4 Resepi Kari Sotong

Kari sotong merupakan hidangan tradisional Malaysia yang menggabungkan sotong segar dengan kuah kari yang kaya dengan rempah-ratus tempatan. Masakan ini menggunakan bahan-bahan asas seperti santan, serai, daun kari, kunyit, cili, bawang merah dan bawang putih untuk menghasilkan kuah yang pekat dan beraroma. Sotong dipotong gelang atau bahagian-bahagian kecil sebelum dimasak bersama kuah kari yang telah diperisakan dengan sempurna.

Hidangan ini popular dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana rasanya yang pedas, manis dan gurih yang seimbang. Kari sotong sering dihidangkan bersama nasi putih panas dan merupakan salah satu menu wajib dalam kenduri-kendara, majlis keramaian dan restoran tempatan. Masakan ini juga mencerminkan kepelbagaian budaya kuliner Malaysia yang menggabungkan pengaruh Melayu, India dan Cina.

1. Resepi Kari Sotong Kari Pekat (Tanpa Santan)

Bahan-bahan

  • 1 kilo sotong (dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 biji bawang besar(dihiris)
  • 3 ulas bawang putih(dihiris)
  • 1 cm halia(dihiris)
  • 3 sudu perahan asam jawa
  • 1 buah tomato(dibelah 6)
  • Daun ketumbar(2-3 sudu besar)
  • Minyak masak secukupnya
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • 7 sudu besar Serbuk Kari ikan
  • Sedikit air

(Jadikan paste)

Cara nak buat Kari Sotong

  1. Panaskan minyak didalam kuali,tumiskan bawang putih, bawang merah, halia Dan daun kari masak sehingga sedikit keperangan
  2. Kemudian masukkan paste rempah kari dan gaulkan sebati,masak sehingga pecah minyak (menggunakan api yang sederhana agar rempah masak dengan sekata dan warna rempah akan kelihatan cantik dan sentiasa kacau).
  3. Apabila sudah pecah minyak, masukkan perahan air asam jawa dan kacau Lagi sehingga minyak berwarna oren gelap.
  4. Selepas itu, masukan sotong yang telah dibersihkan tadi, masakkan seketika.
  5. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar dan tomato erta perasakan dengan garam dan serbuk perasa tunggu sedikit kering dan tutup api.
  6. Siap dihidang.

Sumber: Nurul Ateekah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Kari Sotong dan Ubi Kentang

Bahan-bahan

  • Sotong stgh kilo
  • Rempah Udang 1 bngks (bancuh dengan sedikit air)
  • Bwg kecik 4ulas
  • Bwg putih 2 ulas
  • Halia 1inci
  • Serai 2 (btg ketuk/blend)
  • Ubi kentang 2 biji
  • Sedikit daun kari
  • Seketul pati ayam knoss
  • Sedikit Garam
  • Asam keping/asam jawa satu (cwn)
  • Sedikit santan
  • Hiasan 1 biji tomato cili hijau 1biji dengan daun bwg

Cara nak buat Kari Sotong dan Ubi Kentang

  1. Tumiskan serai dengan daun kari bagi kekuningan kemudian masukkan rempah. Ubi kentang dengan bahan yang ditumbuk tadi masak sampai pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan sotong, santan, air asam, garam dengan pati ayam masak sampai mendidih. Kemudian masukkan, cili hijau atau cili padi..
  3. Dan last sekali masukkan tomato dengan daun bawang dah siap.

Sumber: Siti Fatimah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Sotong Kembang Masak Kari Pekat Manis

Bahan-bahan

  • 10-12 biji bwg merah
  • 5 ulas bwg putih
  • halia size ibu jari

(bahan di atas dkisar)

  • 3 batang serai (ketuk titik)
  • 2 ekor sotong kembang (hiris segi 4 seperti gmbr di bawah)
  • minyak masak secukupnya
  • 125gm serbuk kari babas (jadikan pes)
  • Gula
  • Garam
  • Ajinomoto

Cara nak buat Sotong Kembang Masak Kari Pekat Manis

  1. Panaskan minyak. tumis bahan kisar dan serai sampai naik bau.
  2. Kemudian masukkan pes kari kacau sampai pecah minyak.
  3. Masukkan hirisan sotong kembang gaul rata. biarkan sebentar supaya tumisan kari serap masuk dalam hirisan sotong.
  4. Kemudian baru masukkan air secukupnya masukkan gula, garam dan sedikit ajinomoto.
  5. Rasakan dan pastikan rasa manisnya lebih.
  6. Masak sampai kuah menjadi pekat.
  7. Siap untuk dihidang.

Sumber: Nordiana Mohamad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Kari Sotong Pekat Ala Mamak

Bahan-bahan

  • 1 kilo sotong (dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari (pilih daun hat besaq)
  • 3 biji bawang merah(dihiris)
  • 2 ulas bawang putih(dihiris)
  • Sikit air asam jawa (tamau masam sangat)
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam
  • 7 sudu besar serbuk kari ikan (kak guna kari cap O) dan serbuk cili (kalau suka pedas)
  • Sedikit air (Jadikan pes)

Cara nak buat Kari Sotong Pekat Ala Mamak

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, lepaskan sotong yang telah dibasuh bersih. Tulang sotong jangan dibuang. Tujuannya supaya nanti sotong kekal cantik keras tegak.
  2. Dalam 5 6 minit macam tu keluarkan sotong tadi.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih,bawang merah dan daun kari masak sehingga sedikit keperangan.
  4. Kemudian masukkan pes rempah kari dan gaulkan sebati,masak sehingga pecah minyak (menggunakan api yang sederhana agar rempah masak dengan sekata dan warna rempah akan kelihatan cantik dan sentiasa kacau) Jika kering sangat tambah air lagi dan renehkan lama supaya rempah masak cantik.
  5. Apabila sudah pecah minyak, masukkan perahan air asam jawa dan kacau lagi sehingga minyak berwarna oren gelap (masih menggunakan api sederhana).
  6. Kalau suka kari berkuah lebih tambahkan air lagi. Selepas itu, masukkan sotong yang telah dikecutkan tadi dan masak jangan lama.
  7. Akhir sekali, masukkan garam dan serbuk perasa. Siap untuk dihidang.

Sumber: Salbiah Ahamad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Kepelbagaian Menu Kari Di Malaysia

Hampir semua bahan makanan boleh dijadikan masak kari. Rasa kari yang cukup dengan peda, manis, masam, masin membuatkan apa juga bahan sesuai untuk juadah kari. Ini 5 lagi bahan makanan selain sotong yang enak dimasak kari:

1. Kari Ikan

Kari ikan merupakan hidangan kegemaran rakyat Malaysia yang menggunakan ikan segar seperti ikan tenggiri, ikan merah atau ikan kembung. Kuah kari yang digunakan hampir sama dengan kari sotong tetapi disesuaikan dengan jenis ikan yang digunakan untuk memastikan rasa yang optimum.

2. Kari Ayam

Hidangan tradisional yang menggunakan potongan ayam yang dimasak dalam kuah kari yang kaya dengan santan dan rempah-ratus. Kari ayam Malaysia terkenal dengan kuahnya yang pekat, berwarna kuning keemasan dan mempunyai rasa yang seimbang antara pedas, manis dan beraroma.

3. Kari Kambing

Masakan istimewa yang menggunakan daging kambing muda yang empuk dan dimasak dengan kuah kari yang lebih pekat berbanding kari ayam. Hidangan ini memerlukan masa memasak yang lebih lama untuk memastikan daging kambing menjadi lembut dan meresap dengan kuah kari.

4. Kari Daging

Kari daging menggunakan daging lembu yang dipotong dadu dan dimasak dengan kuah kari yang kaya dengan rempah-ratus. Proses memasak yang perlahan membolehkan daging menjadi empuk dan rasa kari meresap sepenuhnya ke dalam setiap potongan daging.

5. Kari Udang

Hidangan laut yang menggunakan udang segar saiz sederhana hingga besar yang dimasak dalam kuah kari yang ringan tetapi penuh rasa. Kari udang biasanya mempunyai kuah yang lebih cair berbanding kari daging dan popular kerana masa memasaknya yang singkat serta rasa yang segar.

Leave a Comment