Ikan rebus merupakan hidangan tradisional Malaysia yang dimasak dengan cara merebus ikan segar dalam kuah berperisa. Masakan ini biasanya menggunakan ikan seperti tenggiri, kembung atau selar, yang direbus bersama rempah-rempah seperti lengkuas, serai, kunyit hidup, cili padi dan daun limau purut. Kuah yang terhasil mempunyai rasa yang segar, pedas dan beraroma wangi.
Hidangan ini popular kerana mudah disediakan dan mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Ikan rebus sering dihidangkan dengan nasi putih panas dan merupakan pilihan sihat untuk keluarga. Masakan ini juga dikenali dengan pelbagai variasi di seluruh negara, bergantung kepada jenis rempah dan ikan yang digunakan.
Hidangan Ikan Rebus
1. Resepi Ikan Rebus Selayang
Bahan-bahan
- Ikan selayang
- 1sd garam bukit
- Cuka
- 2 kpg asam
Cara nak buat Ikan Rebus Selayang
- Ikan selayang / sardin disiang dan dibersih.
- Susun ikan dalam periuk.
- Taburkan 1 sudu besar garam bukit.
- Untuk tips isi ikan pejal, masukkan satu senduk cuka dan dua keping asam.
- Tak perlu tambahkan setitik air kerana ikan akan menghasilkan air rebusan tersendirinya nanti*
- Nak bagi ikan manis yang sedap patahkan satu relung kecil nisse Kelantan atau gula melaka.
- Masukkan hirisan lengkuas, halia dan daun pandan untuk rahsia mewangikan ikan rebus. Langsung tak ada bau hanyir lagi.
- Rebus ikan dalam api paling perlahan kira-kira 20 minit. Tutup dengan tudung periuk.
- Buka penutup periuk dan besarkan sedikit api untuk mengeringkan air ikan yang terhasil sebelum ditutup api.
- Biarkan semalaman untuk rasa yang meresap dan sebati.
Sumber: Afy AL Habibi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Ikan Rebus Air Asam
Bahan-bahan
- 4 ekor ikan kembung
- 1 ulas bawang merah besar diricih
- 6 biji cili padi-diricih
- 1 biji cili besar merah dipotong
- 2 cm belacan – dibakar & dtenyeh.
- 1 biji tomato-dipotong
- 3 s/b asam pes asam jawa
- 2 biji limau kasturi
- 1sudu kecil kerisik
- Garam & gula – (optional )
Cara nak Ikan Rebus Air Asam
- Ikan direbus atau di kukus.
- Biarkan ikan mendidih dan masak.
- Angkat ikan dan ketepikan.
- Masukkan bahan yang dipotong dihiris tadi (tomato + cili merah,cili padi & bawang besar).
- Masukkan pes asam jawa & perahkan 2 biji limau kasturi.
- Masukkan blacan,kerisik, bubuh garam & gula, gaulkan sebati.
- Sesuaikan rasa & kepekatan kuah yang diingini.
- Siram atas ikan rebus tadi, hidangkan dengan nasi panas.
Sumber: BellaNasz Nasz dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Ikan Rebus Goreng
Bahan-bahan
Bahan ikan rebus
- Ikan selayang
- Asam keping 3 keping
- Garam secukup rasa
- Gula / ajinomoto secukupnya
- Budu setengah sudu
- Air secukupnya
Bahan goreng
- Ikan yang direbus
- Minyak masak secukupnya
- Daun kesum ikut suka banyak mana
- Bawang merah besar holland ikut suka banyak mana
- Cli padi / cili api
Cara nak buat Ikan Rebus Goreng
- Masukkan semua bahan rebusan ke dalam periuk isi air sehingga melepasi paras ikan jangan banyak sangat bagi menyenangkan ikan serap semua perasa kalau ade budu, masukkan sikit budu rebus sampai ikan masak.
- Panaskan minyak dalam kuali lepas kuali dah panas, kecikkan api.
- Masukkan daun kesum ke dalam kuali goreng dengan api kecik sehingga garing (jangan bagi hangus kalau api besar lagi mudah hangus) angkat dan toskan.
- Besarkan api dan masukkan ikan rebus tadi kedalam kuali yang sama.
- Goreng hingga ikan hampir garing dan masukkan bawang holland yang dipotong bersama cili goreng seketika smpai bawang lembik sikit angkat semua.
- Tujuan goreng daun kesum dulu nak bagi minyak ade bau daun kesum kalau daun kesum digoreng bersama ikan, takut daun kesum hangus.
Sumber: Ain IthninSumber dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Sambal Ikan Rebus Tongkol
Bahan-bahan
- Ikan tongkol rebus dulu
- 5,6 asam keping
- Lengkuas- ketuk
- Gula melaka
- Garam kasar
Bahan sambal
- Cili kering (rebus)
- Separuh biji bwg holland
- 5,6 biji bwg merah
- 1 inci halia
Cara nak buat Sambal Ikan Rebus Tongkol
- Lepas rebus ikan goreng dulu tapi sekejap.
Sambal
- Tumis sampai pecah minyak letak gula melaka sikit asam keping atau air asam jawa.
- Perasakan dengan gula garam bila dan cukup rasa masuk ikan yang dah goreng tadi letak juga hirisan bawang hollad siap.
Sumber: Ekin OmAr dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Masakan Berkuah Menggunakan Ikan
Jika ikan rebus agak ringkas bagi anda, terdapat juga banyak lagi masakan berkuah lain yang enak menggunakan ikan. Antaranya adalah:
1. Ikan Masak Lemak Cili Api
Hidangan tradisional Negeri Sembilan yang menggabungkan ikan dengan santan pekat, cili api, kunyit hidup dan pucuk ubi. Kuah yang kental dan berlemak memberikan rasa pedas bercampur gurih yang menyelerakan.
2. Gulai Ikan
Masakan berempah yang menggunakan kuah gulai berasaskan santan dan rempah-rempah seperti ketumbar, jintan dan adas manis. Ikan direbus dalam kuah gulai yang kaya dengan rasa dan aroma yang mendalam.
3. Asam Pedas Ikan
Hidangan popular Melaka yang mempunyai kuah masam dan pedas daripada campuran asam jawa, cili dan rempah-rempah. Rasa masam-manis-pedas yang seimbang menjadikan hidangan ini sangat digemari.
4. Ikan Masak Kari
Kari ikan merupakan hidangan yang menggunakan serbuk kari atau rempah kari segar untuk menghasilkan kuah yang pekat dan beraroma. Santan kelapa memberikan kelembutan pada rasa pedas rempah kari.
5. Tom Yam Ikan
Hidangan berpengaruh Thai yang telah diadaptasi dalam masakan Malaysia, menggunakan kuah masam pedas dengan bahan-bahan seperti serai, daun limau purut, cendawan dan tomato. Rasa segar dan pedas menjadikannya pilihan popular.