4 Resepi Ikan Ebek

Ikan ebek, juga dikenali sebagai diamond trevally, ialah spesies ikan laut yang dikenali dengan bentuk badan leper dan berkilat perak. Ikan ini merupakan sejenis ikan dari keluarga Carangidae yang sering ditemui di perairan Malaysia dan menjadi pilihan popular dalam kalangan penggemar makanan laut.

Ikan ebek digemari kerana daging yang lembut dan manis, serta mudah dimasak dengan pelbagai kaedah seperti masak kari, sup, singgang dan asam pedas. Ikan ini sesuai untuk hidangan keluarga kerana rasa yang sedap dan nilai nutrisi yang tinggi untuk kesihatan.

1. Resepi Asam Pedas Ikan Ebek

Bahan-bahan

Bahan A

  • Bawang merah-hiris halus
  • Bawang putih-hiris halus
  • Daun kari
  • Halba
  • Jintan manis
  • Biji sawi

Bahan B

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Kunyit
  • Lengkuas
  • Halia
  • Lada hitam
  • Cili kering
  • Belacan-jika suka

Bahan C

  • Cili Boh
  • Asam jawa
  • Ikan merah/siakap/pari/ebek
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Serai
  • Tomato
  • Terung
  • Bendi

Cara nak buat Asam Pedas Ikan Ebek

  1. Tumis Bahan A sampai naik bau.
  2. Masukkan Bahan B dan cili boh. Tumis sampai garing.
  3. Masukkan air, air asam jawa, daun kesum, bunga kantan, serai, terung dan bendi.
  4. Setelah mendidih, masukkan ikan dan tomato. Perasakan dengan garam dan gula.

Sumber: Nurul Syahida Mohd Noor dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Ikan Ebek Masak Asam

Bahan-bahan

  • 5@6 ketul ikan ebek
  • 1 biji bawang besar di hiris
  • 3@4 biji cili api
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 1 inci halia di hiris
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit ajinamoto
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam

Cara nak buat Ikan Ebek Masak Asam

  1. Goreng ikan ebek sehingga garing.
  2. Tumis bawang putih ,halia ,bawang besar dan cili api sehingga kekuningan.
  3. Masukkan air asam jawa, gula, aji dan juga garam.
  4. Masukkan ikan yang telah di goreng tadi.
  5. Biarkan sekejap dah siap .

Sumber: Sapiatul Azlah Ghazali

3. Resepi Singgang Ikan Ebek

Bahan-bahan

  • Ikan ebek
  • 5 ulas bwg putih
  • 7 hirisan lengkuas
  • 7 hirisan kunyit
  • 5 keping asam gelugur
  • Garam, secukup rasa, gula
  • Bendi
  • Lada kecil
  • Tomato

Cara nak buat Singgang Ikan Ebek

  1. Masukkan dalma periuk, letak air tinggi sikit dari paras ikan.
  2. Kemudian masukkan 5 ulas bawang putih (belah dua), 7 hirisan lengkuas,7 hirisan kunyit. Masukkan juga 5 keping asam gelugur, garam secukup rasa, gula sikit.
  3. Bila mendidih letakkan bendi, lada kecil dan hirisan tomato, biarkan seketika kemudian tutup api, boleh hidangkan.

Sumber: Naziah Zie dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Kengsom Darat

Bahan-bahan

  • Serai
  • *Bwg putih
  • *Cili kering kecik2
  • *Cili kering besar
  • *Kunyit
  • Belacan
  • Asam jawa
  • Asam keping
  • Air
  • Daun kesom

Cara nak buat Kengsom Darat

  1. Ok blend semua bahan2 bertanda* dan letak tepi.
  2. Panaskan periuk dan masukkan air tapi jangan banyak dan masukkan bahan yang dah diblend tunggu mendidih kejap.
  3. Masukkan asam keping dan bancuhan asam jawa dan belacan, masukkan daun kesum, garam dan ajinomoto, kacau kejap dan masukkan ika, apabila mendidih kuah dah siap.

Sumber: Nur Fadila dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Apa Lagi Ikan Yang Sering Dijadikan Menu Lazat?

1. Ikan Tenggiri

Ikan tenggiri adalah sejenis ikan laut yang mempunyai daging putih dan padat yang popular di Malaysia dan serantau Asia Tenggara. Ikan ini kerap digunakan dalam masakan tradisi seperti otak-otak, gulai tempoyak dan ikan bakar kerana tekstur dagingnya yang sesuai untuk pelbagai kaedah memasak.

2. Ikan Jenahak

Ikan jenahak merupakan sejenis ikan laut yang tergolong dalam keluarga kakap merah (Lutjanidae) dan mempunyai daging yang berkualiti tinggi. Ikan ini popular dalam masakan tradisional Malaysia seperti singgang, steamed whole fish dan masak asam pedas kerana citarasa yang istimewa.

3. Ikan Kerisi

Ikan kerisi ialah sejenis ikan laut yang popular di Malaysia, terkenal dengan dagingnya yang lembut dan manis. Ikan ini sesuai dimasak dengan cara digoreng dengan tepung dan rempah, dikari mahupun dibakar kerana mudah meresap perisa dan tidak mudah hancur.

4. Ikan Merah (Red Snapper)

Ikan merah, juga dikenali sebagai red snapper, adalah sejenis ikan laut yang popular dalam masakan Asia dengan isi yang putih, lembut dan lazat. Hidangan popular termasuk steamed red snapper dengan sos limau, fish head curry dan sweet and sour red snapper yang menjadi kegemaran di restoran Cina.

5. Ikan Siakap (Barramundi)

Ikan siakap merupakan ikan laut yang mempunyai saiz yang besar dan daging tebal yang popular dalam masakan Malaysia. Ikan ini kerap dihidangkan secara kukus dengan halia dan sos soya, digoreng berlada mahupun dimasak dalam gaya Thai steam fish kerana kelembutan dagingnya yang istimewa.

Leave a Comment