4 Resepi Kuih Abuk Abuk

Kuih abuk-abuk merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang terkenal dengan rasa manis dan tekstur yang lembut. Kuih ini diperbuat daripada campuran sagu, kelapa parut, gula dan pewarna makanan yang kemudiannya dikukus dalam acuan khas. Nama “abuk-abuk” merujuk kepada bentuknya yang menyerupai bunga atau bentuk berlekuk-lekuk yang cantik.

Kuih ini sering dihidangkan semasa majlis-majlis keramaian seperti kenduri kahwin, sambutan hari raya dan acara-acara tradisional lain. Warna-warnanya yang menarik seperti merah jambu, hijau dan putih menjadikannya popular sebagai hidangan pencuci mulut yang menggiurkan dan sesuai untuk semua peringkat umur.

1. Resepi Kuih Abuk- Abuk

Bahan-bahan

  • 1 1/2 cawan sagu biji
  • 1 cawan kelapa parut (bahagian putih sahaja)
  • Garam secukup rasa
  • Gula melaka (dipotong halus) atau gula merah
  • Daun pisang
  • Lidi (kerat kecil) untuk sematan

Cara nak buat Kuih Abuk- Abuk

  1. Bilas sagu dengan air bersih dan toskan. Biarkan selama 10 minit.
  2. Campurkan sagu biji dengan kelapa dan garam. Gaul rata.
  3. Bentukkan daun pisang seperti kon untuk dibuat kelongsong. Masukkan campuran bahan tadi ke dalam kelongsong sehingga separuh penuh.
  4. Masukkan sesudu gula melaka atau gula merah.
  5. Masukkan campuran sagu biji tadi untuk penuhi kelonsong (jangan terlalu penuh, tinggal hujung daun untuk lipatan kelongsong).
  6. Lipatkan kelonsong daun pisang. Cucuk batang lidi untuk sematan.
  7. Kukus selama 10-15 minit.

Sumber: Ely Mokhtar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Kuih Abuk-Abuk Mudah

Bahan-bahan

  • Sagu biji
  • Kelapa parut -2 biji
  • Gula melaka – 2 biji (dihancurkan)
  • Garam (secukup rasa)

Cara nak buat Kuih Abuk-Abuk Mudah

  1. Rendam sekejap sagu biji sampai kembang.
  2. Tuskan dlm tapis (buang airnya).
  3. Kelapa parut dicampur dengan sediki garam.
  4. Masukkan sagu sedikit2 didalam kelapa & kacau hingga sebat

Sumber: Afreedah Jaleel dari Masak Apa Hari Ni (MAHN).

3. Resepi Kuih Abuk-Abuk Versi Original

Bahan-bahan

Bahan tepung

  • 3cwn tepung pulut
  • Air secukupnya
  • Garam.

Bahan inti

  • 1cwn kelapa parut
  • 3sb gula merah
  • 1sb tepung jagung
  • Stengah cwn air
  • Sikit garam
  • Sehelai daun pandan

Bahan salut kuih

  • 1cwn tepung kacang hijau

Cara nak buat Kuih Abuk-Abuk Versi Original

Tepung

  1. Masukkan tepung dalam mangkuk dan uli sampai jadi doh dan ketepikan.

Inti

  1. Satukan semua bahan masak atas api yg sederhan masak sampai pekat dan ketepikan.

Salut kuih

  1. Ambil sedikit adunan tepung pulut bulatkan tekan supaya ada lubang untuk kita boh inti dalam sebelum sapu minyak pada tapak tangan supaya tepung tak melekat.
  2. Kemudian bulatkan atau leperkan ikut pada kemahuan masing lupa pulak sebelum nak bentukkan kuih panaskan air dalam periuk untuk kita didihkan kuih kita nanti.
  3. Bila dah bentukkan kuih boleh letak kuih dalam air yang mendidih tadi bila kuih dah timbul maknanya kuih kita dah masak.
  4. Dan angkat boleh lah tuang dalam tepung kacang hijau golek siap dihidang.

Sumber: Maznah Md Rasdi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Kuih Abuk-Abuk Versi Acuan Dadih

Bahan-bahan

  • 2cawan sagu mata ikan direndam 30minit
  • 1cawan gula merah
  • 1cawan kelapa
  • Sedikit garam

Cara nak buat Kuih Abuk-Abuk Versi Acuan Dadih

  1. Lepas sagu kembang, gaulkan sagu dengan kelapa yang ditabur sedikit garam.
  2. Layer pertama sagu warna hijau.
  3. Layer kedua taburkan gula merah.
  4. Layer ketiga sagu warna original tadi.
  5. Dikukus selama 1 jam.

Sumber: Sabrina Sunar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Variasi Kuih Tradisional Lembut Dan Manis

Ramai generasi muda yang tak berapa kenal dengan kuih abuk abuk. Kalau anda nak tahu ada 2 jenis kuih abuk abuk. Kuih versi original dan versi sagu berlipatkan daun pisang. Selain kuih abuk abuk, ada 5 lagi kuih tradisional lembut dan manis boleh dicuba:

1. Kuih Lapis

Kuih lapis adalah kuih tradisional berlapis-lapis yang diperbuat daripada tepung beras, tepung tapioka, santan dan gula. Setiap lapisan mempunyai warna yang berbeza dan dikukus secara berasingan untuk menghasilkan corak berlapis yang cantik dan cita rasa yang lemak manis.

2. Kuih Talam

Kuih talam terdiri daripada dua lapisan iaitu lapisan bawah berwarna hijau yang diperbuat daripada tepung beras dan santan, manakala lapisan atas berwarna putih diperbuat daripada santan pekat. Kombinasi kedua-dua lapisan ini menghasilkan rasa yang seimbang antara manis dan gurih.

3. Ondeh-Ondeh

Ondeh-ondeh merupakan kuih bulat kecil yang diperbuat daripada tepung beras dan diisi dengan gula melaka cair. Kuih ini kemudiannya direbus dan disalut dengan kelapa parut putih, memberikan pengalaman rasa yang unik apabila gula melaka meletup di dalam mulut.

4. Kuih Ketayap

Kuih ketayap adalah sejenis kuih yang terdiri daripada kulit nipis berwarna hijau yang diperbuat daripada tepung beras dan daun pandan, kemudian digulung dengan inti kelapa manis. Warna hijau semula jadi daripada pandan memberikan aroma yang harum dan rasa yang istimewa.

5. Kuih Seri Muka

Kuih seri muka mempunyai dua lapisan yang berbeza iaitu lapisan bawah diperbuat daripada pulut yang dikukus dengan santan, manakala lapisan atas adalah custard pandan yang lembut dan berwarna hijau. Gabungan kedua-dua lapisan ini menghasilkan kuih yang sangat popular dalam kalangan masyarakat Melayu.

Leave a Comment