarasa.

Sumber: Rahizah Saat dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Mee Rebus Johor Sedap

Bahan-bahan Mee Rebus Johor Sedap

  • Sepeket mee kuning dicelur
  • 4 biji keledek,direbus dan dikisar.
  • 1 cawan tauchu,dicuci dan dikisar.
  • 6 ulas bawang putih,dikisar.
  • 3 biji bawang merah,dikisar
  • 1 inci halia,dikisar.
  • 3 batang serai,dititik.
  • 1 inci lengkuas,dititik.
  • 5 sudu makan rempah kari daging.
  • Udang kering
  • Udang basah kopek kulit (Dikisar)
  • Garam,gula secukupnya minyak untuk menumis.
  • Bahan taburan- tepung beras dan gandum
  • Serbuk kunyit
  • Garam.
  • Air
  • Bawang besar didadu
  • Daun bawang racik halus
  • Minyak untuk menggoreng.

Bahan hiasan

  • Tauhu yang digoreng, dipotong kecil.
  • Daun sup, dimayang
  • Bawang goreng
  • Telur rebus,dibelah dua
  • Lada hijau,dipotong bulat.
  • Taugeh,dicelur.
  • Limau nipis dibelah dua.

Cara nak buat Mee Rebus Johor Sedap

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
  2. Cara menggoreng ada teknik sikit.
  3. Tuang tepung guna senduk.
  4. Angkat dan toskan.
  5. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Kuah

  1. Panaskan minyak dalam periuk.
  2. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
  3. Kemudian tumis bawang putih,bawang merah,halia dan udang kering dan udang basah yang telah dikisar hingga naik bau.
  4. Masukkan rampah kari kacau rata,
  5. Kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar
  6. Selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar jadi tak perlu tambah air takut kuahnya tak pekat.
  7. Masukkan garam dan gula

Sumber: Emee Sham dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Selain Mee Rebus Johor, Apa Lagi Resepi Mee Kuning yang Sedap dan Mudah

Selain mee rebus johor, ada pelbagai jenis resepi yang menggunkana mee kuning sebagai bahan utama yang sedap dan mudah disediakan. Berikut adalah beberapa resepi mee kuning untuk anda.

1. Mee Goreng Mamak

Tumis bawang putih dan bawang merah, kemudian masukkan ayam, daging, atau udang dan masak hingga berubah warna. Masukkan sos cili, sos tomato, dan sedikit kicap. Gaulkan mee kuning yang telah direbus ke dalam tumisan tadi serta tambah taugeh dan sayuran lain. Akhir sekali, pecahkan telur dan kacau hingga rata. Hidangkan bersama limau nipis dan cili.

2. Mee Kari

Tumis rempah kari bersama bawang putih, bawang merah, halia, dan serai. Masukkan ayam, daging, atau udang dan masak. Tambahkan santan dan air, serta sayur-sayuran seperti kentang dan tomato. Masak hingga mendidih bersama kuah pekat. Hidangkan mee kuning bersama kuah kari, tambah taugeh dan telur rebus.

3. Mee Bandung

Tumis bahan-bahan seperti bawang putih, bawang merah, halia, dan cili hingga wangi. Masukkan bahan utama seperti ayam, daging, atau udang dan masak hingga matang. Tambahkan sedikit air, sos dan rempah, serta sayur-sayuran. Gaulkan mee kuning yang telah direbus ke dalam kuah dan masak sekejap. Hidangkan bersama telur rebus dan tauhu.

4. Mee Sup

Rebus ayam atau daging dalam air dengan sedikit garam dan rempah sehingga kuah menjadi pekat. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi, kemudian masukkan ke dalam sup. Masukkan sayur-sayuran, seperti sawi atau taugeh, dan biarkan mendidih sekejap. Setelah itu, masukkan mee kuning yang telah direbus. Hidangkan bersama daun bawang dan cili.

Leave a Comment