4 Resepi Lontong Goreng

Lontong Goreng adalah sejenis hidangan tradisional Malaysia yang terdiri daripada ketupat atau lontong yang dipotong dadu dan digoreng bersama dengan pelbagai bahan seperti sayur-sayuran, tauhu, tempe, dan rempah ratus. Hidangan ini popular kerana rasanya yang sedap dan mengenyangkan, serta mudah disediakan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati.

Proses penyediaan melibatkan penggorengan lontong yang telah dipotong hingga keperangan, kemudian dicampur dengan bawang, cili, kacang panjang, taugeh, dan sos kicap manis. Lontong Goreng menjadi pilihan popular di warung-warung dan gerai makanan kerana harganya yang berpatutan dan citarasanya yang memuaskan selera rakyat Malaysia.

1. Resepi Lontong Goreng Kampung

Bahan-bahan

  • *Bawang putih
  • *Bawang besar
  • *Cili padi
  • *Ikan bilis

(Kisar bahan *)

  • Ketupat/lontong potong ikut suka
  • Telur
  • Daun sup
  • Garam
  • Serbuk perasa

Cara Buat Lontong Goreng Kampung

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Perasakan dengan serbuk perasa dan garam. Pecahkan telur. Gaul rata.
  2. Masukkan lontong dan gaul rata. Masukkan daun sup bawang. Gaul dan tutup api. Nak hidang, tabur bawang goreng.

Sumber: Azrina Ein dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Lontong Goreng Mudah

Bahan-bahan

  • Bwg putih
  • Bwg merah
  • Cili api
  • Ikan bilis

Cara nak buat Lontong Goreng Mudah

  1. Semua bahan kat atas tumbuk.
  2. Rencah sayur kacang panjang dengan lobak merah – potong kecil.
  3. Tumis bahan tumbuk, perasakan dengan garam dan letak sos tiram. Dah sebati, masukkan sayur potong tadi.
  4. Tunggu sayur layu sikit, masukkan nasi impit. Kacau rata.
  5. Tuang kicap manis/kicap lemak manis, kacau bagi rata kena semua nasi impit.
  6. Last skali, pecahkan telur dalam 2biji atau 3biji, gaul sampai masak kering.
  7. Dah siap. Nak sedap lagi tabur daun sup.

Sumber: Nor Ain Mohd Noh dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Lontong Goreng Johor

Bahan-bahan

  • Nasi impit
  • Bawang merah, bawang putih
  • Cili
  • Ayam cincang
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Sos tomati
  • Sayur

Cara nak buat Lontong Goreng Johor

  1. Kemudian tumis bawah merah, bawang putih dan cili. Tumis sampai naik minyak (kalau nak nampak warna menarik boleh tambah lada kering blander.)
  2. Masukan ayam yang sudah di cincang kalau tak letak pun tak pe boleh. letak bilis yang dah tumbuk atau seafood ikut suka korang.
  3. Masukkan air sikit sampai ayam masak ya takut kering sangat nanti.
  4. Masukan bahan wajib kicap manis, sos tiram dan sos tomato.
  5. Kalau korang nak letak taugeh ke, sayur ke suka hati.

Sumber: Za Ahmad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Lontong Goreng Sedap

Bahan-bahan

  • Nasi impit (2 biji besar) potong kecil²
  • Cili kering/padi ikut suka nak pedas
  • Bawang besar 1 biji
  • Bawang putih 5 ulas
  • Ikan bilis segenggam
  • Telur 2 biji
  • Kicap lemak 3 sudu makan
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Sedikit minyak utk menumis
  • Taugeh
  • Daun sup & daun bawang potong kasar
  • Bawang goreng utk tabur

Cara nak buat Lontong Goreng Sedap

  1. Cili, bawang dan bilis diblend atau tumbuk. Kemudian tumis sampai agak garing. Masukkan garam dan perasa. Masukkan telur. Kacau.
  2. Masukkan nasi impit kacau rata sambil tuang kicap. Dah rata sekata baru tabur taugeh, daun sup dan daun bawang. Siap, angkat tabur bawang goreng dan hidang.
  3. Kalau nak lontong goreng nampak lembab dan bersalut, boleh tambah sedikit air semasa menumis atau blend bahan tumisan sebab masa blend kita dah bubuh air.

Sumber: Bonda Zalina Amat Rosman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Hidangan Bergoreng Lain Yang Popular

1. Mee Goreng

Mee Goreng adalah hidangan mi kuning yang digoreng dengan sayur-sayuran, tauhu, telur dan bumbu rempah yang kaya. Hidangan ini mempunyai rasa manis dan pedas yang seimbang, menjadikannya antara pilihan utama di kedai mamak dan warung makan di seluruh Malaysia.

2. Kuey Teow Goreng

Kuey Teow Goreng menggunakan kuey teow (mi pipih lebar) yang digoreng dengan sos kicap pekat, sayur-sayuran, telur dan daging atau makanan laut. Hidangan ini terkenal dengan rasa manis dan warna coklat kehitaman yang khas daripada penggunaan kicap pekat dan api yang tinggi.

3. Maggi Goreng

Maggi Goreng adalah adaptasi tempatan menggunakan mi segera yang digoreng dengan sayur-sayuran, telur, dan rempah ratus. Walaupun menggunakan mi segera, hidangan ini telah menjadi popular di kalangan rakyat Malaysia kerana rasanya yang sedap dan penyediaannya yang cepat.

4. Bihun Goreng

Bihun Goreng menggunakan bihun (mi nipis) yang digoreng dengan campuran sayur-sayuran, daging atau makanan laut, dan rempah yang harum. Hidangan ini ringan tetapi mengenyangkan, dengan citarasa yang segar dan tidak terlalu berminyak berbanding jenis mi goreng yang lain.

5. Char Kuey Teow

Char Kuey Teow adalah hidangan kuey teow yang digoreng dengan api tinggi bersama taugeh, telur, udang, dan kucai Cina. Keunikan hidangan ini terletak pada penggunaan api yang sangat panas yang memberikan aroma ‘wok hei’ yang khas dan rasa yang tidak dapat ditiru dengan kaedah masakan biasa.

Leave a Comment