Jika anda mencari hidangan mudah nak buat, apa kata anda cuba buat resepi kerabu sotong ini. Dapat pula sotong yang segar dan rasa masam pedas kerabu memang terangkat. Dah terliur kan?
Jom kita try!
1. Resepi Kerabu Sotong
Bahan-bahan
- Sotong dicelur
- Bwg merah dimayang
- Serai dimayang
- Daun ketumbar dimayang
- Tomato potong kiub
- Cili+bwg putih ditumbuk
- Air limau
- Garam secukup rasa
- Gula melaka secukup rasa.
Cara nak buat Kerabu Sotong
- Gaulkan sotong yang dah dicelur dengan semua bahan di atas.
Sumber: Inairus Kidi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Kerabu Sotong Menyengat
Bahan-bahan
- Bawang merah
- Serai
- Cili padi
- Bawang putih
- Tomato
- Daun sup
- Perah asam limau
- Letak sedikit gula
- Sos ikan
- Kicap sotong
Cara nak buat Kerabu Sotong Menyengat
- Rebus air sampai mendidih dan masukkan sotong dalam 5 minit. JangaN masak lama takut sotong jadi keras dan kecut.
Sumber: Siti Qeesyara dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Kerabu Sotong Ala Thai
Bahan-bahan
- Sotong 2-3 ekor saiz besar (rebus) guna air rebusan dalam 2 senduk kecik
- *Bwg besar 1 biji
- *Bwg putih 2 biji
- *Belacan sikit
- *Cili padi 2-3 biji
- Limau nipis 1 biji (perah air dalam 2sb) kalau kurang masam boleh guna 2 biji guna sedikit kulit limau & potong dadu
- Gula 2 sb
- Sos ikn 3 sb
- Tomato 1/2 biji- ptg dadu
- Sedikit daun ketumbar ptg halus2
Cara nak buat Kerabu Sotong Ala Thai
- Tumbuk bahan yang bertanda * kemudian masukkan ke dalam air rebusan bersama bahan lain dan gaul dan tuang atas sotong.
Sumber: LS Baker Homemade dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Kerabu Sotong Lemak
Bahan-bahan
- Cuci sotong dengan limau- rendamkan sotong dalam air panas dan toskan
- *Bwg merah, *bwg putih
- *Halia
- *Lengkuas muda
- *Serai
- *Daun limau
- *Cili api
- Kicap sotong, santan panas, lada hitam sikit, kerisik(tambahan), daun ketumbar & limau nipis
Cara nak buat Kerabu Sotong Lemak
- Mayang halus semua bahan bertanda *
- Perasakan dengan garam gula & ajinomoto.
Sumber: Puan Aiza Irmiyati Ghazali dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Akhir kata
Baru baca resepi mesti dah terliur kan? Rugi tak cuba resepi mudah ini.
Jom semak juga resepi kerabu maggi (Rasa Macam Kedai Thailand)
Selamat mencuba!