Kuih nagasari adalah salah satu kuih yang popular dan mudah didapati di Kelantan dan Terengganu, Rasa lemak dan manis berinti pisang menjadikannya lebih sedap dinikmati. Kuih Nagasari diperbuat daripada campuran tepung beras, tepung jagung, santan, gula, dan sedikit garam yang dimasak hingga pekat.
Adunan ini kemudian dibungkus bersama hirisan pisang dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya ialah kuih yang lembut, beraroma santan, dan manis semulajadi daripada pisang, sesuai dinikmati sebagai pencuci mulut atau snek petang.
Resepi Kuih Nagasari
1. Resepi Kuih Nagasari
Bahan-bahan
- 1 beg tepung beras gajah 3(500gm)
- 1 cawan gula pasir
- 1 sk garam
- 6 1/2 cwn santan
- 3 helai daun pandan
- Pisang berangan @ pisang nangka
- Daun pisang
Cara nak buat Kuih Nagasari
- Masukkan tepung beras ,gula pasir, garam daun pandan ysng disimpul ke dalam periuk tuang santan bancuh sedikit demi sedikit sampai habis.
- Masak bancuhan tadi di atas api yang sederhana besar dan masak smpi pekat gaul rata sampai berketul gaul ratakan kecilkan an api masak sampai pekat dah berkilat.
- Kukus 10 minit @ 15 minit.
Sumber: Fauziah Ujie dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Kuih Nagasari Pisang Mudah
Bahan-bahan
Cara nak buat Kuih Nagasari Pisang Mudah
- Campur semua bahan.
- Masak kacau atas api sehingga pekat dan bungkus masa tepung masih panas.
- Kukus 15mnt api sederhana.
- Kalau nak tepung keras sikit boleh tambah sukatan tepung atau kurangkan sukatan santan.
Sumber: Saimah Abdulhadi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Kuih Nagasari
Bahan-bahan
- 2 1/2 cawan tepung beras
- 10 cawan santan
- 4 camca besar penuh tepung jagung
- 5 camca besar rata gula
- 3 camca besar tepung gandum
- 3 camca besar tepung ubi
- 1 camca teh garam
- Pisang raja secukupnya (sebiji dibelah 2 atau 4)
- Daun pisang secukupnya
Cara nak buat Kuih Nagasari
- Satukan tepung beras, santan, gula, garam dan semua tepung, kacau rata dengan whisk hingga rata.
- Tapis bancuhan tadi ke dalam periuk. Kacau tanpa henti atas api sederhana hingga pekat.
- Kemudian matikan api. Biar suam.
- Ambil daun pisang yang telah dilayur dan potong pada saiz sesuai.
- Letak 1 1/2 camca besar adunan tepung ke atas daun pisang yang telah disapu minyak kelapa dan ratakan. Letak 1/2 bahagian pisang raja.
- Letak sedikit lagi adunan tepung atas pisang dan kemaskan. Balut seperti membungkus lepat pisang. Buat hingga siap.
- Kukus atas air menggelegak selama 15 minit.
Sumber: Khanimah Jamiun dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Nagasari
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung beras
- 4 cawan Santan
- Pisang d potong2 ikut suka
- 1 sudu kcik garam
- 1/2 cawan gula pasir
- Daun pisang
- Daun pandan
Cara nak buat Nagasari
- Campurkan semua bahan tepung beras, santan, gula daun pandan serta garam.
- Gaul sebati hingga pekat melekat.
- Matikan api.
- Ambil daun pisang letak adunan tadi sediki. Letak pisang yang dah di potong.
- Lipat kemas.
- Panaskan kukusan.
- Kukus selama 5minit.
Sumber: Nurin Ammar Amirul dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Kuih Lain Yang Unik?
1. Kuih Cara Berlauk
Kuih Cara Berlauk adalah kuih yang dipanggang dalam acuan khas dan mempunyai inti yang gurih. Ia diperbuat daripada tepung beras dan santan, kemudian diisi dengan campuran kelapa, bawang dan udang kering yang memberikan rasa yang unik.
2. Kuih Bakar
Kuih Bakar merupakan kuih yang dibakar atau dipanggang sehingga permukaannya berwarna keemasan. Ia diperbuat daripada tepung gandum, telur, santan dan gula, menghasilkan tekstur yang lembut di dalam dan sedikit rangup di luar.
3. Kuih Lopes
Kuih lopes adalah kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras dan santan, kemudian dibentuk seperti ketupat kecil dan dibungkus dengan daun kelapa muda atau daun pandan. Kuih ini mempunyai rasa yang sederhana dan sering dimakan dengan kelapa parut dan gula melaka.
4. Kuih Bingka
Kuih bingka merupakan kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, santan dan gula, kemudian dibakar dalam acuan khas hingga permukaannya berwarna keemasan. Kuih ini mempunyai ciri khas dengan bahagian bawah yang lembut dan bahagian atas yang sedikit rangup serta beraroma wangi.