Enoki butter adalah hidangan cendawan enoki yang dimasak dengan mentega dan biasanya dibumbui dengan kicap atau bahan perasa lain. Hidangan ini menjadi viral di Malaysia setelah seorang pelakon tempatan, Zarina Anjoulie, memaparkannya dalam video TikTok, dan sering disajikan sebagai hidangan pembuka atau lauk-pauk.
Enoki butter mudah disediakan dalam masa yang singkat, biasanya hanya memerlukan 5 minit untuk memasaknya. Cendawan enoki yang halus dan panjang ini ditumir dengan mentega dan dibumbui dengan bahan seperti bawang putih atau kicap, menghasilkan hidangan yang sederhana tetapi berperisa.
Cara Masak Enoki Butter
1. Resepi Enoki Butter Anju
Bahan-bahan
- Cendawan enoki
- Mentega
- Bawang putih (didadu)
- Kiub pati ayam/Serbuk pati ayam/Stok ayam/Mushroom seasoning (boleh guna mana2)
- Sedikit air
- Chilli flakes
- Perahan lemon
Cara nak buat Enoki Butter Anju
- Tumis bawang putih dengan butter, masukkan enoki.
- Letakkan sedikit air, kiub pati ayam sikit & chilli flakes.
- Chilli flakes nak letak last pun ok, boleh taburkan atas hidangan.
- Perahan lemon boleh letak masa memasak atau perah atas hidangan masa nak makan.
Tips penting:Masa nak tutup api tu, letak potongan butter lagi. Kemudian boleh terus hidang. Selamat mencuba!
Sumber: Shariffah Shafinar Syed Zain dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Enoki Butter
Bahan-bahan
- Enoki 4-5pack
- Butter dalam 100g kot. Hampir setengah (suggestion salted scs/anchor/buttercup)
- Chili flakes
- Bawang putih 3 ulas cincang
- Lemon
- Air
- Garam@kiub ayam
Cara nak buat Enoki Butter
- Panaskan butter 50g.
- Masukkan bawang putih cincang.
- Masukkan enoki. Enoki jangan dicarik halus, biar berketul sikit. Enak.
- Dah kacau, masukkan air sikit ikut korang nak beleming.
- Masuk lebihan butter lagi 50g tadi.
- Dah cair butter masukkan chicken stock.
- Kacau sebati dan hidang. Masa dah hidang baru tabur chili flakes.
Sumber: Nur Asyikin Safii dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Enoki Butter 5 Bahan
Bahan-bahan
- Cendawan enoki
- Buttercup
- Chilli flakes
- 2biji bawang putih
- Lemon
Cara nak buat Enoki Butter 5 Bahan
- Panaskan butter & tumis bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan cendawan enoki.
- Tambah sedikit lagi butter.
- Last taburkan chilli flakes.
- Titiskan sedikit lemon ketika makan fuh memang mantap
Sumber: Muhammad Fauzwan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Enoki Butter Lemon
Bahan-bahan
- 2 pkt enoki Mushroom
- 4 ulas bawang putih (cincang kasar)
- 1 hirisan buah lemon
- 1/2 sudu teh Chilli flake
- 1/2 ketul Kiub Ayam atau 1 sudu teh Chicken Stok
- 4 sudu besar butter
Cara nak buat Enoki Butter Lemon
- Cuci cendawan enoki, potong hujungnya dan leraikan. Toskan cendawan enoki.
- Panaskan kuali masukkan 2 sudu besar butter dan bawang putih yg di cincang dan gaul rata hingga kekuningan.
- Masukkan cendawan enoki bersama sedikit air, Chicken stok/Kiub Ayam dan gaul rata hingga sebati.
- Masukkan 2 sudu besar butter dan gaul rata. Tutup api.
- Taburkan chilli flake dan perahkan lemon ke atas enoki Mushroom.
Sumber: Eryn TJ dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Hidangan Berasaskan Cendawan?
Menu cendawan selalunya ringkas dan mudah disediakan. Namun, disebabkan cendawan tersedia dalam pelbagai jenis dan variasi, rasa yang dihasilkan menu cendawan berbeza-beza dan menarik. Dibawah merupakan 5 lagi cadangan hidangan yang dimasak menggunakan cendawan sebagai bahan utama:
1. Shiitake Braised
Shiitake braised dalam sos tiram adalah salah satu hidangan wajib untuk sambutan Tahun Baru Cina. Cendawan shiitake yang tebal dan berperisa dimasak dengan sos tiram dan gula batu sehingga menghasilkan hidangan yang berkilat dan sedap.
2. Oyster Mushroom Sauté
Cendawan tiram yang digoreng dengan mentega, bawang putih dan daun pasli menghasilkan hidangan sampingan yang mudah dan cepat. Hidangan ini boleh disajikan sebagai lauk-pauk atau dihidangkan bersama pasta untuk makanan tanpa daging yang istimewa.
3. Shimeji Stir Fry
Cendawan shimeji adalah popular di Jepun seperti cendawan shiitake dan kerana rasanya yang tidak terlalu kuat, ia digunakan dalam pelbagai hidangan seperti steamboat, sup miso dan nasi bubur. Tumisan shimeji dengan sayur-sayuran lain menghasilkan hidangan yang sihat dan bernutrisi.
4. Mixed Mushroom Tempura
Cendawan shiitake segar lebih sedap apabila digoreng dalam adunan tempura, dan teknik ini juga boleh digunakan untuk pelbagai jenis cendawan lain. Hidangan tempura cendawan campuran menawarkan tekstur yang rangup di luar dan lembut di dalam.
5. Mushroom Miso Soup
Cendawan enoki yang nipis sangat menakjubkan dalam sup miso cendawan dan sup ini boleh diperkaya dengan cendawan lain seperti shiitake dan shimeji. Sup miso cendawan adalah hidangan Jepun tradisional yang menyihatkan dan mengenyangkan.