Kuih bakar merupakan sejenis kuih tradisional Malaysia yang diperbuat daripada campuran tepung beras, santan, gula dan telur. Kuih ini dimasak dengan cara dibakar di atas dulang atau loyang khas menggunakan api arang atau dapur gas, memberikan rasa yang unik dan aroma yang harum. Proses pembakaran ini menghasilkan lapisan luar yang sedikit keras dan keemasan, manakala bahagian dalam kekal lembut dan manis.
Kuih bakar biasanya berwarna keemasan hingga coklat muda dan mempunyai rasa manis yang sederhana. Ia merupakan antara kuih tempatan yang popular di kalangan masyarakat Malaysia, terutamanya di kawasan pantai timur. Kuih ini sering dijual di pasar-pasar tradisional, gerai tepi jalan dan kedai kuih tempatan sebagai makanan ringan atau pencuci mulut.
Resepi Kuih Bakar
1. Resepi Kuih Bakar Super Simple
Bahan-bahan
- 1 Cawan air daun pandan
- 2 Cawan santan/1kotak kecil
- 2 Cawan tepung gandum
- 1 Cawan Gula
- 2 Biji telur
- 1 Sudu kecil garam
- 1 Sudu kecil esen vanilla
- 1 Sudu kecil pewarna hijau
- Sedikit serbuk kulit kayu manis untuk bg wangi (optional)
Cara nak buat Kuih Bakar Super Simple
- Blend semua bahan tadi sampai sebati. Masukkan dalam loyang.
- Masukkan dalam Airfryer suhu 170° masa 45minit.
- Siap.
- Tunggu betul sejuk baru potong tau.
Sumber: Nor Muhamad Ilyas dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Kuih Bakar Pandan
Bahan-bahan
- 3biji telur
- 120g tepung beras
- 380g tepung gandum
- 230g santan (kotak kara) + air pandan di jadikan 1000g~1100g
- 240g gula
- Garam
- Pewarna hijau
- 2sb butter/majerin
- Bijan
Cara nak buat Kuih Bakar Pandan
- Mix sume bahan kecuali bijan. Senang blander.
- Panaskan acuan/loyang 9/10″ letak sedikit minyak masak. Panaskan dalam oven sebentar.
- Acuan dah panas baru tuang adunan.
- Panaskan acuan dan minyak supaya bila dah masak nanti senang nak keluarkan adunan.
- Adunan dpt 5bekas acuan.
- Bakar suhu tinggi. Saya guna 250 dlm 40-50min.
- Bakar sampai garing tepi kuih lagi garing lagi sedap.
Sumber: Fatimah Az Zahra dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Kuih Bakar Labu
Bahan-bahan
- 2 cawan labu (dah direbus dan dilenyek)
- 1 1/2 cup santan pekat
- 2 cawan tepung beras
- 3 sudu besar tepung ubi kayu
- 2 biji telur
- 1/2 cawan orcs
- 1 sudu kecil pink salt
Cara nak buat Kuih Bakar Labu
- Blend semua bahan guna blender.
- Panaskan acuan atas dapur dengan api kecil, letak minyak sikit.
- Minyak dah panas boleh tuang adunan tadi, biarkan masak sekejap, dan pindah bakar dalam oven api atas bawah, sebelum tabur bijan.
- Bakar suhu 160, 25-30 minit ikut oven masing-masing atau sampai masak.
- Kalau nampak bawah dah garing pakai api atas biar atas garing sikit sedap.
Sumber: Salina Mat Isa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Kuih Bakar Pisang
Bahan-bahan
- 2 Cawan Pisang dilenyek
- 1 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- 2 sudu Minyak
- 1 Cawan Santan Kara
- Secubit garam
- ½ cawan gula
- ½ cawan susu cair/ susu segar
- 1 Sdb Mentega/planta
- Bijan sebagai hiasan
Cara nak buat Kuih Bakar Pisang
- Saya blend semua sampai gebu kemudian panaskan acuan dan gris acuan dengan mentega kemudian masukkan adunan tadi dan tabur bijan secukupnya. Panaskan oven dengan suhu 200° selama 10 minit. Kemudian masukkan adunan ke dalam oven selama sejam atau sehingga masak. Sejukkan dulu baru potong ye supaya bila potong kuih nampak cantik.
- Nota: Kalau guna acuan kemboja tu gris minyak pada acuan tu dan panaskan atas api selama 5 6 minit baru tuang adunan tadi dan masukan ke dalam oven, tujuan bagi memudahkan kuih dikeluarkan dari acuan.
- Dan tak perlu guna banyak telur, guna sebiji pun cukup, tak nk letak telur pun takpa, tetap sedap dan kenyal.
Sumber: Cikgu Aida dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Kepelbagaian Kuih Tradisi
1. Kuih Lapis
Kuih lapis adalah kuih berlapis-lapis yang diperbuat daripada tepung beras, tepung tapioka, santan dan pewarna makanan. Setiap lapisan dimasak secara berasingan sehingga membentuk corak berlapis yang menarik dan mempunyai tekstur kenyal yang unik.
2. Kuih Seri Muka
Kuih seri muka terdiri daripada dua lapisan iaitu lapisan bawah yang diperbuat daripada pulut dan lapisan atas daripada kastard pandan yang berwarna hijau. Kombinasi pulut yang wangi dengan kastard pandan yang creamy menjadikan kuih ini sangat digemari.
3. Kuih Talam
Kuih talam mempunyai dua lapisan berlainan warna dan rasa, biasanya lapisan bawah berwarna hijau pandan dan lapisan atas berwarna putih daripada santan. Kuih ini terkenal dengan rasa pandan yang wangi dan santan yang lemak manis.
4. Kuih Ketayap
Kuih ketayap adalah sejenis kuih yang terdiri daripada kulit nipis berwarna hijau pandan yang diisi dengan kelapa parut bercampur gula merah. Kulit yang lembut dan isi kelapa yang manis memberikan perpaduan rasa yang sempurna.
5. Ondeh-ondeh
Ondeh-ondeh merupakan kuih bulat kecil yang diperbuat daripada tepung glutin berwarna hijau pandan dan diisi dengan gula merah cair. Kuih ini disalut dengan kelapa parut putih dan memberikan sensasi ‘meletup’ di dalam mulut apabila digigit.