Resepi masak lemak pucuk paku adalah hidanganMelayu yang berasal dari Negeri Sembilan menggunakan pucuk paku sebagai bahan utama. Pucuk paku ini dimasak bersama santan, cili padi, dan kunyit, serta bahan protein lain. Cara penyediaannya mudah, sama seperti masakan masak lemak yang lain.
Pertama, kisar halus cili padi dan kunyit, kemudian tumis bahan-bahan tersebut hingga wangi. Setelah itu, masukkan santan dan biarkan ia mendidih. Akhir sekali, tambahkan pucuk paku dan biarkan ia masak sebentar.
Biasanya, masak lemak pucuk paku dimasak bersama udang untuk menambah rasa. Hidangan ini lebih lengkap apabila dihidangkan dengan nasi putih dan sambal belacan, menjadikannya hidangan yang sempurna.
1. Resepi Masak Lemak Pucuk Paku Kerisik Udang
Bahan-bahan Masak Lemak Pucuk Paku Kerisik Udang
- Udang
- Pucuk paku
- Santan
- Kerisik
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili api (optional)
- Halia
- Air
- Garam
- Perasa
Cara nak buat Masak Lemak Pucuk Paku Kerisik Udang
- Kisar bawang-bawang (merah, putih, dan besar), halia, serta cili padi hingga lumat.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
- Masukkan pucuk paku bersama sedikit air, dan biarkan sehingga mendidih.
- Tambahkan hasil laut pilihan anda (contoh: udang, sotong, atau ketam) dan masak sehingga semuanya masak sempurna.
- Setelah itu, masukkan santan, garam, dan perasa secukupnya.
- Akhir sekali, masukkan kerisik secara berperingkat. Jangan letak terlalu banyak sekali gus supaya tidak terlalu pekat atau berderai
Sumber: Ruhilla Kamal dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Cendawan Kukur Masak Lemak Pucuk Paku
Bahan-bahan Cendawan Kukur Masak Lemak Pucuk Paku
- Cendawan kukur secukupnya
- Pucuk paku seikat
- Santan
- Ikan bilis segengam
- Kunyit hidup
- Cilipadi (ikut suka banyak mana)
- Secawan air
- 1 ketul kiub ayam
Cara nak buat Cendawan Kukur Masak Lemak Pucuk Paku
Cendawan
- Rendam cendawan dalam air yang dicampurkan dengan 1 sudu kecil garam selama 1 jam. Rendaman ini bertujuan untuk menghilangkan serangga yang mungkin melekat pada cendawan serta membuang sebarang bisa.
- Selepas selesai direndam, bilas cendawan 2 hingga 3 kali menggunakan air bersih untuk memastikan ia benar-benar bersih.
- Toskan cendawan dan buang pangkalnya jika terdapat kulit kayu yang melekat.
Kuah masak lemak
- Tumbuk kunyit hidup, cili padi, dan ikan bilis sehingga lumat (jika ingin cepat, tumbuk kasar sahaja).
- Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama air secukupnya dan tambahkan kiub ayam. Biarkan mendidih.
- Setelah mendidih, masukkan santan (guna 1 kotak terlebih dahulu) dan kacau rata. Tunggu hingga kuah mendidih sekali lagi.
- Tambahkan cendawan, kacau, dan biarkan mendidih seketika.
- Masukkan pucuk paku dan masak sehingga layu.
- Akhir sekali, masukkan baki santan (1 kotak lagi). Kacau rata dan biarkan mendidih perlahan.
Sumber: EL Liyana dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Selain Masak Lemak Pucuk Paku, Apa Lagi Resepi Masak Lemak Yang Sedap
Selain masak lemak pucuk, ada banyak lagi pilihan resepi masak lemak yang ada dan sedap. Resepi masak lemak adalah hidangan yang paling mudah disediakan dan bahan digunakan juga tidak banyak. Berikut adalah beberapa cadangan resepi masak lemak untuk anda.
1. Masak Lemak Daging Salai
Menggunakan daging salai sebagai hidangan utama dalam resepi ini. Masak bersama, kunyit, cili api dan santan kemudian dihidangkan bersama nasi putih.
2. Masak Lemak Ketam
Resepi ini sesuai penggemar makanan laut. Ketam segar dimasak bersama santan, kunyit dan cili padi. Biakan sehingga ketam berubah warna dan padamkan api.
3. Masak Lemak Telur Itik
Telur itik bukan sahaja sesuai dijadikan sebagai telur asin, tapi sesuai juga dimasak dengan masak lemak. Seperti biasa masak dahulu kuah masak lemak, apabila menggelegak boleh masukkan telur itik, dan biarkan sampai masak.
4. Masak Lemak Siput Sedut
Siput sedut dibersihkan dan dimasak bersama daun kunyit untuk aroma tambahan. Nak lagi sedap boleh campurkan sekali batang keladi bagi menghilangkan hanyir siput.