Kuih telinga keling atau dikenali juga sebagai kuih denderam/penderam merupakan salah satu kuih tradisional Melayu yang masih mendapat perhatian hingga sekarang. Kuih ini biasanya diperbuat daripada bahan-bahan asas seperti tepung beras, gula pasir dan gula merah.
Kuih ini juga terkenal dengan tekstur yang manis dan lembut apabila dimakan. Proses penyediaan resepi kuih telinga keling ini bermula dengan mencampurkan air dan juga gula setelah itu masukkan sekali tepung beras bersama campuran gula tadi. Dah siap lebih sedap apabila adunan tadi dibiarkan semalam, dan boleh bentukkan adunan yang anda inginkan dan mula menggoreng.
1. Resepi Kuih Telinga Keling
Bahan-bahan Kuih Telinga Keling
- Tepung beras 1paket 500gm
- Gula merah 500gm
- 1 ¼ cawan air
Cara nak buat Kuih Telinga Keling
- Masak gula merah/nisan tadi dengan air. Masak sampai larut.
- Selepas itu tuang ke dalam tepung beras yang dah siap diletak dalam bekas. Tuang masa tengah panas tapi jangan tuang semua nanti terlembik pulak .
- Kacau adunan guna senduk. Kacau sampai adunan dia jadi doh. Pastikan adunan tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras.
- Perapkan semalaman.
- Bila nak goreng canaikan atas plastik dan sapu sikit minyak atas plastik/talam tadi tu supaya tidak melekat.
- Tekatkan guna acuan donut.
- Pastikan minyak betul-betul panas dulu ye semua sebelum nak menggoreng.
Sumber: Najwa Nasuha dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Kuih Telinga Keling Mudah
Bahan-bahan Kuih Telinga Keling Mudah
- 300gm gula merah
- 600gm gula pasir
- 2helai daun pandan
- 2cawan air
- 1kg tepung beras
- 2sudu tepung gandum
- Secubit garam
Cara nak buat Kuih Telinga Keling Mudah
- Masak gula, daun pandan dan 2 cawan air sampai mendidih dan tapis.
- Kacau tepung dengan sedikit garam dan air gula yang masih panas sampi nampak berkilat. s
- Simpan semalaman baru boleh goreng.
Sumber: Noorzita Satar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Selain Kuih Teling Keling, Apa Lagi Kuih Melayu Yang Masih Popular?
Selain kuih telinga keling, terdapat banyak lagi kuih tradisional Melayu yang masih popular hingga kini dan masih diminati ramai orang. Berikut adalah beberapa contoh kuih Melayu yang terkenal:
1. Kuih Seri Muka
Kuih seri muka ini mempunyai dua lapisan, lapisan bawah yang diperbuat daripada pulut, manakala lapisan atasnya adalah berwana hijau pandan. Rasa lemak manis dan teksturnya yang lembut menjadikannya kegemaran ramai.
2. Kuih Lapis
Kuih lapis mempunyai rupa yang berwarna-warni dengan tekstur lembut dan kenyal. Ia diperbuat daripada tepung beras dan santan, dan biasanya dihidangkan dalam lapisan-lapisan warna yang menarik.
3. Kuih Cara Berlauk
Kuih cara berlauk mempunyai rasa lemak dan sedikit pedas, dihiasi dengan bahan-bahan seperti daging atau ayam, bawang goreng, dan daun bawang. Lebih sedap jika dimasak dengan sedikit rangup.
4. Kuih Kaswi
Kuih kaswi diperbuat daripada tepung beras dan gula melaka, menghasilkan tekstur kenyal dan rasa manis. Permukaan kuih ini disalut dengan kelapa parut.