4 Resepi Daging Kerutuk

Daging kerutuk atau daging masak kerutuk merupakan makanan tradisional dari Kelantan, Malaysia. Hidangan ini menggunakan daging lembu sebagai bahan utama dan merupakan sejenis kari berasaskan santan yang sangat kaya. Daging kerutuk merupakan sebahagian daripada khazanah tukang masak tradisional Kelantan yang sangat terkenal dan terikat rapat dengan warisan, budaya, serta gaya hidup masyarakat Pantai Timur.

Masakan kerutuk daging lebih sedap jika daging dipotong tebal dan orang Kelantan memanggilnya sebagai kerutuk gulai buku besar. Secara tradisional, hidangan ini paling baik dimakan dengan nasi putih, sambal belacan, dan ulam-ulaman. Kerutuk daging ini sangat sedap dimakan dengan nasi berperisa atau nasi putih, terutama bila kuahnya agak pekat dan penuh dengan aroma rempah ratus

1. Resepi Gulai Kerutuk Daging CIKGU AFY

Bahan-bahan

Pes bahan kisar

  • Anggaran bahan untuk 1/2 kilo daging.
  • 3 biji bawang merah saiz bola pingpong
  • 1 ulas bawang putih2 hiris bulat serai
  • Sehiris nipis halia
  • Sehiris nipis lengkuas
  • 1/2 sudu kecil jintan putih+ 1/2 sudu kecil rempah ketumbar

Kisar semua bahan di atas hingga lumat

Cara nak buat Gulai Kerutuk Daging CIKGU AFY

  1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis 4 sekawan. Seterusnya masukkan bahan kisar tadi.
  2. Masukkan pula 1 sudu kecil cili kisar.
  3. Masukkan 3 1/2 sudu besar rempah kerutuk timbang Kelantan. Kacau menggunakan api perlahan sehingga terbit minyak. Barulah ditambahkan dengan 1/2 cawan air + asam jawa secubit.
  4. Masukkan pula perasa peringkat pertama. Sedikit garam, nise Kelantan dan gula secukup rasa.
  5. Daging 1/2 kilo yang dipotong nipis dan sedikit lebar pula dimasukkan. Kacau rata sebelum periuk ditutup. Biarkan selama 40 minit menggunakan api yang perlahan.
  6. Selepas itu, tambahkan pula 1 sudu besar kerisik. Kemudian masukkan santan 1/2 cawan. Tambahkan sedikit air.
  7. Tambahkan perisa peringkat kedua hingga cukup rasa. Renehkan lagi dengan api perlahan lebih kurang 30 minit untuk rasa yang lebih menyerlah sebelum ditutup apinya.

Sumber: Afy AL Habibi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Kerutuk Daging

Bahan-bahan

  • 1/2 kilo daging

Bahan untuk blend

  • 2 keping lengkuas
  • 2 keping halia
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit ketumbar
  • Sedikit jintan putih
  • 2 batang serai
  • Sedikit lada kering
  • Asam keping
  • Sedikit gula Melaka
  • Kerisik
  • Santan pekat
  • Rempah 4 sekawan
  • 3 sudu makan rempah kerutuk

Cara nak buat Kerutuk Daging

  1. Daging dipotong besar dan dicuci bersih.
  2. Tumiskan rempah 4 skwan kemudian masukkan bahan yang diblend, dan rempah kerutuk tumis hingga pecah minyak
  3. Kemudian daging masukkan sedikit air tutup periuk.agak2 daging dah empuk masukkan santan, kerisik, gula Melaka, asam keping dan garam masak sampai kuah sedikit pekat.

Sumber: Noriza Awang Hamat dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Daging Kerutuk Kelantan

Bahan-bahan

  • Daging potong buku besar @ayam
  • Minyak
  • Kayu manis, bunga lawang, pelaga
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Cili kering blend
  • Asam keping
  • Santan
  • Rempah kerutuk
  • Garam, perasa
  • Gula merah @nisan kerek

Cara nak buat Daging Kerutuk Kelantan

  1. Tumis 3 serangkai, masukkan bahan tumisan bila dah garing masukkan cili kering dan masukkan rempah kerutuk.
  2. Masukkan air sikit bila dah pecah minyak baru masukkan daging, kacau sebati dan tambahkan air kalau daging ambil masa untuk lembut.
  3. Bila dah lembut baru masukkan santan masak smpai pekat dan pecah minyak perasakan siap.

Sumber: Farah Rashid dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Daging Kerutuk Kelantan Ori

Bahan-bahan

  • 1kg daging
  • Bawang merah 10ulas
  • Bawang puteh 4ulas
  • Bawang besar Holland 2biji
  • Halia seinci
  • Lengkuas seinci
  • Kunyit seinci
  • Serai 2btg
  • Rempah ketumbar dalam 1sudu bsr

semua bahan diatas dikisar

Cara nak buat Daging Kerutuk Kelantan Ori

  1. Masukan 1cawan minyak.
  2. Tumis 3sekawan masukkan bahan kisar cili dalam 2 sudu besar.
  3. Masukkan rempah kerutuk daging niksah dalam 5sudu besar tumis biar pecah minyak.
  4. Masukkan daging dan air tggu sampai daging empuk masukkan kerisik dalam 4 sudu besar masukkan santan dan guma melaka 2keping asam keping, garam gula secukup rasa.
  5. Tunggu sampai masak last masuk bawang Holland sebiji.

Sumber: Nadia Suraya dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Selain Kerutuk, Apa Lagi Menu Tradisional Berasaskan Daging Yang Menarik?

1. Gulai Daging Kawah

Gulai daging kawah merupakan masakan tradisional di mana daging direbus, dihiris, ditumbuk dan diperap sebelum dimasak. Hidangan ini menghasilkan kuah gulai yang kaya dan beraroma dengan daging yang empuk serta tahan lama.

2. Kari Daging

Kari daging adalah masakan berkuah yang diperbuat daripada potongan daging lembu yang dimasak dengan rempah-rempah seperti serbuk kari, halia, dan bawang merah. Masakan ini merupakan hidangan popular yang sering dihidangkan pada majlis-majlis istimewa.

3. Rendang Daging

Rendang daging merupakan masakan tradisional Minangkabau yang telah diadaptasi dalam masakan Malaysia. Hidangan ini dimasak dengan santan dan rempah-rempah sehingga kuah mengering dan daging menjadi empuk berwarna coklat gelap.

4. Gulai Darat Kelantan

Gulai darat Kelantan merupakan variasi gulai daging yang khusus dari negeri Kelantan. Masakan ini mempunyai cita rasa yang unik dengan penggunaan rempah-rempah tempatan yang memberikan aroma dan rasa yang khas.

5. Daging Masak Hitam

Daging masak hitam mempunyai rasa sebiji macam kenduri. Hidangan ini dinamakan demikian kerana warna kuahnya yang gelap hasil daripada proses memasak yang lama dengan rempah-rempah dan kicap manis.

Leave a Comment