4 Resepi Daging Palembang

5/5 - (1 vote)

Daging Palembang ialah masakan tradisional yang berasal dari Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia. Ia dikenali dengan rasa rempah yang kaya dan kuah yang pekat, hasil daripada gabungan santan, rempah ratus, dan penggunaan kicap manis. Berbeza dengan rendang, daging Palembang tidak dimasak sehingga kering sepenuhnya, sebaliknya kuahnya dibiarkan pekat dan berlemak. Hidangan ini menonjolkan rasa manis, pedas dan beraroma. Masakn ini sesuai dengan citarasa masyarakat Palembang yang gemar masakan berempah tetapi seimbang rasa. Ia sering dihidang bersama nasi putih atau nasi minyak.

Untuk masak Palembang, daging lembu dipotong nipis dan dimarinasi dengan campuran rempah yang telah dikisar halus bersama garam dan gula. Kemudian, daging dimasak atas api sederhana dengan sedikit minyak sehingga empuk dan berempah. Masakan ini biasanya dihidang bersama nasi putih panas.

1. Resepi Daging Palembang

Bahan-bahan

  • Daging
  • Bwg bsr
  • Bwg putih
  • Lengkuas
  • Halia
  • Serai
  • Kicap manis
  • Buah pelaga, kayu manis, bunga lawang
  • Biji ketumbar, jintan manis jintan putih
  • Kerisik
  • Cili kisar

Cara buat Daging Palembang

  1. Perap daging dengan kicap, ketumbar dan jintan, rempah disangai dan ditumbuk halus.
  2. Tumiskan cili kisar, bawang besar, bawang putih, halia dan lengkuas yang telah diblender. Serai ketuk sahaja dan masukkan sekali.
  3. Bila dah garing masukkan daging tadi, boleh tambah kicap kalau nak warna lagi gelap.
  4. Dah agak kering boleh masukkan kerisik dan perasakan dengan garam dan perasa.

Sumber: ساي عائشه dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Daging Masak Palembang

Bahan-bahan

  • Daging
  • Daun pandan
  • Bawang
  • Halia
  • 4 sekawan
  • 2 btg serai
  • Cili kering, bawang besar, bawang putih (blender)
  • Sos tiram
  • Kicap
  • Air asam jawa
  • Gula
  • Garam
  • Santan
  • Kerisik

Cara buat Daging Masak Palembang

  1. Rebus daging sampai empuk dan ketepikan.
  2. Tumis daun pandan sehingga naik wangi.
  3. Masukkan bawang yang dihiris nipis, halia dan 4 sekawan. Masak layu.
  4. Masukkan 2 batang serai yang diketuk. Kacau sebati.
  5. Masukkan bahan blender – cabai kering, bawang besar, bawang putih. Kacau hingga naik minyak.
  6. Masukkan sedikit sos tiram dan kacau lagi.
  7. Masukkan daging bersama air rebusan.
  8. Tambah kicap kipas udang, air asam jawa, gula dan sedikit garam. Kacau hingga hampir pekat.
  9. Masuk santan dan kerisik. Kacau sebati.
  10.  Agak pekat/naik minyak, tutup api.

Sumber: Sapina Shahabudin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Rendang Palembang

Bahan-bahan

  • 1 kg daging dihiris nipis direbus bagi empuk
  • 1 cawan kicap manis kipas udang
  • 3 batang serai dititik
  • 6 sb kerisik

Bahan kisar

  • 3 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 20 biji cili kering
  • 3 inci halia muda
  • 1 inci lengkuas
  • Daun kunyit dihiris
  • Daun limau purut

Bahan penumis

  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih

Cara buat Rendang Palembang

  1. Masukkan minyak dalam kuali.
  2. Tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Biar naik bau sekejap.
  3. Masukkan bahan yang telah dikisar. Masak seketika.
  4. Masukkan daging yang telah direbus serai yang dititik. Masak sehingga daging sekata.
  5. Masukkan kicap dan masak seketika.
  6. Masukkan kerisik dan daun limau purut
  7. Masukkan garam dan gula. Ikut selera masing-masing.
  8. Taburkan dengan hirisan daun kunyit untuk tambah aroma.

Sumber: Anida Azmi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Daging Masak Palembang Mabeless

Bahan-bahan

  • 1 kg daging dihiris nipis (Kak Za guna daging batang pinang)
  • Kicap lemak manis
  • 2 batang serai (diketuk manja)
  • 3 sudu kerisik
  • 2 labu bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 10 biji cili kering (dikisar)
  • 2 inci halia (dikisar)
  • 1 inci lengkuas (dikisar)
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kuulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • Garam dan g4 Resepi Daging Palembang (Rasa Rempah & Kuah Pekat)ula secukupnya
  • Minyak masak untuk menumis

Cara buat Daging Masak Palembang Mabeless

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bunga lawang, kuulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Kacau rata dan biarkan sampai naik bau.
  2. Seterusnya masukkan bahan kisar, kacau dan biarkan masak seketika.
  3. Masukkan daging dan serai yang diketuk manja tadi. Kacau sebati dan masak sehingga daging empuk.
  4. Bila daging dah empuk tu, masukkan kicap lemak manis dan kacau rata.
  5. Selepas itu masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa. Sesuaikan rasanya. Biarkan merenih seketika.
  6.  Dah siap.

Sumber: Iza Abu Bakar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Bolehkah Buat Kambing Masak Palembang?

Ya, kambing boleh dimasak dengan gaya masakan Palembang. Teknik dan bahan perapan yang sama seperti untuk daging lembu boleh digunakan, termasuk penggunaan santan, rempah tumis, kicap manis, lengkuas, serai dan daun limau purut.

Namun, daging kambing perlukan perhatian tambahan dari segi penyediaan bagi mengurangkan bau hamis. Ia boleh direbus dahulu dengan halia dan serai sebelum dimasak kuah. Kambing masak Palembang akan menghasilkan rasa yang lebih unik, sedikit berlemak dan sangat sesuai dijadikan lauk kenduri atau jamuan istimewa.

Apa Itu Rendang Palembang?

Rendang Palembang ialah variasi rendang dari Palembang yang mempunyai perbezaan ketara berbanding rendang Minang (Padang). Ia menggunakan kicap manis dalam bahan utama, menjadikannya lebih gelap, berkuah pekat dan manis berbanding versi Minang yang lebih kering dan pedas.

Rendang Palembang juga menggunakan santan dan rempah seperti ketumbar, jintan manis, serai dan kayu manis, tetapi rasanya lebih seimbang antara manis, lemak dan sedikit pedas. Dagingnya dimasak lama hingga empuk dan kuahnya meresap dalam daging, menjadikan ia sangat berperisa.

Selain mengikuti resepi daging palembang, penggemar daging juga boleh mencuba menu-menu yang akan dicadangkan ini. Antara menu popular berasakan daging adalah seperti berikut:

1. Daging Masak Hitam

Masakan ini menggunakan daging lembu yang dimasak dengan kicap manis dan kicap pekat sehingga berwarna gelap. Rempah-rempah seperti bawang, halia dan serai ditumis bersama daging sehingga mengeluarkan aroma yang harum.

2. Rendang Daging

Rendang adalah hidangan ikonik yang dimasak dengan santan dan rempah ratus yang kaya. Daging dimasak perlahan-lahan dalam campuran rempah dan santan sehingga kuahnya pekat dan meresap ke dalam daging.

3. Daging Masak Merah

Masakan ini menggunakan daging lembu yang dimasak dalam kuah merah yang dibuat daripada cili merah, bawang dan rempah ratus. Rasa pedas dan manis menjadikan hidangan ini sangat popular di Malaysia.

4. Daging Kurma

Daging Kurma adalah masakan yang menggunakan rempah kurma dan campuran rempah ratus tradisional. Ia dimasak sehingga daging menjadi empuk dan kuahnya pekat dengan rasa yang manis dan berempah.

5. Beef Stroganoff

Walaupun berasal dari negara luar, masakan ini kini popular di Malaysia. Daging lembu dipotong nipis dan dimasak dengan cendawan dalam sos krim yang lazat, sering dihidangkan dengan kentang puree atau pasta.

Leave a Comment