4 Resepi Gulai Ayam Kelantan

Gulai Ayam Kelantan merupakan hidangan tradisional yang berasal dari negeri Kelantan, Malaysia. Masakan ini terkenal dengan kuah gulai yang kaya rempah dan mempunyai cita rasa yang pekat serta aromatik. Gulai ini menggunakan ayam sebagai bahan utama yang dimasak bersama santan kelapa dan pelbagai rempat tempatan seperti serai, lengkuas, kunyit, cili kering, dan lada hitam.

Keunikan Gulai Ayam Kelantan terletak pada penggunaan rempah-ratus yang melimpah dan teknik memasak tradisional yang diwarisi turun-temurun. Kuah gulai yang dihasilkan mempunyai warna kuning keemasan yang menarik dengan rasa yang seimbang antara pedas, manis, dan gurih. Hidangan ini sering dinikmati bersama nasi putih.

1. Resepi Gulai Ayam Kelantan

Bahan-bahan

Bahan Kisar 1

  • Bawang Putih
  • Bawang Merah
  • Halia
  • Kunyit
  • Lengkuas
  • Buah Keras

Bahan Kisar 2

  • Cili kering. Guna yang buah besar yang langsung tak pedas tu. Ini yang buat warna dia cantik

Bahan lain

  • Kulit Kayu Manis
  • Bunga Cengkih
  • Bunga Lawang
  • Rempah kari (mmg dr kelantan, timbang kilo)
  • Santan
  • Asam Keping
  • Nise (Gula Melaka)
  • Garam

Cara nak buat Gulai Ayam Kelantan

  1. Tumis kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih.
  2. Masukkan yang bawang blend tadi.
  3. Masukkan cili kering.
  4. Masukkan rempah kari.
  5. Masukkan Ayam/Daging, gula melaka, garam (renehkan) (masa ini dah masukkan santan sikit).
  6. Dekat nak masak, masukkan santan lagi.

Sumber: Farith Ismail dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Gulai Ayam Darat

Bahan-bahan

  • 1 kg Ayam.
  • 4 sudu makan Serbuk Rempah Gulai Darat
  • 200ml santan
  • 1/2 keping gula melaka
  • Asam keping
  • 1sudu besar kerisik
  • Garam
  • Serbuk Perisa (kalau suka)

Bahan kisar

  • 4 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 2-3 hiris lengkuas
  • 1 inc kunyut hidup
  • 1 inc halia
  • 1/2 sudu ketumbar

Cara nak buat Gulai Ayam Darat

  1. Satukan bahan kisar, rempah gulai darat dan ayam. Masukkan air dan masak atas dapur sehingga mendidih pastu bleh masukan asam keping.
  2. Masukan santan dan kacau rata..biarkan mendidih dgn api sederhana dan masak sehingga kuah sedikit terbit minyak
  3. Masukan garam, gula melaka, kerisik dan serbuk perasa kalau suka. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Sumber: Memey Sedak dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Ayam Gulai Kelantan Mudah

Bahan-bahan

  • Bawang merah, bawang putih
  • Halia
  • 4 sekawan
  • Cili kering
  • Rempah gulai ayam
  • Gula, garam, ajiomoto
  • Serbuk stok ayam
  • Asam jawa
  • Serai
  • 1 biji gula melaka
  • Santan

Cara nak buat Ayam Gulai Kelantan Mudah

  1. Tumis bawang merah, bawang putih,halia, 4sekawan sehingga kekuningan garing.
  2. Masukkan cili kering.
  3. Tumis lagi hingga pecah minyak lagi lama lagi bagus.
  4. Masukkan rempah gulai ayam (guna cap tukang masak-rempah dari kelantan) ,(jika tiada boleh campur rempah kari+rempah kerutuk adabi).
  5. Tambah air sedikit, tumis sehingga pecah minyak, tambah air lagi tumis lagi ulang step ni 2/3 kali supaya tak mudah basi,
  6. Masukkan ayam, gula garam ajinomoto, serbuk stok ayam, asam jawa, serai ketuk 1gula melaka 1 kerek.
  7. Tambah air sedikit mendidih 10minit.
  8. Masukkan santan+air.
  9. Api sederhana.
  10. Didih selama setengah jam, lagi lama lagi sedap.
  11. Siap dihidang.

Sumber: Niq Ain dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Kelantan Kuzi Ayam

Bahan-bahan

  • 1ekor ayam
  • 1 kilo bawang merah
  • 1 tin susu cair
  • 1 1/2 liter air tapis.
  • 1 botol sos tomato del monte
  • 1/2 tin kecil tomato puree
  • 4 sudu rempah kuzi
  • 2 inci kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawan, 2 biji pelaga hindi, 3 kuntum cengkeh
  • 3 sudu kismiss
  • 1 paket zafron
  • 2 inci halia
  • 2 sudu buah badam/kacang tanah pun boleh.
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam

Cara nak buat Kelantan Kuzi Ayam

  1. Potong ayam 20 ketul
  2. Perap dengan halia tumbuk, garam dan zafran.
  3. Biarkan sejam.
  4. Hiris bawang merah, goreng dalam minyak banyak jangan terlalu garing, bila nampak hampir kuning angkat. Bawang akan garing dgn minyak yang masih panas yang melekat pada bawang.
  5. Toskan kemudian blend guna mesin kering.
  6. Minyak yang sama, goreng ayam, kalau perlu tambah 2 sudu minyak sapi untuk elak ayam dari melekat. Goreng separuh masak, jangan garing.
  7. Toskan dalam minyak yang sama goreng kismis dan badam.
  8. Panaskan sedikit minyak baru dalam kuali lain, tumis kulit kayu manis.
  9. Bancuh rempah kuzi dengan sedikit air.
  10. Bila naik bau wangi bahan tumis tadi, masukkan rempah.
  11. Kacau hingga sebati dan wangi. Guna api perlahan.
  12. Bila wangi, matikan api.
  13. Dalam periuk lain agak besar.
  14. Masukkan susu cair, bawang goreng blend, tomato puree, sos tomato, air, kacau hingga tiada ketul.
  15. Masukkan rempah yang ditumis tadi, kacau sebati.
  16. Hidupkan api, masak hingga mengeleggak, bila wangi, masukkan ayam goreng.
  17. Masukkan badam, garam, gula, kismis.
  18. Bole tambah gula dan garam jika perlu.
  19. Biarkan sekejap atas api perlahan

Sumber: Hana Rahman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Variasi Menu Kampung Yang Popular

1. Rendang Daging

Rendang daging adalah masakan tradisional yang menggunakan daging lembu yang dimasak dengan santan pekat dan rempah-ratus sehingga kuah menjadi kering dan pekat. Rempah yang digunakan termasuk cili kering, bawang merah, halia, lengkuas dan daun kunyit yang memberikan rasa pedas dan wangi yang khas.

2. Kari Kambing

Kari kambing merupakan masakan berempah yang menggunakan daging kambing yang dimasak dalam kuah santan dengan serbuk kari dan rempah-ratus segar. Masakan ini mempunyai rasa yang kuat dan aromatik dengan sentuhan pedas yang sederhana, sangat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia.

3. Gulai Ikan

Gulai ikan adalah masakan tradisional yang menggunakan ikan segar yang dimasak dalam kuah santan berempah. Rempah-ratus seperti kunyit, lengkuas, serai dan daun kesum memberikan rasa yang segar dan wangi kepada masakan ini, menjadikannya hidangan yang digemari ramai.

4. Kari Ayam

Kari ayam adalah masakan yang menggunakan daging ayam yang dimasak dengan serbuk kari, santan dan sayur-sayuran seperti kentang dan lobak merah. Masakan ini mempunyai rasa yang sedap dan kuah yang pekat, sering menjadi pilihan utama dalam majlis-majlis dan kenduri.

5. Gulai Lemak Nangka Muda

Gulai lemak nangka muda adalah masakan tradisional yang menggunakan nangka muda sebagai bahan utama yang dimasak dalam santan dengan rempah-ratus dan ikan bilis. Masakan ini mempunyai rasa yang lemak dan sedikit manis, sering dihidangkan sebagai lauk-pauk pelengkap dalam hidangan Melayu.

Leave a Comment