4 Resepi Kek Lumut

Kek lumut merupakan sejenis kek tradisional Malaysia yang terkenal dengan lapisan hijaunya yang menyerupai lumut. Kek ini terdiri daripada dua lapisan utama iaitu lapisan bawah yang berbentuk kek span biasa berwarna putih atau kuning pucat, dan lapisan atas yang berwarna hijau cerah hasil daripada pewarna makanan atau pandan.

Nama “kek lumut” diberikan kerana penampilan lapisan hijaunya yang menyerupai lumut yang tumbuh di atas batu atau pokok. Kek ini popular di kalangan masyarakat Malaysia dan sering dihidangkan semasa majlis-majlis keramaian, kenduri atau sebagai juadah petang bersama teh atau kopi.

1. Resepi Kek Lumut

Bahan-bahan

  • 5 biji telur
  • 225 gm butter
  • 3/4 cup gula halus
  • 1gelas tepung gandum (200gm)
  • 1/4 tin susu pekat
  • 1/2 gelas horlicks (100gm)
  • 1/2 bekas kaya pandan
  • 2 sudu mkn pes pandan
  • Pewarna hijau secukupnya

Cara nak buat Kek Lumut

  1. Pukul telur hingga kembang.
  2. Dalam bekas lain pukul buter dan gula hingga berkrim.
  3. Kemudian masukkan telur yang dah dipukul tadi.
  4. Masuk tepung, susu, kaya dan horlicks.
  5. Kacau sebati.
  6. Akhir skali masukkan pes pandan dan pewarna.
  7. Bakar suhu 170c selama 45 min.

Sumber: Mazliza Ahmad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Kek Lumut Kukus

Bahan-bahan

  • 5 biji telur
  • 225 gm butter
  • 3/4 cup gula halus
  • 1gelas tepung gandum (200gm)
  • 1/4 tin susu pekat
  • 1/2 gelas horlicks (100gm)
  • 1/2 bekas kaya pandan
  • 2 sudu mkn pes pandan
  • Pewarna hijau secukupnya

Cara nak buat Kek Lumut Kukus

  1. Pukul telur hingga kembang.
  2. Dalam bekas lain pukul buter dan gula hingga berkrim.
  3. Kemudian masukkan telur yang dah dipukul
  4. Masuk tepung,susu,kaya n horlicks.
  5. Mix sebati.
  6. Akhir skali masukkan pes pandan dan pewarna.
  7. Bakar suhu 170c selama 45 mt.

Sumber: Syarifahnorhaidah Schaanida dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Kek Lumut Super Moist

Bahan-bahan

  • 250gm butter
  • 3/4 cup gula halus
  • 4biji telur A size
  • 1/4cup susu kental
  • 4 sudu makan kaya
  • Sedikit pandan paste
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1 cup tepung gandum
  • 1 cup horlics

Cara nak buat Kek Lumut Super Moist

  1. Pukul butter dengan gula sampai kembang then masukkan telur sebiji kacau sampai sebati.
  2. Masukkan susu dan kaya kacau lagi sampai sebati.
  3. Last masukkan tepung dan horlics kacau sebati last masukkan pandan paste dan pewarna mix sebati.
  4. Sebelum masuk dalam bekas sapu sikit butter (lupa ckp,before start mixing didihkan air pengukus dulu) dah siap masuk bekas, tutup bekas tu dengan cling wrap ke foil ke kukus lah dalam 2 1/2 jam.
  5. Dah siap nanti sejukkan dan boleh potong semakin simpan makin sedap.

Sumber: Mine Fendy dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Kek Lumut Mudah

Bahan-bahan

  • 2 gelas tepung gandum (diayak)
  • 1 gelas horlicks
  • 1 gelas gula halus
  • 10 biji telur ayam gred A
  • 1 tin kecil serikaya
  • 1/2 gelas susu pekat manis
  • 450gm mentega
  • 1 sudu besar pandan emulco
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara nak buat Kek Lumut Mudah

  1. Pukul mentega bersama gula halus hingga hancur dan sebati. Pukul pada kelajuan maksima.
  2. Masukkan telur satu persatu. Step ini slowkan kelajuan mixer pukul smpai adunan kembang.
  3. Masukkan susu pekat manis, serikaya dan juga esen vanilla. Pukul sebati.
  4. Kemudian, masukkan tepung gandum dan horlicks secara berselang seli sambil pukul.
  5. Masukkan pandan emulco dan gaul sebati dengan spatula tadi.
  6. Okay masuk dalam loyang dan kukus selama 2 jam 30 minit atau sampai masak.
  7. Sejukkan dulu baru potong.

Sumber: Dorothy Stella dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Apa Lagi Kek Yang Popular?

1. Kek Lapis Sarawak

Kek lapis Sarawak merupakan kek berlapis tradisional yang berasal dari Sarawak dan terkenal dengan corak-corak warna-warni yang indah. Kek ini dibuat dengan teknik khas yang memerlukan kemahiran tinggi untuk menghasilkan lapisan-lapisan nipis yang sekata, dan sering dijadikan sebagai cenderahati atau hadiah istimewa kerana kerumitan pembuatannya.

2. Kek Batik

Kek batik adalah sejenis kek tanpa bakar yang popular di Malaysia, dinamakan kerana coraknya yang menyerupai kain batik tradisional. Ia dibuat dengan mencampurkan biskut marie yang dihancurkan ke dalam adunan coklat, mentega dan susu pekat, kemudian dibentuk dan disejukkan sehingga mengeras.

3. Kek Marble

Kek marble atau kek marmar merupakan kek yang mempunyai corak seperti marmar melalui gabungan adunan vanila dan coklat yang diadun secara khas. Teknik pencampuran yang betul akan menghasilkan corak berjalur yang menarik, memberikan rasa manis vanila yang bercampur dengan kepahitan coklat yang sederhana.

4. Kek Red Velvet

Kek Red Velvet adalah kek berlapis berwarna merah yang popular dengan rasa yang unik hasil gabungan coklat dan buttermilk. Ia sering disalut dengan cream cheese frosting dan menjadi pilihan popular untuk majlis-majlis istimewa kerana warna merah yang menarik dan rasa yang istimewa.

5. Rainbow Cake

Rainbow Cake atau kek pelangi merupakan kek berlapis yang terdiri daripada enam hingga tujuh lapisan berwarna-warni seperti pelangi. Setiap lapisan mempunyai warna yang berbeza menggunakan pewarna makanan, dan apabila dipotong, ia akan menampakkan lapisan-lapisan warna yang indah seperti pelangi semula jadi.

Leave a Comment