Ikan lolong merupakan ikan laut yang terdiri daripada dua famili utama iaitu Priacanthidae dan Carangidae. Antara spesis yang biasa ditemui di perairan Malaysia ialah ikan lolong bara berbintik kuning (Priacanthus macracanthus) dan ikan lolong bara berbintik hitam (Priacanthus tayenus).
Ikan lolong merupakan spesis yang penting secara komersial dan dijual di pasar-pasar tempatan sebagai makanan. Ikan ini mempunyai ciri fizikal yang unik dengan bentuk ekor yang berbeza mengikut spesis – ada yang berbentuk-C dan ada yang terpotong. Ikan lolong adalah pilihan popular dalam masakan tempatan Malaysia dan sering digunakan dalam pelbagai hidangan tradisional.
Resepi Ikan Lolong
1. Resepi Serunding Ikan Lolong
Bahan-bahan
- Ikan lolong 2kg di siang dan dibersihkan
- Rebus ikan bersama asam keping
- Asing kan Isi ikan bersama tulang
- Blend isi ikan
- Bawang merah, bawang putih, halia, cili padi di kisar
- Cili boh
- Santan 1/2 kg
- Serai dititik
- Asam keping
- Garam n gula sikit(last sekali)
Cara nak buat Serunding Ikan Lolong
- Masukkan ke semua bahan dalam kuali.
- Kacau hingga sebati.
- Proses mengacau ini memakan masa jadi memang sabar. Kene pastikan sentiasa di kacau. Dah agak kering boleh lah dimasukkan garam dan gula secukup rasa.
- Masak lagi sampai kering.
- Siap.
Sumber: Sabrina Khozai dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Ikan Lolong Masak Cuka
Bahan-bahan
- 6 ekor ikan lolong
- Garam & kunyit
- Minyak utk menggoreng
- 1 bwg besar (hiris)
- 3 bwg putih (hiris)
- 1 inch halia (hiris)
- 3 cili api (ketuk)
- 1 serai (ketuk)
- 5 lada hijau besar (belah 2)
- 3 ke 4 sudu cuka
- Garam, gula & pasti sedap
- Sedikit air
Cara nak buat Ikan Lolong Masak Cuka
- Siang & bersihkan ikan. Toskan. Perap dengan garam & serbuk kunyit. Goreng garing dan letak tepi.
- Panaskan minyak goreng ikan yang tinggal tadi semula. Tumis bawang besar, bawang putih, cili api, hala & serai sampai garing.
- Masukkan cuka & air. Perasakan cuka, garam, gula & pasti sedap. Tambah lada hijau besar. Kacau sampai mendidih.
- Tutup api, tuang atas ikan goreng.
Sumber: Nur Fakhira Mohd Rosli dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Gulai Kuning Ikan Lolong
Bahan-bahan
- 4 ekor Ikan Lolong
- 1/2 inci lengkuas *
- 4 ulas bawang kecil *
- 2 ulas bawang putih *
- 1/2 inci kunyit hidup *
- 1 biji cili api *
- 1 sudu makan cili kisar
- 200 ml santan pekat
- 1 cawan air kosong
- 1 keping asam keping
- Sedikit garam,gula
- Lada besar hijau @ timun @ terung
Blend atau tumbuk halus bahan yang ditanda *
Cara nak buat Gulai Kuning Ikan Lolong
- Masukkan bahan tumbuk/blend tadi bersama santan, air, cili kisar, asam keping. Buka api dan masak dengan api sederhana hingga mendidih.
- Bila gulai kuning dah mendidih, masukkan ikan bersama lada besar hijau.
- Masukkan garam dan serbuk perasa. Ikan siap masak dan sedia dihidangkan.
Sumber: Noryusnida Jamil dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Ikan Lolong Masak Stim Limau Ala Thai
Bahan-bahan
Bahan ikan
- 3 ekor ikan lolong
- 2 batang serai
- Halia
Bahan kuah stim limau
- 1 cawan air
- 2 biji air perahan limau nipis
- 4-5 biji cili padi dicincang halus
- 2-3 ulas bawang putih dicincang halus
- Sos Ikan
- Kiub pati ayam
- Serbuk Perisa (kalau suka)
Cara nak buat Ikan Lolong Masak Stim Limau Ala Thai
- Serai diketuk & halia dipotong nipis.
- Sumbat dalam perut ikan tabur atas ikan.
- Dan boleh kukus.
Kuah stim limau
- Panaskan air dalam kuali sampai mendidih.
- Masukkan kiub pati ayam, bawang putih,cili,sos ikan perasa ikut selera.
- Tutup api, campurkan dalam air perahan limau nipis.
- Akhir sekali tuang kuah atas ikan yang siap dikukus tadi ketika kuah masih panas dan boleh dihidang.
Sumber: Tct Rafidah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Variasi Ikan Laut Yang Enak Dimasak
1. Ikan Siakap
Ikan siakap merupakan ikan yang paling popular dipesan di restoran makanan laut ataupun masakan panas. Jenis ikan ini amat sedap dibuat masak tiga rasa ataupun stim limau dengan isi yang pejal dan manis. Ikan ini mempunyai badan yang panjang berskala kecil dengan mulut besar.
2. Ikan Cencaru
Ikan cencaru adalah spesis ikan laut yang popular dalam masakan Malaysia. Ikan ini sering digunakan untuk masakan panggang, masak kari atau dijadikan ikan masin. Rasanya yang sedap dan harga yang berpatutan menjadikannya pilihan kegemaran rakyat Malaysia.
3. Ikan Kembung
Ikan kembung merupakan ikan laut yang sangat popular di Malaysia, terutama untuk masakan gulai, masak lemak atau ikan bakar. Ikan ini mudah didapati di pasar tempatan dan menjadi bahan asas dalam banyak hidangan tradisional Melayu.
4. Ikan Tenggiri
Ikan tenggiri adalah ikan laut bersaiz besar yang sangat digemari kerana dagingnya yang tebal dan berlemak. Ikan ini sering digunakan untuk membuat gulai ikan, ikan bakar atau masak asam pedas. Harganya yang agak mahal mencerminkan kualiti dan rasa yang istimewa.
5. Ikan Tongkol
Ikan tongkol merupakan ikan laut yang kaya dengan protein dan omega-3. Ikan ini popular untuk masakan gulai, rendang ikan atau dijadikan serunding ikan. Teksturnya yang kenyal dan rasa yang kuat menjadikannya pilihan terbaik untuk masakan berempah.