Kek red velvet ialah kek yang terkenal dengan warnanya yang merah terang dan tekstur yang lembut serta gebu. Ia biasanya dipadankan dengan lapisan krim keju (cream cheese frosting) yang berkrim dan sedikit masam, menjadikannya kombinasi rasa yang seimbang antara manis dan masam.
Kek ini mendapat namanya daripada tekstur halus dan ‘velvety’ yang dihasilkan oleh campuran serbuk koko, buttermilk, dan cuka dalam adunan. Asalnya popular di Amerika Syarikat, kek red velvet kini menjadi pilihan ramai di seluruh dunia, termasuk di Malaysia, terutama dalam majlis seperti hari jadi, pertunangan, dan sambutan istimewa lain. Warna merahnya yang menarik juga menjadikannya simbolik sebagai kek cinta atau kek romantik.
1. Resepi Original Kek Red Velvet
Bahan-bahan
Bahan A (Buttermilk)
- 1cwn susu segar
- 2sb cuka
Campur dan perap 15min
Bahan B
- 2cwn tpg superfine
- 1sk soda bikarbonat
- 1sk baking powder
Ayak
Bahan C
- 2bj telur A
- 1cwn gula
- 1cwn minyak
- 2sb serbuk koko
- 1sk garam
- 1sk esen vanilla
- 1sb rv emulco
- 1sk pewarna bright red
Bahan A ( buttermilk)
Campur semua blend 2min tuang dalam mangkuk besar
Bahan D
- ½cwn air panas
- 1sk cuka
Cara nak buat Original Kek Red Velvet
- Masukkan bahan B sikit² ke dalam bahan C. Kacau guna whisk hingga sebati.
- Masukkan bahan D dan kacau sebati.
- Tuang dalam loyang dan hentak sebelum masuk oven dan bakar.
Sumber: Nazliah Aliya Halim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Kek Red Velvet Span Cheese Leleh
Bahan-bahan
Bahan kek
- 1/2 cawan susu cair
- 1 sk soda
- 1 sb cuka makan
- 1 sb pewarna merah atau paste red velvet
Satukan untuk dijadikan buttermilk
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sb serbuk koko
- 1 sk baking powder
- *Ayak dan asingkan
- 1 cawan gula
- 1/2 cawan majerin
- 4 biji telur A
- 1 sb ovallette
- 1 sk vanila
Bahan cheese leleh
- 250 g cream cheese
- 1/3 cawan susu pekat
- 2/3 cawan air masak
- 1 cawan fresh cream
- Sedikit Cheese parut, cheddar cheese
Cara nak buat Kek Red Velvet Span Cheese Leleh
- Mix majerin + gula + vanila sampai sebati, xpayah kembang pun tak apa. Dan masuk telur dan ovalet putar lagi sampai sedikit kembang dan hilang buih kasar.
- Masukkan bahan ayak dan buttermilk tadi kacau lagi sampai sebati. Sediakan loyang, oles dengan minyak, dan tuang dalam loyang. Kukus 40 minit, api sederhana kecil, atau boleh bakar 40 minit suhu 160c.
- Bila dah cukup masa, cucuk dengan lidi, kalau masih ada kek lekat pada lidi tanda tak masak tambah masa 5 hingga 10 minit macam tu.
- Untuk cheese leleh, biarkan cheese lembut dalam suhu bilik, mix sebati dan masuk susu pekat, mix lagi masukkkan air mix lagi, masukkan fresh cream, putar hingga sedikit kental siap. Fungsi fresh cream untuk jadikan rasa dia sejuk macam ais krim, dan lemak manis.
Sumber: Nurul Husna Mohamed Daud dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Kek Marble Red Velvet Cheese
Bahan-bahan
Bahan A
- 3/4cwn marjerin
- 120-130g cream cheese
Bahan B
- 1cwn gula kastor
- 1sb minyak
- Esen vanila
Bahan C
- 4biji telur gred B
Bahan D
- 1 1/2cwn tepung naik sendiri
Paste red velvet
- 1/2sb red velvet emulco+1/2sb serbuk koko+1/2sb air panas
Cara nak buat Kek Marble Red Velvet Cheese
- Mix high speed bahan A sampai sebati(2-3min).
- Then masukkan bahan B mix sampai warna pucat lebih kurang 5-6min.
- Masuk bahan C satu persatu mix sampai sebati kemudian baru masuk lagi sebiji sampai habis.
- Masuk bahan D sedikit demi sedikit slow speed.
- Bahagi adunan kepada 2.
- Adunan masuk paste red velvet satu lagi biarkan original masuk loyang secara berselang seli@tompok.
- Bakar suhu 160 api atas bawah selama 45min dan 15min terakhir letak rak bawah.
Sumber: Ana Mohd dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Red Velvet Cupcake With Cream Cheese Frosting
Bahan-bahan
Bahan kering
- 3 cwn tepung gandum
- 1/4 cwn serbuk koko
- 1 sk baking soda
- 1/2 sk baking powder
- 1/4 sk garam
*ayak semua bahan kering & ketepikan
Bahan basah
- Buttermilk
- 1 1/2 cwn full cream milk
- 2 1/2 sb cuka putih (boleh juga pakai jus lemon)
*campurkan semua bahan di atas, susu akan jadi pekat sedikit/berketul-ketul atau boleh beli buttermilk
- 2/3 cwn unsalted butter
- 1 1/2 cwn gula kastor
- 2 biji telur (gred A)
- 2 sk esen vanilla
- 2 sk pewarna merah
- 1 1/2 sk cuka putih
*campurkan pewarna bersama cuka putih
Bahan cream cheese frosting
- 340g cream cheese
- 225g unsalted butter
- 2 cwn gula icing
- 2 sk esen vanilla
Cara nak buat Red Velvet Cupcake With Cream Cheese Frosting
- Pukul butter dan gula kastor sehingga kembang.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji.
- Masukkan esen vanilla.
- Masukkan bahan kering dan buttermilk secara berselang seli sehingga habis.
- Masukkan pewarna merah (adjust warna sehingga mendapat warna red velvet yang diinginkan.
- Masukkan 3/4 drp saiz cupcakes.
- Panaskan oven 15-30 minit awal. Bakar di dalam oven, api atas bawah pada suhu 170 degree celcius lebih kurang 30-40 minit/sehingga kek masak.
- Sejukkan kek dahulu. Hiaskan dengan cream cheese frosting di atasnya dan hiaskan mengikut kreativiti.
- Siap dan sedia dimakan!
Sumber: Khairul Hasrol dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Akhir kata
Selain kek, red velvet juga sedap kalau di buat menjadi biskut.
Jom semak juga resepi kek tapak kuda ini.
Selamat mencuba!