Ikan masak asam ialah hidangan tradisional Melayu yang terkenal dengan rasa masam, pedas, dan sedikit manis. Ia sesuai dinikmati bersama nasi panas dan sering menjadi pilihan ketika berbuka puasa atau sebagai lauk harian.
Resepi ikan masak asam ini sinonim dengan hidangan lauk ibu berpantang. Lauk yang cukup mudah nak buat. Jika anda tak ada idea nak masak apa, jom cuba resepi ini.
Resepi Ikan Masak Asam
1. Resepi Ikan Masak Asam Simple
Bahan-bahan
- Bawang putih
- Bawang kecik/bawang merah
- Cili padi
- Cili kering
- Halia
- Air asam jawa
- Garam
- Ikan yang telah digoreng dahulu
Cara nak buat Ikan Masak Asam Simple
- Tumis bawang putih, bawang kecik, bawangmerah, cili padi, cili kering dan halia.
- Masukkan air asam jawa.
- Masukkan ikan yang telah digoreng terlebih dahulu.
- Tambah air jika nak lebih berkuah.
- Perasakan.
- Biar sebati.
- Siap.
Sumber: Aida Akashahfitri dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Ikan Masak Asam Rebus
Bahan-bahan
- **3-5 ulas bawang merah kecik atau selabu bawang besar saiz sederhana.
- **Belacan seruas jari saya.
- ½ sudu besar cili kering yang dah siap blend
- **½ inci kunyit hidup atau untuk secantik kaler kuah.
- *Kunyit hidup buat kuah rasa wangi dan menambahkan aroma masakan.
- Air asam jawa secukup rasa
- Garam
- 1 batang serai dititik
- 3-5 helai daun limau purut
- Secarik 2, daun kunyit
- Bendi / kacang panjang /sawi (option)
- Sedikit perisa masakan
Cara nak buat Ikan Masak Asam Rebus
- .TumbUk semua bahan bertanda **
- Masukkan ke dalam periuk.
- Masukkan juga ikan, serai, daun limau purut, daun kunyit dan letak air cukup hingga ikan terendam. Then didihkan.
- Dah mendidih sekali dua tu, masukkan air asam jawa, garam dan perasa.
Sumber: Nanny Ammar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Masak Asam Cilipadi Kampung
Bahan-bahan
- 4ekor ikan kembung(goreng separuh masak)
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- Cilipadi
- Air asam jawa
- Belacan
- Garam
- Perasa/gula
Cara nak buat Masak Asam Cilipadi Kampung
- Kisar bawang merah, bawang putih, halia, cilipadi dan belacan. Tumiskan hingga naik bau, masukkan ikan dan sedikit air.
- Biarkan mendidih seketika kemudian masukkan air asam jawa biarkan mendidih lagi dengan api perlahan. akhir sekali masukkan garam, gula /perasa,bawang dan cili sebagai hiasan.
Sumber: Asma Hanniey dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Ikan Bilis Masak Asam
Bahan-bahan
- Ikan bilis
- Bawang putih, bawang merah
- Garam
- Ajinomoto
- Gula
Cara nak buat Ikan Bilis Masak Asam
- Goreng ikan bilis smpai garing (ketepikan).
- Tumis bwg putih, beg merah dan cili padi.
- Masukkan air asam jawa( bancuhan pekat).
- Masukan garam dan ajinomoto (optional) dan gula.
- Biar sehingga pecah minyak.
- Last skali masukkan semula ikan bilis tadi, gaul rata.
Sumber: Maya Suhaimi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Menu Lain Yang Sinonim Dengan Ikan
1. Ikan Masak Lemak Cili Api
Ikan masak lemak cili api adalah hidangan tradisional Negeri Sembilan yang menggunakan santan pekat sebagai asas kuahnya. Masakan ini menggabungkan kelembutan santan dengan kepedasan cili api dan keharuman daun kunyit, menciptakan rasa yang kaya dan berperisa. Ikan yang biasa digunakan ialah ikan tenggiri atau ikan patin, dan selalunya dimasak bersama sayuran seperti terung dan pucuk gajus.
2. Ikan Gulai
Gulai ikan merupakan masakan berkuah yang kaya dengan rempah ratus dan santan. Kuah gulai yang pekat dan berperisa terhasil daripada campuran kunyit, ketumbar, jintan dan rempah lain yang ditumis hingga wangi. Masakan ini popular di seluruh rantau Asia Tenggara dan sering dihidangkan dengan sayuran seperti kacang panjang, terung atau nanas muda.
3. Ikan Masak Kari
Kari ikan adalah hidangan yang menggunakan serbuk kari atau rempah kari segar untuk menghasilkan kuah yang pekat dan berperisa. Masakan ini mempunyai rasa yang kompleks dengan gabungan rasa pedas, manis dan beraroma dari pelbagai rempah seperti kunyit, ketumbar, jintan manis dan daun kari. Biasanya dimasak dengan santan dan sayuran seperti kentang, kacang panjang atau okra.
4. Ikan Masak Tempoyak
Tempoyak ikan adalah hidangan tradisional yang menggunakan tempoyak (durian yang difermentasi) sebagai bahan utama kuahnya. Masakan ini mempunyai rasa yang unik dengan kombinasi masam, manis dan sedikit pahit dari tempoyak, serta kepedasan dari cili. Hidangan ini sangat popular di negeri Pahang dan sering dimasak dengan ikan air tawar seperti ikan patin atau ikan baung.