4 Resepi Gulai Ikan Tongkol Nasi Dagang (Ori Dari Terengganu)

Nasi dagang memang terkenal di Pantai Timur. Selalunya nasi dagang ini dimakan sewaktu sarapan pagi. Resepi gulai ikan tongkol nasi dagang ori kami bawakan untuk anda ini memang terangkat. Kali kami nak kongsikan resepi gulai ini untuk anda peminat makanan Pantai Timur.

Jom kita try!

1. Resepi Gulai Ikan Tongkol

Bahan-bahan

Bahan rebus ikan

  • 2 ekor ikan tongkol (bersihkan)
  • 3-4 helai daun pandan
  • Sedikit halia
  • Sedikit lengkuas
  • Garam dan gula melaka
  • Sedikit cuka

Cara dia rebus dengan api yang perlahan

Bahan untuk kuah gulai

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Jintan manis
  • Ketumbar
  • Serai

**Bahan diatas kisar

Bahan lain

  • 1peket serbuk kari daging
  • 1/2 peket serbuk kerutuk
  • Sedikit serbuk lada babas
  • Cili kisar
  • Garam/gula/kiub ikan
  • Santan pekat (santan kotak).
  • Santan segar (1biji)
  • Air rebusan ikan

Cara nak buat Gulai Ikan Tongkol

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar tadi sampai naik minyak, naik bau dan kekuningan, masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.
  2. Bancuh rempah kari, kerutuk dan lada tumis sekali dengan bahan lain api sederhana saja masak sampai dia pecah minyak dengan cantik masukkan air rebusan ikan.
  3. Tumis lagi sampai dia pecah minyak, masukkan santan segar, santan pekat kacau perlahan dengan api sederhana biarkan dia mereneh dalam 15-30mnit.
  4. Masukkan ikan rebus tadi kacau perlahan dan masak seketika dalam 5mnit dan tutup api.

Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Gulai Ikan Aye@Tongkol

Bahan-bahan

  • 1ekor ikan tongkol sederhana besar potong ikut suka rebus dengan asam keping masuk garam gula secukup rasa
  • 1/2 kilo santan pekat
  • Bahan kisar
  • 10bji cili kering
  • 2biji bawang merah besar
  • 2ulas bawang putih
  • 2cm lengkuas
  • 3cm kunyit hidup
  • Cili merah hijau dan cili padi

Cara nak buat Gulai Ikan Aye@Tongkol

  1. Santan pekat tadi campur dgn 5 gelas air rebus hingga mendidih masukkan piring @ sudu dalam supaya tidak meruap. Simpan 1/2 gelas untuk kisar, bahan kisar tadi tak payah masuk air masa blend nanti takut bergentel kuahnya tak cantik.
  2. Santan tadi dah mendidih naik minyak masuk bahan kisar kacau rata. Masuk garam gula secukup rasa. Biarkan dia mereneh.
  3. Masukkan ikan yang dah direbus bersama kuahnya sekali tadi biar dia mereneh hingga naik minyak dan berkilat.
  4. Masuk cili besar dan cili padi. Makin lama reneh makin cantik kuahnya.

Sumber: Azizah Daud dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Original Gulai Ikan Tongkol

Bahan-bahan

Bahan A

  • 15 bj Bawang merah
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1/2 inch Halia
  • 1 inch Lengkuas
  • 1 inch Kunyit hidup
  • 3 bj Cili kering
  • 1/2,sudu kecil Jintan manis
  • 1/2 sudu kecil jintan putih
  • 1/2 sudu kecil Halba
  • 1 sudu makan Serbuk kari

Bahan B

  • 1/2 santan segar
  • 1kg ikan (direbus terlebih dahulu)
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Cara nak buat Original Gulai Ikan Tongkol

  1. Blander semua bahan bahan A.
  2. Panaskan kuali dan masukkan air + santan + bahan² blander + santan + asam gelugor + garam gula + ikan.
  3. Masak sehingga mendidih.

Sumber: Noor Zafran dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Gulai Ikan Tongkol Kelantan

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan tongkol rebus dengan garam asam keping dulu
  • – 7 biji bwg merah#
  • – 1 inci lgkuas#
  • – 1 inci kunyit hidup#
  • – cili api skit optional#
  • – 1 sudu cili kering#
  • – 1@2 Asam keping

Bahan bertanda #

Cara nak buat Gulai Ikan Tongkol Kelantan

  1. Semua blend dan tumis dengan sedikit minyak sampai garing baru masukkan santan pekat masukan sekali air rebusan ikan tadi
  2. Kacau sentiasa sampai mendidih masukkan ikan tongkol, kalau suka boleh letak timun batang, kacang panjang.
  3. Masukkan cili masak bagi menggelegak dah siap kalau suka pekat boleh masak api slow smpai gulai pekat.
  4. Perasakan dengan garam, aji kalau suka. Gula atau nisse.

Sumber: Kasmini Abdulghani dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Selepas ini tak perlu lagi dah nak membeli, buat sendiri lagi puas hati.

Jom semak juga resepi apam kuah Terengganu salah satu kuih tradisi di Terengganu.

Selamat mencuba!

Leave a Comment