4 Resepi Epok-Epok (Karipap Inti Sayur)

Epok-epok atau karipap ini sama cuma nama panggilan sahaja dari setiap negeri yang membezakannya. Untuk epok-epok kebiasaannya inti adalah sayur, tapi anda boleh sahaja letak apa sahaja inti mengikut citarasa anda.

Jom kita try!

1. Resepi Inti Epok-Epok

Bahan-bahan

  • 8 biji telur
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang cili besar hijau
  • 1 sudu cili boh
  • 1 kiub pati ayam
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menumis.

Cara nak buat Inti Epok-Epok

  1. Bawang putih dan bawang besar potong dadu je. Cili besar tu mayang.
  2. Masukkan minyak dalam kuali, tunggu sedikit panas dan masukkan bahan yang dah dipotong tadi.
  3. Gaul sehingga naik bau dan sedikit layu
  4. Masukkan cili boh tadi dan gaul sebati.
  5. Masukkan pula kiub pati ayam, sedikit garam dan gaul sebati.
  6. Tolak sedikit bahan tadi ke tepi dan pecahkan telur ke dalam kuali
  7. Tunggu seketika supaya telur sedikit keras dan boleh gaul sebati.
  8. Pastikan kerap mengacau hingga ke dasar kuali supaya inti telur tidak berkerak.
  9. Gaul sehingga inti sedikit kering dan sedia untuk digunakan.

Sumber: Aminuddin Amzar Amran dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Epok-Epok Jerawat Batu

Bahan-bahan

  • 3 s/b Margerine
  • ¼ cwn Minyak masak
  • Air sejuk yang dalam peti ais
  • 500g tepung Gandum
  • 50g tepung Beras
  • 50g tepung Ubi
  • 1 sb gula
  • 1 st garam

Bahan inti sayur

  • Taugeh
  • Carrot [sagat halus panjang2]
  • Bawang holland [dihiris]
  • Bawang putih
  • Cili besar hijau
  • Daun bawang & sup
  • Rencah/serbuk cukup rasa maggi

Cara nak buat Epok-Epok Jerawat Batu

  1. Campurkan kesemua bahan kering.Tuangkan minyak panas & gaul rata.
  2. Tuangkan air sedikit sehingga membentuk doh lembut.
  3. Bahagi doh kepada bebola kecil. Leperkan & isi dengan inti kesukaan.
  4. Buat sehingga habis.
  5. Goreng dengan minyak banyak sedikit sehingga garing, goreng separuh masak & boleh buat frozen, bekukan untuk hidangan kemudian.

Nota Tips: Selepas doh di uli, perap doh dalam peti ais selama satu jam, baru keluarkan pada suhu bilik, langkah ini penting supaya semua bahan dalam adunan mesra dan membuatkan adunan lebih rapuh

Inti sayur

  1. Tumis bawang dengan sedikit minyak dan masukkan semua bahan.
  2. Masukkan cukup rasa maggi dan siap.

Sumber: Julia ALeen Aireish dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Epok-Epok Comel

Bahan-bahan

  • 9 biji kentang (potong kecil)
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Sejemput ikan bilis
  • 2 sudu kari ayam
  • Garam
  • Gula (untuk perisa)
  • Sedikit Maggi cukup rasa

Cara nak buat Epok-Epok Comel

  1. Tumbuk manja bahan-bahan seperti bawang dan ikan bilis. Kemudian tumis bahan di atas dan masukkan kentang. Masukkan sedikit air dan biarkan kentang sehingga lembut.
  2. Selesai ketepikan dan sejukkan.

Sumber: Nieda Tuharni dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Epok-Epok Sayur

Bahan-bahan

Doh

  • 2 cawan tepung
  • 1/2 cawan minyak panas
  • garam
  • 1/2 -3/4 cawan air.

Inti

  • Sengkuang potong memanjang
  • Tauge
  • Lobak merah
  • Daun bawang
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Sedikit belacan
  • Garam
  • Gula

Sos Cili Cuka

  • 6 batang cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan air panas. Boleh adjust
  • Garam
  • Gula
  • 1 sdt cuka
  • 1 sdb bijan disangai

Cara nak buat Epok-Epok Sayur

Doh

  1. Gaul tepung, garam dan minyak hingga rata.
  2. Masukkan air sedikit hingga dapat doh yang cantik. Jangan lembut sangat. Cukup sekadar doh yang cantik dan tidak kering.

Inti

  1. tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing. Masukkan belacan gaul sebentar. Masukkan lobak dan sengkuang terlebih dahulu. agak masak.
  2. Perasakan dengan gula dan garam. Keringkan. dan biar sejuk.
  3. Gelek Doh nipis. terap bulat atau bulatkan dan gelek nipis seperti buat karipap.
  4. masukkan inti dan klimkan sama ada guna tangan atau acuan.
  5. Juga boleh ditekan guna garfu. Setelah siap semuanya goreng guna api sederhana hingga masak.

Sos Cili Cuka

  1. Blender semua bahan tabur bijan atasnya dan hidang bersama kuih tadi.

Sumber: Kathy Kay dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Sesuai untuk ada si vegetarian, boleh lah cuba resepi epok-epok ini.

Jom semak juga resepi kuih siput boleh buat kudapan.

Selamat mencuba!

Leave a Comment