4 Resepi Limpa Lembu

Limpa lembu merujuk kepada organ dalaman lembu yang dikenali sebagai spleen dalam bahasa Inggeris. Organ ini merupakan bahagian sistem limfatik yang berfungsi menapis darah dan menyimpan sel darah merah. Limpa lembu mempunyai tekstur yang lembut dan rasa yang agak manis berbanding organ dalaman lain.

Dalam masakan tempatan Malaysia, limpa lembu sering diolah menjadi pelbagai hidangan tradisional seperti gulai, rendang, atau dimasak bersama rempah-ratus. Organ ini kaya dengan zat besi, protein, dan vitamin B12 yang bermanfaat untuk kesihatan, namun perlu dimasak dengan betul untuk memastikan keselamatan makanan.

1. Resepi Limpa Goreng Kunyit dan Kacang Panjang

Bahan-bahan

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Bawang holland dihiris
  • Cili padi hiris
  • Limpa lembu
  • Kacang panjang

Cara nak buat Limpa Goreng Kunyit dan Kacang Panjang

  1. Bawang merah. bawang putih dan halia diblend.
  2. Limpa lembu dihiris dan celurkan setengah masak untuk buang lebihan darah agar nanti kuah tak terlalu hitam.
  3. Tumis bahan kisar.
  4. Masukkan kacang panjang dan limpa lembu dan cili padi masuk sikit air asam jawa masak sampai kacang panjang agak lembut air dah hampir kering masukkan bawang holland garam gula dan pati ayam dan siap.

Sumber: Misran Sawani dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Rendang Limpa Lada Hijau

Bahan-bahan

  • 1 kilo limpa lembu
  • Bahan2 dikisar
  • 10 ulas bawang kecil
  • 7 ulas bawang putih
  • 3 inci halia (dibakar)
  • 4 biji buah keras
  • 1 sudu teh serbuk buah pala
  • 200 gram cili hijau
  • 1 inci lengkuas
  • 3 inci kunyit hidup (dibakar)
  • 1 cawan cili api* (ikut tahap kepedasan )
  • 1 batang serai
  • santan dari 1 ½ biji kelapa
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • 1 btg serai dihiris dan diramas sedikit
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 4 sudu besar rempah daging

Bahan B disagai

  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh biji ketumbar
  • 1 lembar Daun kunyit
  • 1 lembar daun limau purut
  • 1 keping – Asam keping

Cara nak buat Rendang Limpa Lada Hijau

  1. Potong limpa basuh bersihdan ditoskn airnya.
  2. Sangai bahan B sehingga naik bau dan kisar kering ketepikan.
  3. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang telah dikisar dan rempah kari sehingga naik bau. Lalu masukkan bahan B lalu dikacau. Masukkan serai hiris, daun limau purut, daun kunyit, serta serbuk lada hitam.
  4. Masukkan limpa kacau biar empuk dan masukkan sedikit air.
  5. Bila limpa dah agak empuk masukkan santan. Buka api sederhana. Kacau selalu supaya tidak hangus.
  6. Biar santan memekat dengan api yang perlahan kacau selalu.
  7. Bila rendang dah memekat masukkan garam dan gula secukup rasa.
  8. Masak sehingga ia kering dan naik minyak.

Sumber: Putra Bugis Temasek dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3.bResepi Limpa Lembu Goreng Cili Berempah

Bahan-bahan

  • 1/2 kg limpa lembu direbus dengan asam keping dan garam.
  • **5 tangkai cili hidup
  • **7 tangkai cili api
  • **3 labu bawang besar
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 sudu teh jintan manis
  • *1 sudu teh ketumbar
  • *1 sudu teh lada hitam
  • *sedikit halia
  • *ditumbuk halus
  • **ditumbuk kasar
  • 1 asam keping
  • 3 tangkai daun kari
  • Garam, gula, minyak

Cara nak buat Limpa Lembu Goreng Cili Berempah

  1. Limpa yang direbus, dipotong nipis dan digaul garam kunyit kemudian digoreng.
  2. Agak dah separuh garing, masukkan bahan tumbuk, daun kari dan asam keping.
  3. Goreng hingga garing. Peraskan garam dan gula.

Sumber: Latipah Nawawi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Kerisek Hati Limpa Terengganu

Bahan-bahan

  • Kcg pjg + hati + limpa + bncuhan bwg, cili giling, rempah bunga rose + santan.
  • Bwg merah 6 bji *
  • Bwg putih 3 ulas*
  • Halia 2hiris nipis *
  • Lengkuas 2hiris nipis *
  • Kunyit seketul kecil *
  • Cili kering 1 senduk nasi
  • Rempah masak & gulai bunga ros
  • Kerisik sebekas kecil

(Satukan semua bahan diatas )

  • Santan pekat 1kotak kecil
  • Garam gula
  • Bwg besar potong 4
  • Cili besar potong pjg

Cara nak buat Kerisek Hati Limpa Terengganu

  1. Tumis bahan blend yang telah disatukan dengan rempah tumis hingga naik bau dah sebati masuk hati + limpa + paru.
  2. Gaul biar sebati dan masak masukkan santan dah sebati semua masuk kacang panjang+ bawang besar + cili besar. Perasakan dan siap.

Sumber: Khaidijah Mamat dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Apa Lagi Menu Dalaman Lembu Yang Enak Dimasak?

1. Hati Lembu

Hati lembu adalah organ dalaman yang paling popular dan mudah didapati di pasaran tempatan. Organ ini kaya dengan vitamin A, zat besi, dan protein tinggi. Biasanya dimasak sebagai gulai hati, hati goreng kunyit, atau dicampur dalam masakan kari untuk memberikan rasa yang kaya dan tekstur yang lembut.

2. Jantung Lembu

Jantung lembu merupakan otot yang mempunyai tekstur padat dan rasa yang pekat. Organ ini mengandungi protein tinggi dan koenzim Q10 yang baik untuk kesihatan jantung. Selalunya dimasak dengan cara direbus lama atau dibuat gulai supaya menjadi empuk dan mudah dikunyah.

3. Lidah Lembu

Lidah lembu atau beef tongue adalah hidangan istimewa yang memerlukan teknik memasak yang tepat. Setelah dibersihkan dan direbus, kulit luarnya akan dikupas sebelum dihidangkan. Lidah lembu mempunyai tekstur yang sangat lembut dan rasa yang unik, sering dimasak sebagai sup atau gulai.

4. Buah Pinggang Lembu (Kidney)

Buah pinggang lembu memerlukan penyediaan khas untuk menghilangkan bau dan rasa yang kuat. Organ ini biasanya direndam dengan air garam atau susu sebelum dimasak. Kaya dengan protein dan vitamin B, buah pinggang sering dijadikan bahan utama dalam masakan Eropah atau dimasak dengan gaya tempatan.

5. Paru-paru Lembu

Paru-paru lembu mempunyai tekstur yang unik dengan rongga-rongga udara yang memberikan tekstur berliang. Organ ini memerlukan pembersihan yang teliti sebelum dimasak dan sering dijadikan bahan dalam gulai atau sup tulang. Kandungan proteinnya yang tinggi menjadikannya pilihan yang baik untuk hidangan berkhasiat.

Leave a Comment