4 Resepi Kengsom

Kengsom merupakan hidangan masakan Thai yang terdiri daripada kuah masam pedas yang dibuat daripada cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, asam jawa dan air rebusan ikan. Hidangan ini berasal dari selatan Thailand dan biasanya dimasak menggunakan ikan siakap bersama dengan sayuran seperti kangkung.

Kuah kengsom mempunyai rasa yang wangi daripada kunyit dan bawang segar, dengan rasa pedas daripada cili serta rasa masam-manis sedikit daripada nenas yang dimasukkan. Kengsom juga dikenali sebagai kaeng som atau sour curry, merupakan kari masam dan pedas dengan ikan dan sayuran yang popular di Asia Tenggara, dengan rasa masam yang khas daripada asam jawa.

1. Resepi Siakap Kengsom

Bahan-bahan

  • 1 ekor siakap sederhana besar
  • 5 -6 ulas bawang putih **
  • 10 biji cili padi merah hijau **
  • 1 inci kunyit hidup **
  • 3 batang serai **
  • 1 inci belacan **
  • 1 sdt pati asam jawa
  • 1/2 biji buah nenas
  • 1 ikat kangkung
  • 2 – 3 helai daun limau purut
  • Air untuk kuahnya
  • Sedikit ajinomoto

Cara nak buat Siakap Kengsom

  1. Blend semua bahan bertanda ** masukkan kedalam periuk bersama² dengan air dan ikan yang dicuci bersih dan dipotong.
  2. Masak hingga kuah mendidih masukkan buah nenas, pati asam jawa, garam, gula dan ajinomoto. Biarkan sebentar hingga nenas lembut.
  3. Akhir sekali masukkan kangkung dan daun limau dah boleh tutup api.

Sumber: Rozmaliza Omar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Kengsom Ikan Kembung

Bahan-bahan

  • 6 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah
  • Sesudu serbuk kunyit
  • 2cm halia
  • 2 sudu makan gula putih
  • 6 biji cabai kering
  • 6 biji cili merah

Cara nak buat Kengsom Ikan Kembung

  1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
  2. Masukkan bahan kisar, kacau atas api.
  3. Masukkan perahan air asam jawa.
  4. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Apabila mendidih, masukkan ikan dan kangkung.

Sumber: Ummu Adam Solihin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Kengsom Versi Tumis

Bahan-bahan

  • Seekor ikan siakap(potong 5)
  • Nenas(potong nipis)
  • Kangkung
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Sos ikan
  • 3 cawan air

Bahan kisar

  • 10 tangkai cili kering
  • 6 tangkai cili padi
  • 6ulas bwg putih
  • 6ulas bwg merah
  • 1 sudu lada putih bji
  • 1 btang serai
  • Seinci kunyit hidup

Cara nak buat Kengsom Versi Tumis

  1. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan air asam jawa, 3 cawan air,sos ikan dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  3. Dah mendidih baru masukkan,nenas dan ikn setelah hampir masak baru masukkan kangkung, tutup api dan biarkan sebentar dan dah siap.

Sumber: Linda Mansor dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Kengsom Mudah

Bahan-bahan

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lada merah besar
  • Lada burung
  • Belacan
  • Kunyit hidup
  • Serai 1 batang
  • Ikan siakap
  • Nenas
  • Kangkung

Cara nak buat Kengsom Mudah

  1. Masukkan bahan blend ke dalam kuali @periuk.
  2. Masukkan air ikut citarasa kuah yang nak.
  3. Bila dah mendidih masukkan buah nenas. Kemudian masukkan ikan siakap. Boleh tukar ikan lain ikut citarasa anda.
  4. Masukkan garam & gula secukup rasa dah hampir masak baru masukkan kangkung. Dah terus tutup api sebab tak suka sayur yang terlebih masak.
  5. Masukkan sedikit asam jawa lebih kurang 1 sudu teh.

Sumber: Wan Hanisah Wan Seman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Variasi Hidangan Dari Thai Yang Popular

1. Tom Yam

Tom Yam ialah sup pedas yang terkenal dengan perisa daun limau purut, serai, dan cili. Hidangan ini merupakan salah satu masakan Thai yang paling popular di Malaysia dengan rasa masam pedas yang menyegarkan dan aroma herba yang kuat.

2. Tom Yam Poktek

Tom Yam Poktek ialah sejenis sup Tom Yam yang popular di Malaysia, dikenali dengan rasanya yang pedas, masam dan berkrim. Ia merupakan gabungan masakan Thai dan Malaysia yang menggunakan santan sebagai asas supnya, berbeza dengan Tom Yam biasa yang menggunakan air rebusan sahaja.

3. Som Tam

Som Tam merupakan salad betik muda Thai yang mempunyai rasa masam, pedas dan manis. Hidangan ini dibuat dengan menumbuk betik muda bersama cili, bawang putih, kacang tanah, udang kering dan perasa lain dalam lesung batu tradisional.

4. Pad Thai

Pad Thai ialah mi goreng Thai yang popular dengan rasa masam manis. Hidangan ini biasanya dimasak dengan mi beras, tauhu, telur, taugeh dan dibumbui dengan sos tamarind serta gula kelapa.

5. Kerabu Mangga

Kerabu Mangga merupakan salah satu masakan Thai yang popular di Malaysia. Hidangan ini merupakan salad mangga muda yang dicampur dengan herba segar, cili, limau nipis dan perasa lain yang memberikan rasa masam pedas yang menyegarkan.

Leave a Comment