Kuih basong merupakan kuih popular dan kegemaran di Pantai Timur yang diperbuat daripada tepung beras dan mempunyai dua lapisan inti. Bentuknya yang unik seperti kon terjadi disebabkan oleh acuan daun pisang yang dibentukkan sedemikian rupa.
Kuih ini sedap dimakan pada waktu pagi atau petang dan diletakkan ke dalam acuan berbentuk kon yang dibuat dari daun pisang. Kuih tradisional ini menjadi kegemaran masyarakat di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Pahang, dan Terengganu.
Resepi Kuih Basong
1. Resepi Kuih Tepung Pasung
Bahan-bahan
- 2 sudu gula pasir
- 1 keping setengah gula melaka
- 1 setengah cawan air
- 1 helai daun pandan wangi
- 40 gm tepung beras
- 20 gm tepung ubi
- 1 sudu teh air kapur
Bahan bahagian bawah
- 3 sudu besar tepung beras
- 1 sudu tepung gandum
- 1 setengah cawan santan sederhana pekat
- 1 sudu teh garam halus
- 1 sudu teh gula
Bahan bahagian atas
- Daun pisang secukupnya untuk dijadikan kelongsong
Cara buat Kuih Tepung Pasung
- Masak gula, gula pasir & daun pandan hingga gula hancur dan sejukkan.
- Tapis dan satukan dengan bahan-bahan bahagian bawah dan masak atas api sederhana hingga likat dan kental.
- Sudukan/ paipkan ke dalam kelongsong daun pisang yang telah dibuat dan dirikan kelongsong di dalam lubang pengukus.
- Kukus dalam 5 minit.
- Satukan semua bahan bahagian atas, tapis dan masak di atas api hingga likat dan kental.
- Sudukan/paipkan ke dalam kelongsong daun yang telah berisi bahagian bawah yang telah di kukus 5 minit tadi dan teruskan mengukus lebih kurang 10 minit dengan api yang kecil kalau api besar nanti kelongsong daun pisang yang berisi adunan kuih tumbang.
- Biar sejuk baru dihidangkan.
Sumber: Pn Habsah Ngah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Kuih Basung
Bahan-bahan
- Santan 1 cawan
- Gula 2/3 cawan (ikut kemanisan kita sendiri)
- Garam secubit rasa
- Tepung gandum 1/2 cawan
- Tepung beras 2 cawan
(Campurkan dua tepung) - Air 1cawan (kisar daun pandan)
- Daun pandan (kisar untuk dapatkan pasung cantik berwarna hijau)
- Daun pisang (buat jadi bentuk kone)
Cara buat Kuih Basung Mudah
- Gaul semua & masukkan air pandan dah kisar sikit demi sedikit sampai cair.
Sumber: Noor Izzati Saidun dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Kuih Tepung Pasung (Gluten free, Plant Based, Egg Free, Nut Free)
Bahan-bahan
Bahan lapisan bawah
- 70g jagerry
- 500ml air
- 200g DBK gluten free all purpose flour
-masak atas api kecil sampai pekat
Bahan lapisan atas
- 150ml pati santan segar
- 300ml air
- 1tsp garam pink
- 150g DBK gluten free all purpose flour
– masak atas api kecil sampai pekat
Cara buat Kuih Tepung Pasung
Cara Buat Kelongsong kuih
- Lap bersih daun pisang.
- Layurkan atas api.
- Potong bentuk hemisfera, diameter 6.5inci.
- Lipat dua daun pisang yang bentuk hemisfera.
- Buka lipatan satu tangan pegang bawah, satu tangan pegang atas. Bentukkan kon .
- Klip guna lidi.
Cara kukus
- Sediakan bekas aluminium yang sudah dilubangkan.
- Kukus bahagian bawah 5minit.
- Kukus bahagian atas 5minit.
Sumber: Dee Baker Kemaman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Kuih Pasung Mudah
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung beras
- ½ cawan tepung gandum
- 1 cawan santan
- 1 cawan air pandan
- ¾ cawan gula
- Sedikit garam
Cara buat Kuih Pasung Mudah
- Masak sekejap santan campur garam,
- Kacau semua bahan sampai sebati, tuang dalam kon, kukus.
Sumber: ChaSya Aripin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Kepelbagaian Kuih Berasal Dari Pantai Timur
1. Kuih Jala Mas
Kuih Jala Mas adalah sejenis kuih tradisional Melayu yang terkenal, terutama di negeri Kelantan dan Terengganu, diperbuat daripada kuning telur yang dimasak dalam sirap gula pekat dan mempunyai rupa seperti helaian benang emas yang halus. Ia merupakan salah satu kegemaran manisan tradisional bagi masyarakat pantai timur Malaysia yang memiliki sejarah kaya dan dihormati sebagai hidangan istimewa.
2. Kuih Nekbat
Kuih nekbat merupakan kuih tradisional yang dijadikan sebagai pencuci mulut, diperbuat daripada tepung beras dan telur, sering dijumpai di kawasan pantai timur seperti Terengganu, Kuantan, dan Kelantan. Kuih ini biasanya muncul setahun sekali sahaja dan menjadi pilihan popular semasa bulan Ramadan.
3. Kuih Karas
Kuih karas merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang berasal dari kawasan Pantai Timur Malaysia, khususnya di negeri Terengganu, dibuat daripada beras yang dikisar dan dicampur dengan bahan-bahan tertentu, kemudian digoreng sehingga menjadi remah-remah rangup. Kuih ini terkenal dengan teksturnya yang unik dan cita rasa yang istimewa.
4. Kuih Asam Gumpal
Kuih Asam Gumpal merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang popular di Pantai Timur dan sangat popular di negeri-negeri Pantai Timur. Kuih ini menjadi pilihan utama terutamanya semasa bulan puasa dan mempunyai ciri khas tersendiri dalam kalangan masyarakat setempat.
5. Kuih Lompat Tikam
Kuih Lompat Tikam merupakan antara salah satu kuih tradisional Malaysia yang popular dari negeri Kelantan, yang membuatkan kuih ini unik adalah gabungan makanan dan penyajian yang mempunyai pelbagai warna untuk menghasilkan visual yang sangat menarik Kuih ini terkenal dengan keunikan dalam cara penyajian dan rupa bentuknya yang menarik perhatian.