4 Resepi Ikan Pari

Ikan pari adalah sejenis ikan laut yang mempunyai bentuk badan yang pipih dan lebar dengan ekor yang panjang. Ikan ini tergolong dalam kumpulan ikan tulang rawan (cartilaginous fish) yang sama dengan ikan yu. Ikan pari mempunyai sirip dada yang besar dan melebar seperti sayap, yang membolehkannya berenang dengan gerakan seperti terbang di dalam air.

Ikan pari merupakan hidangan laut yang popular di Malaysia dan banyak negara Asia Tenggara lain. Dagingnya mempunyai tekstur yang kenyal dan rasa yang sedikit manis. Ikan ini biasanya dihidangkan dalam pelbagai cara masakan tempatan seperti dibakar, digoreng, atau dijadikan gulai. Ikan pari juga kaya dengan protein dan merupakan sumber makanan yang berkhasiat.

1. Resepi Ikan Pari Bakar

Bahan-bahan

  • 3 ekor ikan pari sedang (potong 2)
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 batang cili kering (buang biji dan rebus)
  • 3 batang cili besar
  • 4 batang cili padi
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Asam keping
  • Daun limau purut (mayang halus)
  • Daun kunyit (mayang halus) (buang urat tengah)
  • Daun pisang
  • Aluminium foil

Cara nak buat Ikan Pari Bakar

  1. Cuci bersih ikan pari.
  2. Blend bawang besar, bawang putih, cili kering, cili besar, dan cili padi.
  3. Ambil kuali bersih, masukkan minyak dan tumis semua yang dah blend tadi sampai garing.
  4. Masukkan asam keping, garam, gula, serbuk perasa masukkan daun limau purut dan daun kunyit.
  5. Ambil aluminium foil, lapikkan daun pisang ambil sambal letak sikit atas daun pisang letak ikan dan letak lagi sambal dan balut last sekali bakar sampai ikan masak guna oven boleh.

Sumber: Erma Azizie dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Bahan-bahan

  • *Bawang merah 2 biji saiz sederhana
  • *Bawang putih 5 ulas
  • *Halia besar ibu jari
  • *Lengkuas setengah ibu jari
  • *Kunyit hidup setengah ibu jari
  • *Sdikit belacan
  • *1 sudu kecik lada hitam biji
  • Serai ketuk 2 batang
  • *Setengah biji tomato
  • Cili kering dlm 20 tangkai(rendam dgn air panas)
  • Air asam jawa
  • Bendi
  • Tomato

Cara nak buat Asam Pedas Ikan Pari

  1. Blander bahan bertanda * hingga lumat dan tumis letak serai yang diketuk.
  2. Masak sampai naik minyak, masak asam pedas kena banyak minyak tau sebab nak bagi semua bahan betul masak baru sedap.
  3. Dah naik minyak letak cili kering yang da di blender. Masa ini letak gula sikit dan masak sampai naik minyak.
  4. Letak air asam jawa kacau dan bubuh air ikut kpekatan yang na dan letak garam dan ajinomoto,
  5. Dah mendidih masukkan ikan dan bendi last masukkan tomato dan siap,

Sumber: CT Nazura dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Masak Lemak Pari Salai

Bahan-bahan

  • Setengah ekor ikan pari
  • Cilj padi (ditumbuk)
  • 1-2 inci kunyit hidup (ditumbuk)
  • Sebatang serai (diketuk)
  • Asam keping
  • Santan pekat anggaran sebiji kelapa

Cara nak buat Masak Lemak Pari Salai

  1. Salai ikan pari yang sudah dipotong. Ikan pari tu gaul garam kunyit.
  2. Salai dalam kuali. Titiskan minyak zaitun sikit tak nak bagi melekat.
  3. Selepas siap. Dalam kuali yang sama, tumis cili padi dan kunyit hidup yang sudah ditumbuk dengan sepenuh hati tadi. Masukkan serai yang telah diketuk.
  4. Agak-agak garing masukkan santan. Kacau supaya tak pecah minyak.
  5. Bila kuah dah menggelegak, barulah masukkan ikan pari yang dah disalai.
  6. Masukkan garam dan serbuk perasa.
  7. Masukkan asam keping. Tutup api. Siap. Jangan lama-lama.

Sumber: Ayu Yusoff dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Kari Ikan Pari

Bahan-bahan

  • Ikan pari
  • 3 biji bawang merah
  • 4 biji bawang kecil
  • Halia
  • Rempah kari
  • Santan
  • Asam jawa
  • Gula
  • Garam

Cara nak buat Kari Ikan Pari

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih serta halia. Sehingga garing dan naik bau.
  2. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh terlebih dahulu dengan air. Tumiskan lagi sehingga pecah minyak.
  3. Letak air asam jawa. Masukkan santan. Perasakan dengan gula garam.

Sumber: Seri Sairi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Hidangan Laut Yang Menarik Dijadikan Hidangan?

1. Ikan Bawal

Ikan bawal adalah ikan laut yang sangat popular dalam masakan Malaysia. Dagingnya yang lembut dan tidak berbau hanyir menjadikannya pilihan utama untuk pelbagai hidangan seperti bawal goreng, bawal stim, atau gulai bawal.

2. Ikan Siakap

Ikan siakap merupakan ikan air tawar dan laut yang sangat digemari kerana dagingnya yang putih dan berperisa sedap. Ia sering dihidangkan sebagai siakap stim, siakap tiga rasa, atau siakap goreng kunyit.

3. Ikan Kerapu

Ikan kerapu adalah ikan laut premium yang mempunyai daging yang tebal dan berperisa manis. Ikan ini sangat dihargai dalam masakan Cina dan sering dihidangkan sebagai kerapu stim atau kerapu masak sos.

4. Ikan Tenggiri

Ikan tenggiri merupakan ikan laut yang popular untuk dibuat otak-otak, keropok lekor, atau gulai ikan tenggiri. Dagingnya yang padat dan berperisa kuat menjadikannya sesuai untuk masakan berasaskan rempah.

5. Ikan Jenahak

Ikan jenahak adalah ikan laut yang sangat dihargai kerana dagingnya yang lembut dan manis. Ia sering dihidangkan dalam masakan Melayu tradisional seperti gulai jenahak atau jenahak masak lemak cili api.

Leave a Comment