Mashed potato, atau kentang putar, ialah hidangan klasik yang diperbuat daripada kentang yang direbus dan dilenyek hingga halus, kemudian dicampur dengan mentega, susu atau krim, serta perasa seperti garam dan lada. Hidangan ini terkenal dengan teksturnya yang lembut dan berkrim.
Kentang putar dihidangkan bersama daging panggang, ayam, atau sayur-sayuran. Mashed potato juga boleh diolah dengan pelbagai bahan tambahan seperti bawang putih, keju, atau herba untuk menambah rasa dan aroma.
1. Resepi Mashed Potato
Bahan-bahan
Bahan kentang lenyek
- 3biji kentang
- 5 sdb susu segar@full cream
- 1 sdb butter
- Serbuk lada hitam
- Lada sulah
- Oregano flakes (optional)
Bahan sos gravy mashed potato
- 1/2 labu bawang besar (potg dadu)
- 2 ulas bwg putih (potg dadu)
- 2 sdb butter
- 2 sdb tepung gandum@jagung
- 1kiub ayam
- 1sdb Sos tiram
- 1sdb kicap manis
- Serbuk lada hitam dan sulah
Cara nak buat Mashed Potato
Kentang lenyek
- Kentang rebus dengan air sampai kentang tenggelam.
- Rebus dalam masa lebih kurang 20min bila dah empuk angkat kentang toskan.
- Masukkan butter dalam kentang dan lenyek.
- Masukkan oregano flakes, lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
- Tuangkan susu sikit demi sedikit. Lenyek sampai sekata.
Sos gravy
- Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang. Biarkan dia caramelized (bertukar warna sedikit perang (warna caramel).
- Masukkan tepung gandum dan tumis sehingga tepung jadi warna coklat. Bila masuk tepung dia akan jd pekat jd masukkan air dan kacau sehingga sebati.
- Masukkan kiub ayam, sos tiram, kicap manis dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
- Kacau sehingga rata dan tutup api. Sos kentang putar mmg akan berketul jd masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul.
- Masukkan dalam periuk sos semula kacau dan kalau pekat tmbahkan sikit air.
Sumber: Nur Hawani Yusof dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Mashed Potato Ala KFC
Bahan-bahan
- Kentang 5 bijik
- Potong dadu
- Tosskan lenyek halus, susu segar, butter 2sudu
Bahan untuk kuah
- 2 sudu butter untuk tumis
- 1/2 bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- Tepung gandum 2sudu
- Sos tiram agak
- Sos black paper
- Kiub pati ayam nor sikit
Cara nak buat Mashed Potato Ala KFC
- Panaskan kuali.
- Masukkan 2sudu butter.
- Tumis bawang besar dan bawang putih hingga perang.
- Masukkan tepung gandum 2sudu.
- Masukkan sos tiram, sos blackpaper.
- Air satu cawan.
- Kiub pati nor ayam sikit.
- Garam secubit jer takut masin selepas masak semuanya belender halus.
Sumber: Zia Ismail dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Mashed Potato Sedap
Bahan-bahan
- 3 Sb butter
- Kentang 10 biji
- 200ml susu
- Garam
- Serbuk ajishio blackpepper
Bahan sos blackpepper
- Sos carbonara berkrim
- Kentang rebus 2 biji (hancurkan)
- Susu (satu tin sos carbonara tu)
- 3/4 sb blackpepper (blender kering)
- 3 biji bawang putih (di dadu)
- 2 sb butter
- Kicap manis
- Garam
Cara nak buat Mashed Potato Sedap
- Rebus kentang hingga empuk, ambil kentang sahaja. Air rebusan lebihan dibuang semasa kentang masih panas masukkan butter dan garam masukkan garam dan serbuk blackpepper secukup rasa.
Sos blackpepper
- Butter dipanaskan hingga cair, masuk bawang putih dah naik bau masukkan sos carbonara.
- Masukkan susu dan kentang yang dilenyek tadi. kacau sentiasa sebab takut hangus.
- Masukkan blackpepper dan kicap agak dapat warna yang di kehendaki dan garam secukup rasa.
Sumber: Farmiza Masur dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Mashed Potato Mudah
Bahan-bahan
Bahan kentang lenyek
- 1 kg potato
- 2 sb butter
- 1 cwn susu segar
- Secubit garam
- Serbuk lada sulah
Bahan black pepper gravy @ kuah
- 3 sb.butter
- 3 sb tpg gandum @ tpg jagung
- 1 sb black pepper (tumbuk)
- 1/2 bj bwg holland
- Air secukupnya (bole adjust)
- Kicap
- Sos tiram
- Satu kiub ayam
Cara nak buat Mashed Potato Mudah
Kentang lenyek
- Rebus kentang.
- Potong kentang berbentuk dadu dan rebuskan selama lebih kurang 20 minit bersama secubit garam.
- Selepas itu, toskan dan lenyek.
- Cairkan butter, masukkan susu dan biarkan mendidih.
- Masukkan potato, kacau bagi sebati.
- Masukkan lada sulah + garam.
Black pepper gravy @ kuah
- Cairkan butter, masukkan bawang holland.
- Then masukkan black pepper, tepung, air, sos tiram, kicap + kiub ayam.
- Biarkan sampai mendidih.
Sumber: Nor Azliza Mohamed dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Akhir kata
Buat sendiri lagi jimat dan puashati kan?
Jom lihat juga resepi kentang ini.
Selamat mencuba!