Ikan selayang adalah spesies ikan pelagik yang lazimnya mendiami permukaan air laut di sekitar Malaysia dan juga dikenali sebagai ikan sardin. Spesies ini mendiami bahagian permukaan air dan bagi penduduk Sabah, ia dikenali sebagai ikan basung. Nama saintifiknya ialah Decapterus maruadsi dan turut dipanggil ikan curut.
Ikan selayang merupakan jenis ikan laut yang popular di Malaysia kerana mudah didapati dan berharga berpatutan. Ikan ini kaya dengan protein dan omega-3 yang baik untuk kesihatan. Saiznya yang sederhana menjadikannya sesuai untuk pelbagai jenis masakan tradisional Malaysia.
Hidangan Menggunakan Ikan Selayang
1. Resepi Ikan Selayang Rebus
Bahan-bahan
- 7 ekor ikan selayang dicuci bersih
- 4 keping asam keping
- 3 sudu besar rata garam atau ikut masin disukai
- 1 inci nisan (gula melaka)
- 4 keping hirisan lengkuas
- Air secukupnya
Cara nak buat Ikan Selayang Rebus
- Masukkan ikan dan semua bahan kedalam periuk dan tuang air. Sukatan air tenggelam separuh dari ikan. Tutup periuk dan reneh ikan dengan api perlahan hingga air hampir kering.
- Biarkan semalam di dalam periuk tersebut dan besoknya boleh digoreng atau boleh juga terus digoreng. Dalam minyak yang sama goreng bawang bersama cili padi sebagai penambah selera. Siap di hidang.
Sumber: Aisyah Humaira dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Lokcing
Bahan-bahan
- 200gram Ikan selayang
- 100gram Tepung ubi
- 1 sk Soda bikarbonat
- 1 biji bwg holland (blend)
- Minyak masak
- Garam
- Air suam
Bahan Sos Pedas manis
- 1 ulas bwg putih ketuk/cincang halus sangai kejap
- Masukkan 3 cawan air atau secukupnya
- 4 sb gula melaka
- 1/2 sk garam
- 2 sb tepung ubi kayu
- Serbuk cili/cili kering blend kasar secukupnya
Cara nak buat Lokcing
- Blend isi ikan dan campur dalam tepung ubi letak garam dan bawang holland yang dah blend gaul sampai sebati.
- Adunan jangan sampai lembik letak minyak masak dalam mangkuk dan bulat guna sudu.
- Masukkan satay ikan ke dalam mangkuk berisi minyak masak (supaya satay ikan tak melekat) guna separuh paket tepung ubi dapat dalam 20 cocok satey ikan.
- Goreng satey ikan separuh masak dan ketepikan.
- Cocok satey ikan dengan lidi satey panaskan atas pan sampai permukaan lokcing garing.
Sos Pedas manis
- Masaklah sampai agak pekat likat. Siap.
Sumber: Puteri Hana Sofia dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Samosa Ikan
Bahan-bahan
Bahan inti/ serunding
- 5 ekor ikan selayang rebus di asingkan tulang
- 1/2 biji kelapa muda
- 2 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 2 ulas cili api (kalau suka pedas boleh hiris)
Bahan kulit
- 1/2kg tepung gandum
- 50gram buku butter dicairkan dgn sedikit minyak
- Air sejuk
Cara nak buat Samosa Ikan
Inti/ serunding
- Semua bahan diatas blend dengan dua cawan air.
- Ketika tengah mendidih masukkan serai yang diketuk dua batang.
- Bila inti temosa hampir kering masukkan garam halus.
- Gula 3-4 sudu sahaja.
- Masak tak perlu kering nak ada rasa lembab.
Kulit
- Masukkan butter yang panas di gaul dgn tepung sehingga berketul halus maksudnya dia betul sebati tepung jadi warna kekuningan kemudian gaulkan dengan air sejuk.
- Uli jangan terlalu keras atau lembut. Kemudian rehat kan.
- Kelim kulit dibuat bertujuan mengelakkan dari temosa terbuka ketika goreng.
Sumber: Roziyana Rahmat dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Satar
Bahan-bahan
- Isi ikan selayang 5kg
- Serai 2 btg
- Daun kesum
- Air asam jawa ckit
- Cili padi
- Halia 2inci
- Bawang besar setengah kilo
- Gula
- Garam
- Perasa
- Daun pisang
- Lidi
- Kelapa parut (putih) 1¹/² biji
Cara nak buat Satar
- Rebus isi ikan, tapis air.
- Bahan bland kasar kering.
- Bawang besar, cili padi, daun kesum blend halus kering.
- Halia serai masukkan semua bahan blend dalam isi ikan, tambah air asam jawa setengah gelas, masukkan kelapa, garam, gula, ajinomoto, cili potong gaul sebati.
- Tujuan blend kering sebab tak nak bagi air berlebihan di dalam isi ikan, sebab dah guna air asam jawa.
Sumber: Ella Mortopo dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Ikan Laut Yang Enak?
1. Ikan Kembung
Ikan kembung ialah sejenis ikan laut yang popular di Malaysia kerana rasanya yang manis dan lembut. Ikan ini kaya dengan omega-3 dan protein, menjadikannya pilihan sihat untuk keluarga. Ikan kembung sesuai dimasak dengan pelbagai cara seperti digoreng, dibakar, atau dibuat gulai.
2. Ikan Cencaru
Ikan cencaru bakar adalah hidangan tradisional Malaysia yang popular dalam kalangan peminat makanan laut. Ikan cencaru sangat popular untuk dibuat masakan sumbat atau digoreng dengan kunyit dan ia juga sesuai untuk dimasak berlada. Ikan ini juga sedap dimasak dengan kicap atau dibuat masakan asam pedas.
3. Ikan Tenggiri
Ikan tenggiri sering menjadi bahan utama dalam masakan tempatan di Malaysia. Ikan tenggiri adalah jenis ikan berminyak dan diperkaya dengan omega-3 asid lemak. Ikan ini popular dibuat gulai, asam pedas, atau digoreng dengan rempah ratus kerana dagingnya yang tebal dan sedap.
4. Ikan Tongkol
Ikan tongkol sesuai untuk dibuat masakan asam pedas. Ikan ini mempunyai daging yang berlemak dan berasa kuat, menjadikannya pilihan yang baik untuk masakan berkuah yang pekat seperti gulai atau masak lemak cili api. Ikan tongkol juga sedap dibakar dengan sambal.
5. Ikan Pari
Ikan pari merupakan ikan laut yang mempunyai bentuk unik dan daging yang kenyal. Ikan ini popular dibuat masakan asam pedas, gulai, atau dibakar dengan sambal. Bahagian sayap ikan pari yang tebal adalah bahagian yang paling digemari dan mempunyai rasa yang manis.