Ikan ketuka atau lebih dikenali sebagai ikan tuka ialah sejenis ikan pari bersaiz kecil yang hidup di kawasan muara sungai dan laut cetek. Ciri-ciri utama ikan tuka ini adalah mempunyai badan yang leper dan sedikit kecil, warna kulit biasanya kelabu atau coklat, serta bersaiz lebih kecil berbanding ikan pari yang lain.
Dari segi masakan, ikan tuka sedap dimasak asam pedas dan juga dibakar. Isinya lembut dan halus, serta perlu dibasuh dengan betul untuk mengelakkan bau hanyir. Resepi ikan tuka paling sedap adalah dibakar, dan cara penyediaannya pun mudah hanya perap ikan tuka bersama bawang putih, halia, batang serai, dan sos tiram. Kemudian, balut ikan tuka dengan daun pisang. Akhir sekali, bakar ikan tuka sehingga masak, dan ia lebih enak dinikmati bersama air asam.
1. Resepi Ikan Tuka 3 Rasa
Bahan-bahan Ikan Tuka 3 Rasa
- 4 ekor ikan tuka – belah 2 dan goreng
Bahan blend kasar
- 1 labu bawang besar
- 10 biji ciii padi
- 1 biji cili besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 1 inci halia
Bahan lain
- 1 keping asam keping
- 1 sdb gula
- 1 sdb sos tiram
- 2 helai daun limau purut
- Garam secukup rasa
Cara nak buat Ikan Tuka 3 Rasa
- Tumis lebihan serai. Masuk bahan tumis. Biar mendidih.
- Masuk sos tiram, gula, asam. Biar kering. Rasa garam gula.
- Masukkan daun limau purut dan ikan yg telah digoreng. Gaul sekata. Angkat
Sumber: Azima Dandelion dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Pecel Ikan Tuka
Bahan-bahan Pecel Ikan Tuka
- 1 ekor ikan tuka / anak pari — cuci bersih, potong dua.
- Cuci guna tepung gandum atau air asam jawa untuk hilangkan hanyir.
- 2 inci cekur (*)
- 3 ulas bawang putih (*)
- 1 biji bawang besar (*)
- 5 biji lada padi — nak pedas, tambah lagi (*)
- Daun cekur — ikut suka
- 1 kotak santan
- Garam dan serbuk perasa secukup rasa
- 1 genggam ikan bilis sederhana — goreng garing
Cara nak buat Pecel Ikan Tuka
- Tumbuk cekur, bawang putih, bawang besar, dan lada padi hingga lumat.
- Masukkan ikan bilis yang digoreng tadi, tumbuk lagi hingga sebati.
- Lumur ikan tuka dengan garam dan kunyit.
- Panggang atas kuali ajaib hingga masak. Kalau nak lebih wangi, balut ikan dengan daun pisang sebelum memanggang.
- Panaskan periuk dan masukkan secawan air. Biar mendidih.
- Tuang separuh kotak santan, kacau sebati, kemudian masukkan bahan tumbuk.
- Bila kuah dah mendidih, masukkan baki santan dan kacau perlahan.
- Masukkan ikan panggang dan daun cekur yang diracik.
- Perasakan dengan garam dan biarkan selama 2–3 minit supaya rasa meresap.
Sumber: Faezah Ezza dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Selain Ikan Tuka, Apa Lagi Resepi Ikan yang Mudah dan Sedap
Selain ikan tuka, jika anda mencari resepi ikan yang lain, ada beberapa resepi ikan yang mudah dan sedap anda boleh cuba nanti. Berikut adalah beberapa resepi ikan yang lain.
1. Ikan Keli Goreng Berlada
Goreng ikan keli sampai garing. Tumis cili padi, bawang merah, bawang putih, dan sedikit sos tiram. Gaul ikan dengan sambal padu dengan nasi panas.
2. Ikan Cencaru Sumbat Sambal
Belah belakang ikan cencaru, sumbat dengan sambal kelapa atau sambal belacan, kemudian bakar atau goreng. Simple tapi berperisa.
3.Ikan Siakap Stim Berlimau
Kukus ikan siakap dengan hirisan limau nipis, bawang putih, cili padi, dan sos ikan. Rasa masam pedas yang menyegarkan.
4. Ikan Bawal Masak Kicap
Goreng ikan bawal, tumis bawang besar, bawang putih, halia, dan cili kering. Masukkan kicap manis dan sedikit air, kemudian curah atas ikan.