4 Resepi Makaroni Bakar (Sedap Tambah Cheese)

Kalau anda dah bosan makan nasi, apa kata anda cuba resepi makaroni bakar yang akan kami kongsikan ini. Resepi ini juga sangat mengenyangkan. Boleh juga dihidangkan untuk anak-anak. Ada pelbagai jenis resepi makaroni bakar yang ada.

Jom kita try!

1. Resepi Makaroni Bakar Cheezy

Bahan-bahan

  • 1 packet macaroni 400gram rebus dengan garam dan sedikit minyak

Bahan white sos

  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 cawan susu (atau lebih)
  • 1/2 kiub chicken stock
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 bay leaf

Bahan sos makaroni

  • 1 packet minced beef
  • 2 bawang besar – cincang
  • 4 ulas bawang putih – hiris
  • Carrots dan celery – potong kecil
  • 1 tin prego spaghetti sauce original
  • 5 sudu besar sos cili
  • Garam, gula, serbuk black pepper

Cara nak buat Makaroni Bakar Cheezy

White sos

  1. Masukkan semua bahan dalam periuk.
  2. Panaskan dengan api kecil sehingga sedikit pekat. Pastikan sentiasa kacau untuk elak sos hangit.

Sos makaroni

  1. Panaskan olive oil. Masukkan bawang besar dan bawang putih.
  2. Bila bawang dah layu, masukkan daging cincang.
  3. Tambah carrots dan celery. Gaul sebentar.
  4. Masukkan prego sauce dan sedikit air.
  5. Tambah gula, garam dan serbuk black pepper.
  6. Akhir sekali masukkan makaroni yang dah direbus.

Susunan

  1. Dalam mangkuk/baking tin, tuangkan makaroni. Gris dulu mangkuk dengan butter untuk elak makaroni melekat.
  2. Kemudian, layerkan dengan white sos.
  3. Ratakan white sos dan boleh tabur mozzarella cheese. Lagi banyak lagi sedap.
  4. Last sekali, tabur Italian mixed herbs.

Sumber: Syamsyida Shamsuddin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Makaroni Bakar Simple

Bahan-bahan

  • Makaroni (2 cawan)
  • Prego mushroom tomato 1 tin
  • Bawang besar selabu (potong dadu)
  • Bawang putih 3 ulas (cincang)
  • Daging cincang
  • Ubi kentang sebiji (potong dadu)
  • Rempah Kari ayam 1sb
  • Telur 6 biji
  • Mozarela Cheese

Cara nak buat Makaroni Bakar Simple

  1. Rebus makaroni sampai lembut dan tos.
  2. Tumis bawang hingga layu, masukkan ubi kentang, daging cincang dan Prego dan rempah kari ayam. Kacau sampai agak kering.
  3. Tunggu sejuk. Masukkan kuah dan makaroni dalam 1 bekas pecahkan 6 biji telur. Kacau sebati.
  4. Masuk dalam aluminum foil atau loyang tabur cheese.
  5. Bakar 15 minit suhu 175 °c.

Sumber: Anis Munirah Roalli dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Makaroni Bakar Style Malaysia

Bahan-bahan

  • 200g makaroni
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 batang carrot / sayur campur frozen
  • 1/2 paket kecil serbuk kari dging
  • 2 sb cili boh/ cili blend
  • 4 sb sos cili
  • 1/2 sb serbuk lada hitam
  • 1/2 paket daging kisar jenama ramly
  • 12 biji telur gred C
  • Sedikit serbuk perasa
  • Garam & gula secukup rasa
  • Sedikit air

Cara nak buat Makaroni Bakar Style Malaysia

  1. Rebus makaroni sampai lembut dan toskan airnya.
  2. Masuk bawang besar & bawang putih.
  3. Tumis cili blend sekejap then masukkan serbuk kari & sos cili, serbuk lada hitam.
  4. Masukkan carrot & tambah sedikit air.
  5. Then, masukkan daging kisar & gaul makaroni sekali dalam kuali and perasakan dengan garam gula dan tutup api.
  6. Dan kocok telur & masukkan dalam makaroni yang dah digaul tadi.
  7. Last step,masukkan dalam loyang & bakar 40 minit dalam suhu 180 darjah or bergantung pada oven masing-masing.

Sumber: Nisah Tarmizi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Makaroni Bakar Carbonara

Bahan-bahan

  • 1 paket makaroni (400/500 gm)
  • 1 paket daging cincang Ramly atau boleh guna sosej
  • 1 tin carbonara
  • 1 tin susu full cream / air
  • 1 biji bawang besar/4 biji bawang kecik
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • Sedikit serbuk pada hitam
  • 4 telur
  • Cheese (kali ni guna mozarrella)

Cara nak buat Makaroni Bakar Carbonara

  1. Jangan lupa rebus makaroni hingga lembut.
  2. Blender bawang + halia + bawang putih.
  3. Tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan daging/sosej masak hingga masak rata.
  5. Gula garam untuk perasa
  6. Masukkan carbonara + susu masak hingga mendidih.
  7. Masukkan makaroni dan gaul rata dan masukkan telur yang telah dipukul.
  8. Masukkan dalam bekas. Kalau nak selang-selikan dengan cheese.
  9. Bakar dalam oven 170 deg selama 40 mini.

Sumber: Sofiah Hassan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Lagi sedap jika ditambah dengan cheese dalam resepi ini. Anak-anak pasti suka.

Jom semak resepi makaroni goreng (Cara Buat & Masak Macaroni Simple).

Selamat mencuba!

Leave a Comment