4 Resepi Ikan Plotan (Sedap Masak Apa?)

Lain tempat lain nama panggilan ikan ini. Sama ada plotan, duri atau mayong sama sahaja. Ada juga yang tidak makan ikan plotan ini kerana jika tidak pandai siang bau hanyir pada ikan sangat kuat. Tak tahu nak masak resepi ikan plotan ini?

Jom kita try!

1. Resepi Ikan Plotan Masak Asam

Bahan-bahan

  • Ikan plotan (goreng ikan dulu)
  • Bawang besar hiris*
  • Bawang putih hiris*
  • Halia hiris*
  • Air asam jawa
  • Cili padi*

Cara nak buat Ikan Plotan Masak Asam

  1. Tumis bahan yang bertanda *
  2. Sampai naik bau baru letak air asam jawa.

Sumber: Zaliza Julie Ismail dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Plotan Masak Jintan

Bahan-bahan

  • 2-3ketul ikan plotan
  • *4 ulas bawang merah
  • *4 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • 1sb serbuk jintan manis
  • 1sb serbuk jintan putih
  • 1/2sb serbuk lada hitam
  • 1/2 cawan santan
  • Sedikit air asam jawa
  • 1 ulas bawang besar – dipotong
  • 6 biji cili padi @ 1biji cili merah/hidup- dibelah 2
  • Garam
  • Serbuk perasa

Cara nak buat Plotan Masak Jintan

  1. Ikan digaram kunyit & digoreng.
  2. Ketepikan ikan.
  3. Tumbuk/kisar bahan bertanda *
  4. Dengan menggunakan sedikit minyak goreng ikan tadi, tumis bahan yang ditumbuk/dikisar tadi.
  5. Masukkan jintan manis, jintan putih, lada hitam.
  6. Kacau, masuk sedikit air (kalau suka berkuah boleh lebihkan).
  7. Masukkan air asam jawa.
  8. Kacau sehingga pecah minyak.
  9. Masukkan ikan.
  10. Masukkan santan.
  11. Perasakan dengan garam & serbuk perasa.
  12. Bila mendidih masuk bawang besar & cili padi tadi.
  13. Siap untuk dihidangkan.

p/s: jintan manis,jintan putih & lada hitam kalau tiada yg serbuk boleh ditumbuk/dikisar

Sumber: Asrina Kholid dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Ikan Plotan Masak Kurma

Bahan-bahan

  • Ikan plotan@seludu

Bahan A

  • Bawang besar
  • Bawang put in
  • Halia
  • Serai

(kisar bahan di atas)

Bahan B

  • Kulit kayu manis
  • Buah pelaga
  • Bunga lawang
  • Bunga cengkih
  • Bawang merah, bawang putih, halia (hiris halus)
  • Daun kari

Bahan C

  • Rempah kurma
  • Santan
  • Lobak merah
  • Kentang
  • Cili

Cara nak buat Ikan Plotan Masak Kurma

  1. Tumis bahan B hingga garing. Masukkan rempah kurma dan sedikit air. Dan masukkan bahan A. Masak hingga pecah mnyak.
  2. Masukkan ubi kentang dan lobak merah. Biar sebati dan masukkan santan.
  3. Masukkan ikan dan cili.
  4. Perasakan dengan gula dan garam.

Sumber: Nor Mardiana dari Masak Apa Hari Ni.(MAHN)

4. Resepi Asam Pedas Plotan

Bahan-bahan

  • Ikan mayong 4 potong
  • Bawang merah sebiji
  • Bawang putih 2 ulas
  • Halia seinci
  • Rempah kari ikan
  • Air asam jawa
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Garam
  • Gula
  • Kacang bendi
  • Tomato

Cara nak buat Asam Pedas Plotan

  1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering yang telah dikisar. Tumis sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan rempah kari ikan sesudu bila sudah pecah minyak tambah lagi air, biar sekurang-kurangnya 2 kali asam pedas kita pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa.
  4. Masukkan ikan mayong dan kacau-kacau.
  5. Masukkan daun kesum dan bunga kantan.
  6. Letakkan garam dan sedikit gula. Gula jangan banyak sekadar untuk bagi seimbang rasa asam pedas.
  7. Bila ikan sudah masak boleh letakkan kacang bendi dan tomato.

Sumber: Zarra Zainal dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Rugi tak cuba resepi yang kami kongsikan ini.

Jom semak juga resepi ikan pelaling (Sedap & Mudah Nak Masak)

Selamat mencuba!

Leave a Comment