4 Resepi Kuih Lidah Buaya

Kuih lidah buaya merupakan sejenis kuih tradisional Malaysia yang sangat popular, terutamanya di negeri Sabah. Kuih ini juga dikenali dengan pelbagai nama seperti kuih tiram, kuih selayang, kerepek layang, kuih kertas, kuih lidah kucing, dan kuih kapal terbang. Kuih lidah buaya mendapat nama dari bentuknya yang menyerupai lidah.

Kuih lidah buaya diperbuat daripada doh tepung gandum yang diuli bersama marjerin, kemudian dibentuk menjadi lapisan-lapisan nipis sebelum digoreng sehingga rangup. Kuih ini mempunyai tekstur garing dan rangup serta disalut dengan gula, menjadikannya makanan ringan yang sangat digemari sebagai kudapan pada bila-bila masa.

1. Resepi Kuih Lidah Buaya

Bahan-bahan

Bahan doh

  • 1kilo tepung gandum
  • 1cawan tepung ubi
  • 1biji telur
  • Air utk mengguli
  • Sedikit garam..

Bahan sapuan

  • *2sudu mkn butter
  • *5sudu mkn minyak masak
  • 7sudu mkn tepung jagung

Bahan salut

  • Gula kastor

Cara nak buat Kuih Lidah Buaya

Doh

  1. Satukan tepung gandum, tepung sagu dan telur uli bersama air garam sehingga menjadi doh.
  2. Bahagikan doh kepada 8 bahagian.

Sapuan

  1. Panaskan bahan yang bertanda*
  2. Kemudian curah kedalam tepung jagung.
  3. Kacau rata

Kuih

  1. Ambil seketul doh canai nipis.
  2. Kemudian sapukan bahan sapuan rata.
  3. Gulung doh yang telah disapu tadi.
  4. Setelah gulung potong lebih kurang 1/2 inci secara menyerong. Canai sekali lagi.
  5. Buat sampai habis kemudian goreng.
  6. Setelah sejuk salut kuih dengan gula kastor.

Sumber: Siti Zamaliah Aishah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Kuih Lidah Buaya Sedap

Bahan-bahan

  • 500gm tepung
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • 160ml air
  • 6 sb tepung ubi kayu**
  • 6 sb minyak**

Cara nak buat Kuih Lidah Buaya Sedap

  1. Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
  2. Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)
  3. Uli doh supaya jadi nipis akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai.
  4. Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung ubi kayu sapu rata.
  5. Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari untuk mendapat lapisan yang banyak,kena canai adunan panjang agar gulungannya pun banyak kali.
  6. Tekan sedikit dengan jari agar mudah untuk dicanai.
  7. Doh kecil tadi & canai leper bila dah agak leper.
  8. Dah canai tu,susun atas permukaan(seperti atas talam) yang sudah ditabur tepung agar tidak melekat satu sama lain.
  9. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
  10. Goreng hingga kekuningan (api jangan terlalu kuat), toskan minyak & sira @ gaul dengan gula halus.

Sumber: Lynnda Zainuddin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Kuih Lidah Buaya Rangup

Bahan-bahan

  • 500 gm tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Air suam

Bahan pes untuk sapuan

  • 4 sudu tepung ubi
  • Minyak masak

(Satukan jadi pes)

Cara nak Kuih Lidah Buaya Rangup

  1. Satukan semua bahan doh masukkan air sikit,uli hingga sebati doh hendaklah keras bukan lembut.
  2. Bahagikan doh kepada doh kecil canaikan hingga nipis dan sapu pes minyak tadi gulung dan susun atas dulang buat hingga habis.
  3. Ambil doh yang dipotong tadi dan potong kecil, tekan sedikit dan canai panjang dan nipis.
  4. Masa goreng simbah sikit minyak atas permukaan kuih.

Sumber: Nur Aisya dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Kuih Lidah Buaya Mudah

Bahan-bahan

  • 1kg tpg gandum
  • 2 cwn air
  • 1cwn marjerin(mentega)@minyak masak
  • 1sk garam
  • 1/2cwn tpg ubi kayu
  • 1/2 cwn minyak untuk di campur bersama tpg ubi kayu
  • 1 1/2 cwn gula

Cara nak buat Kuih Lidah Buaya Mudah

  1. Cairkan marjerin masukkan dalam bekas loyang kemudian gaul dengan tpg gandum hingga sebati dan masukkan air yang telah di campur dengan garam ke dalam tepung tadi kemudian uli hingga jadi doh.
  2. Bila doh dah sebati ambil sedikit demi sedikit kemudian canai hingga nipis.
  3. Doh yang telah di canai nipis tadi di sapukan tepung ubi kayu yang telah di campur bsama minyak masak keatasnya sehingga rata.
  4. Bila dah siap sapu tepung ubi kayu kemudian gulung doh tadi dan bolehlah di potong kecil menggunakan gunting atau pisau.
  5. Goreng dengan api sederhana angkat dan sejukkan bila kuih dah sejuk barulah di lumurkan dengan gula halus.

Sumber: Siti Mariam Ismail dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Apa Lagi Snek Tradisional Yang Rangup Dan Enak?

1. Kuih Gunting

Kuih gunting adalah sejenis makanan tradisi Melayu yang rangup dan agak keras, dengan rasa daun kari serta bilis. Kuih ini dipotong dalam bentuk jalur kecil menggunakan gunting atau pisau pizza sebelum digoreng hingga rangup.

2. Kuih Siput

Kuih siput merupakan kerepek tradisional yang terkenal sejak zaman berzaman dan tetap diminati dalam senarai hidangan perayaan. Dibuat menggunakan acuan khas yang menghasilkan bentuk berlingkar menyerupai siput.

3. Kerepek Bawang

Kerepek bawang adalah sejenis snek tradisional Malaysia yang diperbuat daripada tepung gandum dengan bawang merah yang dikisar halus, garam, dan serbuk kari. Kuih ini digoreng sehingga rangup dan mempunyai rasa pedas yang menyelerakan.

4. Kerepek Pisang

Kerepek pisang merupakan snek tradisional yang diperbuat daripada pisang tanduk atau pisang nangka yang dihiris nipis dan digoreng hingga rangup. Boleh ditambah dengan perisa gula atau serbuk cili mengikut citarasa.

5. Kerepek Peria

Kerepek peria adalah versi kerepek yang dibuat daripada sayur peria yang menghasilkan rasa rangup dan sedap serta tahan lama. Ini merupakan cara kreatif untuk menikmati sayur peria dalam bentuk yang lebih enak dan digemari.

Leave a Comment