4 Resepi Kobis Goreng

Kobis goreng merupakan hidangan sayuran yang popular dalam masakan tempatan Malaysia. Ia diperbuat daripada kobis (kubis) yang dipotong nipis dan digoreng bersama bahan-bahan perasa seperti bawang, cili, sos tiram dan kicap. Hidangan ini biasanya dimasak dengan api yang tinggi untuk mengekalkan kerenyahan kobis sambil memberikan rasa yang sedap.

Kobis goreng sering dihidangkan sebagai lauk-pauk atau sebagai hidangan sayuran dalam set menu nasi. Ia merupakan pilihan yang sihat dan ekonomik, mudah disediakan dan sesuai untuk semua peringkat umur. Hidangan ini juga boleh dipelbagaikan dengan menambah bahan-bahan lain seperti udang, daging cincang atau tauhu.

1. Resepi Kobis Goreng Kunyit

Bahan-bahan

  • 600 gm kubis,potong halus
  • 50 gm kelapa parut,kalau suka
  • 30 gm Ikan billis tumbuk kasar (optional)
  • 1 st serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa

Bahan tumis

  • 2 sb Minyak
  • 1 st Biji sawi
  • 1 st Urad dhal
  • 1 biji Bawang besar – dimayang
  • 2 biji Lada merah- potong 4
  • 2 tg daun kari

Cara nak buat Kobis Goreng Kunyit

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga wangi dan bawang garing.
  2. Masukkan kubis, serbuk kunyit dan ikan billis (kalau guna) dan goreng hingga kubis layu. JANGAN MASUKKAN AIR!
  3. Campurkan kelapa (kalau guna) kacau rata. Goreng sebentar. Hidangkan.

Sumber: Kesavan Supramaniam dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Kobis Goreng Mudah

Bahan-bahan

  • 1 biji kobis saiz sederhana dipotong nipis.
  • 1 biji bawang merah dimayang
  • 7 ulas bawang putih dimayang
  • 2 tangkai cili besar dimayang
  • 3 petak tempe dipotong 10
  • Segenggam ikan bilis.

Cara nak buat Kobis Goreng Mudah

  1. Panaskan minyak. Goreng dulu tempe. Dah garing, angkat dan toskan minyaknya.
  2. Dalam periuk, panaskan 5 sudu minyak.
    Tumiskan bawang, cili besar dan ikan bilis. Tunggu sampai sedikit layu.
  3. Dah naik bau, masukkan 2 sudu kecil garam.
  4. Dah boleh masukkan kobis tadi. Gaul sekata.
  5. Saya tak masukkan air sebab suka yang kering-kering sikit. Jadi api sederhana, dan kerap gaul sampai kobis sedikit layu.
  6. Bila kobis dah sedikit layu, masukkan tempe tadi. Gaul sikit dah boleh tutup api. Kita nak kobis tu rangup-rangup sikit.

Sumber: Aminuddin Amzar Amran dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Kobis Bunga Gulung

Bahan-bahan

  • 300g Cauliflower
  • 1/2 cawan tepung goreng ayam (Bestari)
  • 1/4 cawan air
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  • 1 cawan minyak atau secukup
  • 2 tangkai daun kari

Cara nak buat Kobis Bunga Gulung

  1. Potong kobis bunga saiz sederhana kecil, rendam dengan 1/2 sk garam dan air secukup selama 3 minit.
  2. Cucikan Kobis bunga dan tapis. Kemudian Keringkan dengan tuala dapur.
  3. Masukkan tepung bestari dan air kedalam bekas. Bancuhkan serderhana pekat, Kemudian Masukkan kobis bunga dan gaulkan sebati hingga saluti.
  4. Dalam bekas lain, masukkan tepung jagung dan serbuk lada hitam. Gaulkan sebati (kering).
  5. Salutkan kobis bunga bersama tepung jagung dan gorengkan hingga rangup.
  6. Akhirnya gorengkan daun kari dan hidangkan.

Sumber: Thana Ravindran dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Apa Lagi Resepi Sayur Yang Ringkas Tetapi Menarik?

1. Kangkung Belacan

Kangkung belacan adalah hidangan sayuran hijau yang digoreng dengan belacan, cili padi dan bawang. Masakan ini mempunyai rasa yang pedas dan beraroma kuat daripada belacan, menjadikannya antara sayuran goreng yang paling diminati dalam masakan Malaysia.

2. Taugeh Goreng

Taugeh goreng merupakan hidangan yang menggunakan taugeh sebagai bahan utama, digoreng bersama kucai, tauhu dan telur. Masakan ini memberikan tekstur rangup daripada taugeh dan sering dihidangkan dengan taburan daun sup dan hirisan cili merah.

3. Bayam Goreng

Bayam goreng adalah sayuran hijau yang dimasak dengan cara menumis menggunakan bawang putih, ikan bilis dan cili. Hidangan ini kaya dengan zat besi dan sering menjadi pilihan untuk menyihatkan pemakanan harian keluarga Malaysia.

4. Kailan Goreng

Kailan goreng menggunakan sayuran kailan yang dipotong dan digoreng dengan sos tiram serta hirisan bawang putih. Sayuran ini mempunyai rasa yang sedikit pahit namun menyegarkan, dan sering dihidangkan di restoran Cina dan warung mamak.

5. Pucuk Paku Goreng

Pucuk paku goreng adalah hidangan menggunakan sayuran paku pakis muda yang digoreng dengan belacan dan cili padi. Sayuran ini popular di kawasan pantai timur Malaysia dan mempunyai rasa yang unik serta sedikit berlendir apabila dimasak.

Leave a Comment