4 Resepi Kek Marble Jelita

Kek marble jelita merupakan sejenis kek butter dan mempunyai corak marble yang telah menjadi sangat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Kek Marble Jelita mempunyai corak yang biasanya terdiri daripada lebih daripada dua warna adunan yang berbeza. Nama “jelita” diberikan kerana kek ini menghasilkan corak-corak warna yang sangat menarik dan cantik bila dipotong.

Kek marble jelita merupakan salah satu kek yang cukup popular dalam kalangan mak-mak yang suka membuat kek. Bukan saja rupanya yang cantik, rasa kek marble ini juga semestinya sedap dan mudah disediakan. Kek ini boleh dibuat dengan pelbagai warna mengikut kreativiti masing-masing, dan boleh dibakar atau dikukus mengikut kesesuaian.

1. Resepi Kek Marble Jelita

Bahan-bahan

Bahan A

  • 5bj telur
  • 220g tepung kek
  • 170g gula kastor
  • 60ml susu fullcream
  • 1sb ovalete
  • 1sk creamy vanila

Bahan B

  • 150g butter (cairkan)

Cara nak buat Kek Marble Jelita

  1. Mix semua bahan A sampai putih gebu lebih kurang 10minit.
  2. Dah gebu off mixer, kemudian masukkan butter cair kaup balik adunan sampai sebati kemudian asingkan sedkit untuk buat corak.
  3. Selebihnya boleh masukkan dalam loyang saiz 8×8.
  4. Bakar suhu rendah 130-150 selama 60mnt atau sampai masak, bergantung oven masing-masing.

Sumber: Mastura Razali dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Kek Marble Jelita Pandan

Bahan-bahan

  • 5 biji telur B
  • 2 cwn tepung bluekey
  • 1 sudu besar ovellete
  • 1 kotak kecil santan Kara
  • Garam sikit
  • Gula setengah cwn (kalau suka manis boleh tambah 1 cawan gula)

Cara nak buat Kek Marble Jelita Pandan

  1. Butter yang di cair setengah cawan (biar sejuk dulu) lepas adunan dah naik elok baru butter yang di cair.
  2. Mix semua sampai kembang putih.
  3. Warna hijau dan emulco pandan campur dua jenis ni ke adunan tadi.
  4. Loyang saiz 7.
  5. Bakar 160c 1 jam 10minit @ 20minit.
  6. Sebelum nak masuk oven hentak manja dulu adunan tadi 3 kali bila dah masak pun dan keluar dari oven pastikn hentak manja.

Sumber: Surina Abadi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Kek Marble Jelita (Versi Azlina Iena)

Bahan-bahan

Bahan A

  • 5 biji putih telur
  • 50g gula castor

Bahan B

  • 5 biji kuning telur
  • 250g mentega/marjerin
  • 200g gula castor
  • 1sudu esen vanila
  • 1sudu ovalette

Bahan C

  • 200g tepung naik sendiri (diayak)
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 50ml susu segar

Cara nak buat Kek Marble Jelita (Versi Azlina Iena)

  1. Pukul putih telur bersama gula castor sampai bertanduk (soft peak).
  2. Dalam mangkuk lain, masukkan gula castor bersama kuning telur, mentega, esen vanilla pukul sampai kembang, kemudian tambah 1 sudu besar ovalette. Pukul sebati.
  3. Kemudian, masukkan tepung naik sendiri sedikit sedikit berselang seli dgn susu (bahan C)
  4. Seterusnya, gaulkan adunan tersebut dengan bahan A kacau sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ke dlm mangkuk yg berlainan dan warnakan mengikut warna kesukaan. Tuang ke dalam loyang berselang-seli kemudian lorek-lorekkan dengan lidi atau pisau.
  6. Bakar selama 1jam pada suhu 150 /160 darjah Celsius mengikut kesesuaian oven masing-masing.

Sumber: Sobriah Sidi Ahmad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Kek Marble Jelita Versi Moist

Bahan-bahan

  • 150g butter (cairkan)
  • 1 3/4 cwn tpg gandum
  • 2 sdb tpg jagung
  • 1/2 sdk baking powder

(ayakkan)

  • 60ml susu segar (dutch lady)

Bahan lain

  • 5biji telur A
  • 1 cwn gula halus (icing sugar)
  • 1sdb ovelet
  • Esen vanila
  • Sedikit garam halus

**blend semua sampai gebu

Cara nak buat Kek Marble Jelita Versi Moist

  1. Bila dah gebu masukkn susu segar dan tepung mix lagi sampai sebati last sekali masukkan butter cair.
  2. Kacau (kaup balik) guna senduk/spatula sampai sebati.
  3. Bila dah masak keluarkan dari oven dan hentak sikit loyang.
  4. Terbalikkan atas redai sekejap sebab permukaan atas kek agak lembut dan tak keras sangat berbeza dengan kek kampung/kek pelangi yang biasa dan boleh sejukkan kek atas papan kek tak akan mendap.

Sumber: Bunga Lara dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Apa Lagi Kek Homemade Yang Popular?

1. Kek Mentega

Kek mentega adalah kek asas yang menjadi inspirasi kepada kek marble jelita. Ia menggunakan bahan-bahan yang sama seperti mentega, tepung, gula dan telur tetapi tanpa corak warna. Kek ini mempunyai rasa mentega yang kaya dan tekstur yang lembut, serta merupakan pilihan klasik untuk minum petang atau majlis-majlis.

2. Kek Vanilla

Kek vanilla adalah sejenis kek mentega yang menggunakan esen vanilla sebagai perisa utama. Ia popular kerana rasanya yang neutral dan sesuai untuk dijadikan kek asas bagi hiasan atau dimakan begitu sahaja. Kek ini mudah dibuat dan menjadi pilihan ramai kerana citarasa vanilla yang disukai oleh semua peringkat umur.

3. Kek Pandan

Kek pandan merupakan kek mentega yang menggunakan jus daun pandan sebagai perisa dan pewarna semula jadi. Ia menghasilkan warna hijau yang menarik dan aroma pandan yang harum khas. Kek ini sangat popular dalam masakan tradisional Malaysia dan mempunyai cita rasa yang unik serta menyegarkan.

4. Red Velvet Cake

Red velvet cake adalah sejenis kek mentega yang menggunakan pewarna merah dan mempunyai rasa yang sedikit masam manis. Kek ini popular kerana warnanya yang striking dan biasanya dihiasi dengan cream cheese frosting. Ia telah menjadi trend dalam kalangan pembuat kek di Malaysia dan sering dijadikan pilihan untuk majlis istimewa.

5. Kek Coklat Butter

Kek coklat butter menggabungkan kelazatan mentega dengan rasa coklat yang kaya. Ia menggunakan serbuk koko atau coklat cair dalam adunan dan menghasilkan kek yang lembap serta berperisa coklat yang pekat. Kek ini popular kerana menggabungkan dua rasa kegemaran ramai iaitu mentega dan coklat dalam satu hidangan.

Leave a Comment