2 Resepi Bahulu Kemboja

Bahulu Kemboja mempunyai tekstur lembut di dalam dan sedikit garing di luar. Kuih tradisional ini dinamakan Kemboja kerana bentuknya menyerupai bunga kemboja. Rasanya manis dengan aroma telur yang kuat kerana bahan utamanya terdiri daripada telur, gula, dan tepung. Ia dibakar dalam acuan khas sehingga berwarna keemasan.

Manakala cara membuat kuih ini pula, mula-mula pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan santan, esen vanilla, tepung gandum, dan baking powder, kemudian gaul hingga sebati. Setelah itu, tuang ke dalam acuan dan bakar hingga masak. Sejukkan sebelum dihidangkan. Bahulu Kemboja sedia dinikmati bersama teh atau kopi.

1. Resepi Kuih Bahulu Kemboja Mini

Bahan-bahan Kuih Bahulu Kemboja Mini

  • 2cwn tepung gandum
  • 3 cawan santan
  • Pandan paste
  • 1 cwn gula
  • 3 biji telur
  • Garam
  • Bijan

Cara nak buat Kuih Bahulu Kemboja Mini

  1. Blend semua bahan sekali: 3 biji telur, 1 cawan gula, 3 cawan santan, pandan paste, 2 cawan tepung gandum, dan sedikit garam.
  2. Panaskan acuan 170°C, sapu minyak, tabur bijan, tuang adunan, dan bakar 30-40 minit. Sejukkan dan sedia dinikmati

Sumber: Lin Naza dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Bahulu Kemboja Mudah

Bahan-bahan Bahulu Kemboja Mudah

  • 1 cwn gula pasir
  • 2 cwn santan
  • 1 cwn air pandan
  • 1½ cwn tepung gandum
  • 1 cwn telur lebih kurang 5 biji telurr size c

Cara nak buat Bahulu Kemboja Mudah

  1. Blend semua bahan hingga sebati: 3 biji telur, 1 cawan gula, 3 cawan santan, pandan paste, 2 cawan tepung gandum, sedikit garam, dan bijan.
  2. Panaskan acuan dengan sedikit minyak. Bila sudah panas, tuang adunan.
  3. Bakar pada suhu 180°C selama 40 minit

Sumber: Zara Ayie dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Selain Kuih Bahulu Kemboja, Apa Lagi Resepi Kuih Melayu Tradisional Yang Popular

Banyak kuih tradisional Melayu yang popular dan masih digemari hingga kini. Berikut antara yang masih mendapat perhatian sehinga sekarang.

1. Kuih Kole Kacang

Kuih ini diperbuat daripada tepung kacang hijau, santan, gula merah atau gula Melaka, dan sedikit garam untuk menaikkan rasa. Kuih ini mempunyai tekstur lembut dan kenyal, dengan rasa manis lemak santan serta aroma kacang hijau.

2. Cucur Badak

Dohnya dibuat daripada ubi keledek yang direbus dan dilenyek, kemudian dicampur dengan sedikit tepung gandum. Intinya pula terdiri daripada kelapa parut yang digaul bersama udang kering, bawang, dan cili. Kemudian, doh diisi dengan inti, ia dibentuk bulat dan digoreng.

3. Tepung Pelita

Kuih ini mempunyai dua lapisan berbeza, iaitu bahagian bawah yang manis berperisa pandan dan bahagian atas yang lemak berkrim daripada santan. Lapisan bawah diperbuat daripada tepung beras, air pandan, dan gula. Lapisan atas pula menggunakan campuran santan, tepung beras, dan sedikit garam. Kuih ini biasanya dibentuk dalam kelongsong daun pisang yang menyerupai bekas kecil.

4. Kuih Kasturi

Kuih ini diperbuat daripada kacang hijau yang ditumbuk, dibentuk bulat, disalut tepung, dan digoreng hingga rangup. Untuk membuatnya, kacang hijau direndam semalaman, kemudian direbus hingga empuk sebelum dihancurkan. Gula dan sedikit garam ditambah untuk memberikan rasa manis dan seimbang. Adunan ini kemudian dibentuk bulat leper, dicelup dalam bancuhan tepung gandum, dan digoreng.

Leave a Comment