3 Resepi Frambozen Kenari

Frambozen Kenari ialah sejenis dessert yang mempunyai asas biskut shortbread, yang disapu dengan jem, kemudian dilapisi dengan meringue dan ditaburkan dengan kekacang. Walaupun asal-usulnya tidak diketahui dengan pasti, kuih ini telah menjadi pilihan popular terutamanya semasa musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.

Ramai yang mungkin tidak begitu biasa dengan nama biskut Frambozen Kenari, tetapi apabila melihatnya secara langsung, pasti pernah merasainya. Kombinasi lapisan yang berbeza dalam kuih ini memberikan variasi tekstur dan rasa yang menarik, di mana keasaman jem mengimbangkan rasa manis meringue dan asas buttery shortbread.

1. Resepi Frambozen Kenari

Bahan-bahan

Bahan biskut

  • 2 biji kuning telur
  • 2 cwn tpng gandum
  • 3/4 cwn butter
  • 1/2 cwn gula halus
  • Sedikit garam
  • Esen vanilla

Bahan topping

  • 3 biji putih telur
  • 2 sb tepung jagung
  • 1/3 cwn gula icing
  • Jem stroberry/ blueberry / rasberry
  • Badam untuk hiasan

Cara buat frambozen kenari

  1. Satukan gula,esen vanilla, kuning telur, garam dan butter.
  2. Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh, kalau rasa lembik tambah 1-2 sb tepung.
  3. Canai nipis atau tekan dalam dulang, cucuk guna garfu.
  4. Bakar suhu 160 selama 20 minit.
  5. Keluarkan dan sejukkan.
  6. Sementara tunggu biskut sejuk, pukul putih telur guna mixer hingga berbuih, selepas itu masukkan gula, pukul lagi dan last masukkan tepung jagung.
  7. Pukul sampai jadi krim yang kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak jatuh.
  8. Biskut dah sejuk, sapu jem dan  sapu rata krim topping tadi. Tabur badam.
  9. Bakar lagi 20 minit dengan suhu sama bakar biskut tadi.
  10. Lepas 20 minit turunkan ke suhu 100° dan biarkan selama 1 jam.
  11. Keluarkan dan potong masa panas.

Sumber: Intan Shafina Mohamed Ani dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Frambozen Kenari (Jem Blackcurrant)

Bahan-bahan

Bahan 

  • 250 gm tepung gandum
  • 110 gm gula icing
  • 110 gm serbuk badam (ground almond)
  • 195 gm butter
  • 1 biji kuning telur
  • 80 gm susu tepung

Bahan B

  • TOPPING TENGAH – Jem blackcurrant secukupnya
  • TABURAN – almond flakes (dipanggang sebentar) dan pumpkin seed kernel

Bahan C

  • ROYAL ICING
  • 60 gm putih telur
  • 80 gm gula castor
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • Pukul putih telur dan gula castor hingga pekat dan putih (meringue). Masukkan tepung jagung dan kaup-balik perlahan hingga rata.

Cara buat frambozen kenari

  1.  Panaskan oven pada suhu 170°C.
  2. Sediakan loyang bersama cutter berukuran 12 inci persegi. 3. Sapukan sedikit butter dan alaskan dengan kertas baking. Ketepikan.
  3. Pukul butter dan gula icing hingga rata.
  4. Masukkan kuning telur dan kacau sekejap.
  5.  Masukkan susu tepung dan serbuk badam. Kacau rata.
  6. Masukkan tepung sedikit2 dan gaul hingga menjadi doh.
  7. Letak adunan ke dalam loyang dan tekan padat dan ratakan (tanpa cutter). Cucuk dengan garfu dan kemudian tekan adunan dengan CUTTER. Bakar selama 30 minit.
  8. Bila dah masak, angkat CUTTER dan sapukan jem di atas biskut. Kemudian sapukan royal icing di atas jem. Setelah itu, pasang semula CUTTER tersebut. Barulah ditabur almond flakes yang telah dipanggang.
  9. Bakar lagi pada suhu yang sama (170°C) selama 20 minit.
  10. Kemudian turunkan suhu pada 100°C dan bakar lagi selama 1 jam untuk mengeraskan royal icing.
  11. . Terus membuka CUTTER perlahan2. Biarkan biskut sejuk dahulu barulah diangkat.

Sumber: Aini Binte Madon dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Frambozen Kenari

Bahan-bahan

Bahan A

  • 250 gm tepung gandum/redrose
  • 110 gm gula icing
  • 110 gm serbuk badam/ground almond
  • 195 gm butter
  • 1 biji telur kuning
  • 80 gm susu tepung

Bahan B

  • TOPPING
  • TENGAH…jem blackcurrant secukupnya
  • TABURAN….almond flakes

Bahan C

  • ROYAL ICING
  • 60 gm putih telo
  • 80 gm gula castor
  • 2 tbsp tepung jagung

    * Putar putih telur dan gula hingge menjadi meringue.Masukkan tepung jagung, kacau dengan kaedah kaup balik.

Cara buat frambozen kenari

  1. Putar butter dan gula icing, masukkan kuning telur, masukkan tepung, susu tepung dan serbuk badam. Jadikan doh (jika adunan masih lembik boleh tambah tepung sedikit demi sedikit).
  2. Lapik tray 12x12x2 dengan kertas (1 adunan ini cukup untuk 1 tray)
  3. Letak adunan dan tekan padat. Cucuk dengan garpu dan tekan adunan dengan CUTTER, bakar lah biskut hingga masak lebih kurang 30 minit pade suhu 170 c.
  4. Bile dah masak angkat CUTTER dan sapu jem serta royal icing dan pasang semula CUTTER tersebut. Barulah di susun badam flakes YNG TELAH DIPANGGANG
  5. Bakar lagi selama 20 minit. (tambah lagi masa membakar 1 jam pada suhu 100 C untuk mengeraskan royal icing)
  6. Terus membuka CUTTER dan biarkan biskut sejuk dahulu baru lah di angkat.

Sumber: Maisarah Mat Nor dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Biskut Raya Yang Popular?

1. Tart Nenas

Tart Nenas merupakan kuih raya tradisional yang sangat popular di Malaysia. Kuih ini terdiri daripada pastri yang diisi dengan jem nenas yang manis dan sedikit masam, memberikan rasa yang seimbang dan menyegarkan.

2. Kuih Bangkit

Kuih Bangkit ialah biskut tradisional Melayu yang halus dan cair di mulut, diperbuat daripada tepung ubi kayu, santan dan gula. Teksturnya yang ringan dan lapang serta perisa pandan atau vanila menjadikannya pilihan istimewa semasa Hari Raya.

3. Kuih Makmur

Kuih Makmur merupakan kuih tradisional Melayu yang diperbuat daripada mentega, ghee dan tepung. Kuih ini dikenali dengan warna putihnya yang khas dan berbentuk bulat, sering dihidangkan semasa perayaan Aidilfitri.

4. Dahlia Cookies

Dahlia Cookies ialah biskut raya berbentuk bunga dahlia yang sangat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Biskut ini mempunyai tekstur yang rangup dan rasa mentega yang kaya, menjadikannya pilihan wajib dalam bekas kuih raya.

5. Mazola Cookies

Mazola Cookies merupakan biskut raya yang mudah dibuat dan sangat sedap, diperbuat dengan kacang atau kacang pea. Biskut ini terkenal dengan rasa yang creamy dan nutty, serta sering dibuat dalam warna hijau festif yang menarik.

Leave a Comment