Ikan terubuk adalah sejenis ikan laut yang banyak terdapat di perairan Malaysia, terutama di kawasan Sarawak. Ikan terubuk masin adalah ikan terubuk yang telah diawet dengan garam, menjadikannya lebih tahan lama dan memberikan rasa yang lebih kuat dan masin. Ikan terubuk masin merupakan makanan laut popular bagi masyarakat Melayu Sarawak khususnya yang tinggal di pesisiran pantai.
Ikan terubuk masin adalah sejenis ikan masin yang sangat popular di Sarawak. Digoreng sehingga rangup sempurna, ikan masin ini biasanya dihidangkan sebagai pelengkap kepada nasi atau bubur dan disajikan bersama hirisan cili dan limau nipis. Ikan ini merupakan produk identiti Sarawak yang telah popular sejak beberapa dekad yang lalu dan kekal menjadi buah tangan kegemaran pelancong.
Resepi Ikan Terubuk Masin
1. Resepi Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api
Bahan-bahan
- Ikan masin(terubuk,talang,duri)
- Air asam jawa/ asam keping
- Bawang besar – dihiris
- Cili besar merah – dihiris
- Tomato- dibelah 4
- Gula dan serbuk perasa
- Bahan ditumbuk kasar
- Bawang besar
- Bawang merah
- Bawang putih
- Sedikit belacan
- Cili besar merah
- Cili padi merah/ hijau
Cara nak buat Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api
- Ikan terubuk masin dipotong mgikut saiz yang kita nak dan rendam setengah jam.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan terubuk hingga masak. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan yang di tumbuk kasar tadi sehingga naik bau dan pecah minyak.
- Masukkan air asam jawa. Kacau hingga rata.
- Masukkan gula dan serbuk perasa secukup rasa.
- Masukkan bawang besar yang dihiris, cili besar merah dan tomato, masak sehingga layu sedikit. Akhir sekali masukkan ikan terubuk goreng tadi. Gaul sehingga rata.
- Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.
Note: *Ikan masin direndam dalam 30 minit – ikut suka kemasinan. Kalau nak kurang masin kena rendam lama sedikit
Sumber: Juma Natull dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Terubuk Masin Goreng
Bahan-bahan
- Seekor ikan terubuk masin
- Dipotong halus dan di goreng garing.
- 1 labu bawang besar, di mayang halis
- 1 cili merah – dipotong
- 3 biji cili padi – di potong
- 2 biji limau kasturi – ambil jus
- Minyak masak
Cara nak buat Terubuk Masin Goreng
- Goreng ikan terubuk hingga garing, kemudian masukkan bahan yang di hiris, bila sudah garing, angkat.
- Perahkan jus limau kasturi. Siap untuk di makan
Sumber: Syaza Liza dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Terubuk Masin Bercili
Bahan-bahan
- 1 potong ikan masin terubuk
- 1 biji bawang besar | dihiris bulat
- 1 ulas bawang putih | dititik
- 1 biji tomato | didadu kecil
- 4 tangkai cili kering | dipotong kecil
- 1 sudu teh jus limau nipis
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak untuk menggoreng
Cara nak buat Terubuk Masin Bercili
- Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan masukkan dalam pinggan.
- Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis bawang merah, bawang putih dan cili kering.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api dan masukkan hirisan tomato. Gaul rata dan tuang atas ikan goreng.
Sumber: Adryna Food Paradise
4. Resepi Terubuk Masin Masak Lemak Nenas dan Terung
Bahan-bahan
Cara nak buat Terubuk Masin Masak Lemak Nenas dan Terung
- Blend semua bahan.
- Terung goreng agak layu.
- Tumis hingga garing.
- Masukkan ikan terubuk masin yang telah dibasuh dan nenas.
- Masukkan santan.
- Masak hingga ikan masak.
- Masukkan terung.
- Masukkan garam, gula dan perasa.
- Tabur daun kunyit yang dipotong halus.
Sumber: Suhaila Sapuan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Ikan Masin Yang Popular?
Selain terubuk masin, ada beberapa lagi ikan yang sangat sedap setelah diawet dengan garam. Cara hidangannya juga pelbagai. Ada yang boleh dimasak dijadikan lauk seperti kailan ikan masin, dan ada juga digoreng garing lalu ditaburkan bawang dan cili api goreng diatasnya. Antara ikan masin yang dimaksudkan adalah:
1. Ikan Talang Masin
Ikan Talang sering diproses menjadi ikan masin atau ikan kering kerana ia tahan lama dalam bentuk tersebut. Ikan masin Talang biasanya digunakan dalam hidangan tradisional seperti nasi goreng ikan masin atau kari ikan masin. Ikan Talang masin mempunyai rasa yang kuat dan menjadi pilihan popular untuk pelbagai masakan tempatan Malaysia.
2. Ikan Gelama Masin
Jenis ikan yang biasa digunakan termasuk ikan gelama, tenggiri, kembung, dan talang. Ikan gelama masin adalah salah satu jenis ikan masin yang popular di Malaysia dengan daging yang tebal dan rasa masin yang sederhana. Ia sering digunakan dalam masakan kari atau digoreng sebagai lauk-pauk.
3. Ikan Tenggiri Masin
Ikan tenggiri masin merupakan produk pengawetan yang sangat digemari kerana dagingnya yang lembut dan mudah dimasak. Ikan ini biasanya dipotong kepingan dan digoreng atau dimasak bersama sayur-sayuran untuk menghasilkan hidangan yang lazat dan beraroma.