2 Resepi Ikan Keli Berlada

Resepi ikan keli berlada merupakan salah satu hidangan tradisional Melayu yang menggabungkan rasa pedas sambal dengan ikan keli goreng rangup. Ikan keli yang telah dibersihkan dilumurkan dengan serbuk kunyit dan sedikit minyak sebelum digoreng sehingga rangup.

Sambal pedas untuk hidangan ini diperbuat daripada cili merah atau cili hijau, bawang merah, bawang putih, belacan, dan sedikit gula untuk mengimbangi rasa pedas sambal. Sambal yang telah siap dimasak kemudian dicurahkan ke atas ikan keli goreng. Ia boleh dilumurkan atau digaul bersama ikan mengikut citarasa.

Hidangan ini biasanya disajikan bersama nasi putih panas dan dilengkapi dengan ulam-ulaman, menjadikannya pilihan yang mampu membangkitkan selera.

1. Resepi Ikan Geli Goreng Berlada

Bahan-bahan Ikan Geli Goreng Berlada

  • Seekor ikan keli bersaiz besar.
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 biji bawang besar*
  • 12 biji cili merah*
  • 5 biji cili padi* (tambah jika nak pedas)
  • Sebiji bawang holland.
  • Sedikit air asam jawa.
  • 3 helai daun limau purut.
  • Gula
  • Garam
  • Minyak masak
  • Serbuk kunyit

Cara nak buat Ikan Geli Goreng Berlada

  1. Gaulkan ikan keli dengan garam dan serbuk kunyit. Biar seketika.
  2. Blend or tumbuk kasar bahan bertanda *
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan sampai garing. Angkat dan toskan minyak.
  4. Jangan membazir minyak so guna minyak yang sama, panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk atau dikisar sehingga garing dan naik bau.
  5. Setelah itu, masukkan air jika terlalu kering bersama sedikit air asam jawa.
  6. Kemudian, masukkan bahan perasa dan daun limau purut serta bawang holland. Kacau rata.
  7. Masukkan ikan keli yang telah digoreng tadi dan gaulkan bersama sambal tumis.

Sumber: Rohayu Md Isa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Ikan Keli Sambal Hijau

Bahan-bahan Ikan Keli Sambal Hijau

  • Ikan keli 1 ekor
  • Serbuk kunyit
  • Garam

Bahan tumbuk

  • 3 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 5 tangkai cili hijau

Cara nak buat Ikan Keli Sambal Hijau

  1. Lumur serbuk kunyit dan garam pada ikan keli, goreng & ketepikan.
  2. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga nampak layu. Tambahkan garam secukupnya.
  3. Masukkan ikan keli yang telah digoreng tadi ke dalam bahan tumisan dan gaul hingga rata.

Sumber: Siti Maisara dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Selain Ikan Keli Berlada, Apa Lagi Resepi Ikan Keli yang Sedap

Selain Ikan Keli Berlada, terdapat pelbagai resepi ikan keli yang lazat, mudah dimasak, dan boleh anda cuba sendiri. Berikut adalah beberapa cadangan resepi ikan keli untuk rujukan anda.

1. Ikan Keli Masak Lemak Cili Padi

Masak lemak cili padi style Negeri Sembilan sangat sesuai untuk dimasak bersama ikan keli. Ikan keli tidak perlu digoreng dimasak bersama kuah masak lemak yang cukup pedas dan sedikit masam.

2. Ikan Keli Sambal Tempoyak

Menggabungkan rasa tempoyak bersama sambal pedas. Ikan keli boleh digoreng untuk memberikan kerangupan ketika makan.

3. Ikan Keli Goreng Berempah

Ikan keli akan diperap bersama bahan perapan iaitu serbuk kari, serbuk kunyit, halia, dan bawang putih dan akan digoreng sehingga ranggup.

4. Ikan Keli Bakar

Ikan keli dibersihkan dan akan diperap dengan bahan utama iaitu kunyit, bawang putih, halia, dan sedikit asam jawa sebelum dibakar sehingga ikan dimasak sebati. Dihidangkan bersama sambal kicap atau air asam jawa.

Leave a Comment