4 Resepi Filling Mangga (Rasa Manis Buah)

Buat peminat mangga, mungkin resepi filling mangga ini anda akan suka. Buah mangga memang sedap ada rasa masam dan manis. Nak dijadikan inti atau filling pun sesuai. Paling sesuai jika filling untuk pastry atau kek.

Jom kita try!

1. Resepi Cheesekut Mangga

Bahan-bahan

  • 250g tatura cream cheese
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 2/3 sudu fresh milk
  • Sepaket biskut crackers (biskut marie)
  • Perisa mangga

Cara nak buat Cheesekut Mangga

  1. Masukkan 250 g tatura cream cheese ke dalam mixer, putar dulu bagi bekrim.
  2. Masuk 1/2 tin susu pekat manis. Nak kurang manis kurangkanlah susu.
  3. Masukkan 2-3 sudu fresh milk ,jangan cair sangat ye. Putar lagi sampai sebati. Selepas itu bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  4. Untuk melapis kita perlukan sepaket biskut crackers apa sahaja jenama.Untuk langkah pertama tuang sedikit fresh milk dalam mangkuk.
  5. Ambil sekeping biskut, celupkan ke dalam susu. Tak perlu sampai lembut cuma celup sekejap.
  6. Kemudian tuang lapisan cheese yang pertama tuang bagi tutup biskut.
  7. Kemudian taburkan nestum ye penuhkan atas lapisan cheese tadi kemudian ulang lagi diakhiri dengan cheese kalau suka boleh parut cheddar atas dia bolehlah taburkan mangga yang dipotong dadu..

Sumber: Nur Fairus dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Mango Cake

Bahan-bahan

Size loyang 8″

  • 5 biji telur (gred A)
  • 1 cawan gula halus
  • 1sb ovalate
  • 1sb mango filling
  • 2sk pewarne kuning
  • 1sk mango flavor
  • 2 cawan tepung self rising

Cream Cheese frosting

  • 125 cream cheese + 3sb susu pekat mix sebati
  • 1cwn fresh cream mix kental dalam bowl lain

Cara nak buat Mango Cake

  1. Mix semua sampai gebu matikan mixer masukkn 1/4 cawan minyak kacau rata.
  2. Dan bakar suhu 180 masa 45 mnt api atas bawah.

Cream Cheese frosting

  1. Then campurkan keduanya. Kacau sebati. Guna kaedah kaup balik.
  2. Kek belah kepada dua sapu filling dan sapu cream tadi.
  3. Kemudian boleh lepa pada keseluruhan kek dan sapu filling (campur sedikit air suam) atas permukaan kek dan hias dgn hirisan mangga siap.

Sumber: Nuratira Farahin Jailani dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Mango Float

Bahan-bahan

  • Buah mangga pastikan manis
  • 250g cream cheese
  • 250g whipping cream
  • 30g susu uht/fresh milk
  • 4 sudu besar susu pekat manis
  • Filling mango
  • Biskut graham/oreo.

Cara nak buat Mango Float

  1. Biskut dihancurkan. Letak tepi dulu.
  2. Putar cream cheese sampi smooth. Tambah whipping cream, susu pekat, susu fresh milk dan filling manggo 2 sudu besar atau suai selera. Beat lagi sampai kental.
  3. Setelah sebati. Masukkan biskut lapisan pertama. Paipkan adunan cream cheese tadi. Letak hirisan manggo yang didadu.
  4. Lapisan kedua ulang balik langkah tadi. Last letak manggo. Kemudian paipkan filling mango atas buah. Sejukkan dahulu. Sedia dihidang.

Sumber: Musz Lina dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Aiskrim Yogurt

Bahan-bahan

  • 1 cawan non diary whipping cream
  • ½ cawan susu cair/fresh milk
  • 1 sb ovellate
  • ½ cawan susu pekat
  • 2 cawan yogurt (asli/plain)
  • Filling yg disuka (mango)

Cara nak buat Aiskrim Yogurt

  1. Satukan whipping cream, susu air/fresh milk dan ovellate.
  2. Putar hingga gebu.
  3. Masukkan susu pekat dan yogurt
  4. Putar lagi sampai adunan naik dua kali ganda.
  5. Gunakan sudu, masukkan adunan aiskrim ke dalam cawan.
  6. Kemudian sudukan filling yang dah dibancuh gan sedikit air. Dan masuk semula aiskrim. Buat selang seli.
  7. Last skali letak filling. Masuk dalam freezer.

Sumber: Auni Hanani dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Jangan lupa ya cuba resepi yang menarik ini!

Jom semak juga resepi bangkit cheese ini yang tak jemu dimakan.

Selamat mencuba!

Leave a Comment