Kuih lama memang tak pernah jemu kan? Pelbagai jenis kuih yang ada salah satunya adalah kuih lepat liat. Agak jarang dah kita nak nampak kuih ini di luar. Tapi tidak mengapa sebab kali ini kami nak kongsikan resepi kuih lepat liat untuk anda yang sedang craving.
Proses pembuatan kuih lepat liat melibatkan teknik tradisional yang telah diwarisi turun-temurun dalam masyarakat Melayu utara. Ia biasanya disajikan sebagai pencuci mulut atau hidangan ringan dan sangat popular di kalangan masyarakat Malaysia, terutamanya di kawasan utara seperti Perak dan Pulau Pinang.
Cara Buat Kuih Lepat Liat
1. Resepi Kuih Lepat Liat
Bahan-Bahan
- 1 cawan air
- 3 cawan tepung pulut
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 cawan gula merah
- 1 1/2 santan pekat
- Daun pisang yang dipotong – ukuran 6 inci
Cara nak buat Kuih Lepat Liat
- Masak gula merah dan gula putih dengan 1 cawan hingga mendidih.
- Sejukkan & ketepikan dulu.
- Masakkan pula santan dalam periuk hingga mendidih.
- Campurkan santan dengan gula yang dimasak tadi ke dalam tepung & uli sehingga sebati.
- Ambil daun pisang dan balutkan dengan daun pisang sehingga habis adunan.
- Kukus sehingga masak…30-45minit
Sumber: Princess Scha Zura dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Kuih Lepat Liat Mudah
Bahan-Bahan
- 2 cawan air
- 3 cawan tepung pulut
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 cawan gula merah
- 1 1/2 santan pekat
- Daun pisang yang dipotong – ukuran 6 inci
Cara nak buat Kuih Lepat Liat Mudah
- Masak gula merah dan gula putih dengan 2 cawan hingga mendidih.
- Sejukkan & ketepikan dulu.
- Masakkan pula santan dalam periuk hingga mendidih.
- Campurkan santan dengan gula yang dimasak tadi ke dalam tepung & uli sehingga sebati.
- Ambil daun pisang dan balutkan dengan daun pisang sehingga habis adunan.
- Kukus sehingga masak
Sumber: Mohd Zahran dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Kuih Lepat Liat Sedap
Bahan-bahan
- 3 cwn tepung pulut
- 1sudu tepung gandum
- 1/2 cwn santan pekat
- 3 sudu mkn gula putit
- 1 sudu kecil garam
Bahan dimasak
- 1 cwn gula merah + 1/2 cwn air + daun pandan
Cara nak buat Kuih Lepat Liat Sedap
- Kelapa parut yang digaul dgn sedikit garam halus.
- Daun pisang-layur terlebih dahulu.
- Minyak masak untuk sapuan pada daun.
- Masak air gula merah dan ketepikan. Sejukkan.
- Masuk santan,garam,gula putih bersama tepung pulut di dalam bekas dan gaul sebati.
- Masuk air gula merah tadi sambil ditapis dan kacau hingga tidak berketul.
- Ambil daun pisang dan sapukan minyak letak 2 sudu makan adunan serta ratakan. Sapu minyak pada jari dan tekan adunan lebih kurang 1 sudu besar penuh.
- Letak inti kelapa di tengah adunan dan balut kemas .Akhir sekali kukus selama 20 minit.
Sumber: Tuan Adriana Arissa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Lepat Liat Berkepala Santan
Bahan-bahan
Bahan A
Bahan B (dimasak)
- 1cawan gula merah
- 1/2 cawan air
Bahan C
- Sedikit minyak masak untuk sapu daun pisang
Kepala santan
- 1 cawan tepung beras
- 2 cawan air
- 2 cawan santan
- 1 sudu kecil garam
Cara nak buat Lepat Liat Berkepala Santan
- Masak bahan b, kemudian tapis masuk dalam bahan A, kacau ketepikan.
Kepala santan
- Satukan semua bahan dan masak sampai likat, sentiasa kacau untuk elak berketul dah nampak meletup letup tutup api.
- Sapu daun pisang dgn minyak kemudian masukkan 2sudu adunan lepat +1 sudu adunan kepala santan, siap semua kukus selamat 40 minit@ hingga masak, siap.
Sumber: Zaza Ria Cellection dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Kepelbagaian Kuih Tradisi Lama
Jika kuih lepat liat terlalu asing bagi anda, terdapat juga kuih tradisi lain yang sama menarik seperti kuih lepat liat. Selain sesuai dihidangkan ketika minum petang, kuih-kuih ini juga sering dijadikan hidangan ketika majlis keramaian dan hari perayaan.
1. Kuih Ketan Durian
Kuih ketan durian adalah hidangan tradisional yang menggabungkan pulut dengan durian yang creamy dan manis. Ia dibungkus dengan daun pisang dan dikukus sehingga menghasilkan kuih yang wangi dan berlemak dengan rasa durian yang kuat serta tekstur pulut yang kenyal.
2. Kuih Bingka Ubi
Kuih bingka ubi merupakan kuih tradisional yang diperbuat daripada ubi kayu parut, kelapa parut, gula dan telur yang dibakar dalam acuan khas sehingga permukaannya berwarna keemasan. Kuih ini mempunyai rasa manis dan tekstur yang lembut dengan aroma ubi kayu yang wangi.
3. Kuih Ketayap
Kuih ketayap adalah sejenis kuih yang terdiri daripada kulit crepe nipis yang diperbuat daripada tepung beras dan santan, kemudian digulung dengan inti kelapa manis. Kuih ini popular kerana kombinasi kulit yang lembut dengan inti kelapa yang manis dan wangi.
4. Kuih Seri Muka
Kuih seri muka merupakan kuih berlapis yang terdiri daripada lapisan bawah pulut santan dan lapisan atas kaya pandan yang berwarna hijau. Kuih ini terkenal dengan kontras warna yang menarik serta perpaduan rasa masin-manis yang seimbang antara kedua-dua lapisan.
5. Kuih Onde-onde
Kuih onde-onde adalah kuih bulat kecil yang diperbuat daripada tepung beras berisi gula melaka cair dan disalut dengan kelapa parut putih. Apabila digigit, gula melaka cair akan meleleh di dalam mulut memberikan sensasi rasa manis yang unik dan menyegarkan.