4 Resepi Ikan Mata Besar (Sedap Masak Apa?)

Kalau anda mencari resepi ikan mata besar, resepi ikan mata besar ini kami sediakan untuk anda. Ada pelbagai jenis masakan yang anda boleh cuba nanti.

Jom kita try!

1. Resepi Laksa Johor

Bahan-bahan

  • Spaghetti 1 paket

Direbus dah lembut toskan gaul dengan sedikit minyak

Bahan kuah laksa

  • Ikan mata besar
  • 1 kilo ikan selayang

direbus ambil isi kisar halus guna air rebusan ikan

  • 1 tin kecil sardin botan atau cap aya .boleh juga guna sekilo udang buang kulit rebus sekejap kisar sekali dengan isi ikan
  • Bawang besar 2@3biji
  • Bawang putih 5 biji
  • Halia sebesar ibu jari
  • Lengkuas sebesar ibu jari
  • Serai 2@3 barang
  • Kunyit/kunyit serbuk
  • Lada kering 5-10 biji ikut kepedasan
  • Rempah Kari ikan
  • 2paket kecik atau 2 sudu besar
  • Santan 2 kotak kecik
  • Kerisek 2 sudu besar
  • Minyak untuk menumis
  • Asam keping 1@2 keping
  • Garam
  • Gula
  • Perasa

Bahan sambal belacan

  • Lada merah atau Lada kering
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Belacan

Cara nak buat Laksa Johor

  1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, serai, lengkuas, kunyit, lada kering, rempah kari.
  2. Tumis bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan isi ikan yang di kisar dan air rebusan ikan dan asam keping biarkan mendidih.
  4. Masukkan santan, kerisek, garam, gula dan perasa kuah kena pekat tak boleh cair.

Ulam

  1. Timun buang biji potong halus.
  2. Bawang besar potong bulat nipis.
  3. Taugeh guna yang pendek buang ekor.
  4. Kacang panjang potong bulat nipis.
  5. Lobak masin cuci toskan.
  6. Bunga kantan- buang batangnya dihiris halus.
  7. Daun kesum hiris halus.
  8. Daun selasih hiris halus.
  9. Limau sambal.

Sambal belacan

  1. Goreng sampai layu semua bahan.
  2. Kisar sampai halus.

Sumber: Salina Ishak dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Ikan Percik Kelate

Bahan-bahan

  • 6 ekor ikan mata besar@ kembong
  • 5 tangkai cili kering
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 hiris halia (blend semua bahan)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 keping asam keping
  • 3 batang serai (diketuk)
  • Gula,garam dan perasa

Cara nak buat Ikan Percik Kelate

  1. Ikan dibakar (tumbuk bawang putih&halia).
  2. Cili kering, halia,bawang kisar semuanya.
  3. Masuk dalam kuali kesemua bahan dan ketuk serai.
  4. Kemudian masukan santan.
  5. Garam, gula, serbuk perasa & asam keping.
  6. Masak dengan api perlahan bagi pecah minyak kuah percik.

Sumber: Isna Fazlina dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Ikan Bakar Portugis

Bahan-bahan

Bahan kisar

  • Bwg besar 1biji
  • Bwg putih 3 ulas
  • Halia dalam 2 hiris
  • Lengkuas 3-4 hiris
  • Kunyit hidup 3cm
  • 2 helai daun limau purut
  • Serai 3 btg hiris dulu
  • Daun kunyit sehelai
  • Lada kering

Bahan tabur

  • Serai dipotong dan diketuk
  • Daun limau purut dikoyak
  • Dau kunyit dikoyak

Cara nak buat Ikan Bakar Portugis

  1. Semua bahan di blend.
  2. Masak mcm nak masak sambal.
  3. Perasakan dengan garam gula dan perasa.
  4. Letak air asam jawa.
  5. Ambil ikan yang dah dibersihkan ratakan garam sikit pada ikan.
  6. Ambil aluminium foil lapis dengan daun pisang fungsi nak bagi wangi dan elak hangus
  7. Letak sambal dulu sikit baru letak ikan dan sapu rata sambal tadi dan taburkan bahan tabur untuk bagi naik lagi wangi.
  8. Tutup aluminium foil rapat.
  9. Boleh masak atas dapur/ dalam oven.
  10. Kalau pakai oven set pd 200 degree celsius untuk 40 min ikut oven dan size ikan.

Sumber: Aisyah Aziz dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Ikan Mata Besar Masak Cuka

Bahan-bahan

  • 3 sudu besar cuka
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk perasa cukuprasa Maggie
  • 1 sudu teh gula
  • 3 cawan air
  • 1 sudu teh biji sawi
  • Sebiji bawang besar belah 6
  • 6 ulas bawang putih dibelah 2
  • Seinci halia dihiris stick kecil
  • 1/2 batang lobak merah dihiris stik besar
  • 1/2 batang timun jepun dihiris stik besar
  • 8 biji cili padi
  • Sebiji cili merah dihiris kasar

Cara nak buat Ikan Mata Besar Masak Cuka

  1. Ikan uji rashid jangan lupa , goreng bagi garing baru sedap.

Sumber: Ziana Chesaad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Jangan lupa mencuba resepi ini ya!

Jom semak juga resepi acar ikan masin (Kecur Air Liur)

Selamat mencuba!

Leave a Comment