4 Resepi Jelly Kelapa

Jelly kelapa merupakan sejenis dessert atau pencuci mulut yang diperbuat daripada air kelapa, agar-agar dan gula. Hidangan ini mempunyai tekstur yang lembut dan kenyal, dengan rasa kelapa yang segar dan manis.

Proses pembuatan jelly kelapa melibatkan pencampuran air kelapa dengan serbuk agar-agar dan gula, kemudian dimasak sehingga mendidih sebelum dituang ke dalam acuan dan dibiarkan set. Hidangan ini sangat popular di Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara yang lain kerana rasanya yang sedap dan mudah untuk disediakan di rumah.

1. Resepi Jelly Kelapa Muda

Bahan-bahan

  • 1½ liter air
  • 1½ liter air kelapa muda dalam 2 biji kelapa
  • 1 bungkus serbuk jelly kelapa
  • ¾ cwn gula pasir
  • Secubit garam jika suka
  • 3 helai daun pandan – simpul

Cara nak buat Jelly Kelapa Muda

  1. Asingkan isi kelapa muda, cuci dan hiris nipis memanjang.
  2. Tapis air kelapa muda terus masuk ke dalam periuk.
  3. Satukan bahan yang lain ke dalam periuk tadi dan kacau rata. Didihkan.
  4. Bila dah masak, buang daun pandan dan tutup api.
  5. Tuang ke dalam jug dulu baru tuang ke dalam acuan comel.
  6. Sudukan isi kelapa di atasnya. Guna penyepit ke chopsticks pun boleh.
  7. Sejukkan dulu bawah kipas baru tutup dgn penutupnya dan masuk peti sejuk.
  8. Siap.
  9. Tips lain, boleh ganti gula pasir dengan gula Melaka.

Sumber: Cikna Azmin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Jelly Kelapa

Bahan-bahan

  • 10gm agar2 bertali
  • 2. 3 biji air kelapa muda
  • 3. Gula 13 sudu makan
  • 4. 2 liter air
  • 5. Secubit garam
  • 6. 2 helai daun pandan
  • 7. Isi kelapa digunting memanjang

Cara nak buat Jelly Kelapa

  1. Masakan agar-agar bersama air ,gula & daun pandan.
  2. Bila agar-agar dah hancur, masukkan air kelapa.
  3. Masukkan secubit garam, kacau dan boleh tutup api.
  4. Tabur isi kelapa didalam bekas.
  5. Tuang cecair yang dimasak tadi dalam bekas kemudian sejukkan dalam peti ais.
  6. Boleh letak dalam kotak ais dan taburkan ais atas jelly lagi cepat jelly membeku.

Sumber: Masitah Shariff dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Jelly Kelapa (Serbuk Agar-Agar)

Bahan-bahan

  • Kelapa Muda 3 biji
  • Agar2 serbuk (plain) 25g 1 pek
  • Gula 500g
  • Air Kelapa + dan air biasa jadikan jumlah 3ltr

Cara nak buat Jelly Kelapa (Serbuk Agar-Agar)

  1. Mula-mula ambil air kelapa masukkan dalam jug.
  2. Dan belah ambil isi masukkan dalam mangkuk.
  3. Air Kelapa + denganair biasa jadikan 3 liter.
  4. Masukkan ke dalam periuk.
  5. Masukkan serbuk agar-agar tadi.
  6. Kacau dan masak hingga didih.
  7. Masukkan gula bila gula dah larut tutup api.
  8. Isi Kelapa tadi dicincang kasar dengan sudu dan masukkan ke dalam bekas tuppawre.

Sumber: Nazri Mat Zain dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Jelly Kelapa Mudah

Bahan-bahan

  • 10g Serbuk Agar-Agar/Jelly
  • 1.5 liter Air
  • 300g Gula
  • 1.5liter Air Kelapa Muda
  • Secubit Garam
  • 3 helai Daun Pandan – simpul
  • Isi Kelapa Muda yang diparut kasar

Cara nak buat Jelly Kelapa Mudah

  1. Masak serbuk jelly, gula & air sehingga larut.
  2. Masukkan air kelapa, garam, daun pandan & didihkan semula.
  3. Masukkan isi kelapa & padamkan api.
  4. Tuangkan jelly ke dalam bekas-bekas kecil & biarkan sejuk.
  5. Masukkan ke dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.

Sumber: Marliza Ghazali dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Apa Lagi Pencuci Mulut Yang Lembut, Manis Dan Enak Dihidang Sejuk?

1. Tauhu Fa

Tauhu fa adalah dessert lembut yang diperbuat daripada kacang soya dengan tekstur seperti pudding. Ia biasanya dihidangkan dengan sirap gula merah atau sirap gula dan mempunyai rasa yang lembut serta menyegarkan.

2. Cendol

Cendol merupakan dessert tradisional yang terdiri daripada jeli hijau yang diperbuat daripada tepung beras dan daun pandan. Ia dihidangkan dengan santan, gula merah cair dan ais serut, memberikan rasa yang manis dan segar.

3. Ais Kacang

Ais kacang adalah dessert popular yang menggabungkan pelbagai bahan seperti kacang merah, jagung, cendol, dan tauhu fa di atas ais serut. Ia disiram dengan sirap berwarna-warni dan santan untuk rasa yang kaya dan menyegarkan.

4. Bubur Cha Cha

Bubur cha cha merupakan dessert tradisional Peranakan yang mengandungi ubi keledek, ubi kayu, pisang, dan sagu mutiara dalam santan manis. Hidangan ini mempunyai kombinasi rasa dan tekstur yang unik dengan santan yang creamy.

5. Air Batu Campur (ABC)

Air batu campur atau ABC adalah variasi ais kacang yang mengandungi pelbagai bahan seperti jeli, jagung, kacang, dan buah-buahan di atas ais serut. Ia dihidangkan dengan sirap dan susu pekat manis untuk rasa yang manis dan segar.

Leave a Comment