Cream Puff adalah sejenis pastri ringan yang dibuat daripada adunan choux pastry yang dipanggang sehingga mengembang dan berlubang di bahagian dalam. Pastri ini kemudiannya diisi dengan krim yang lembut seperti whipped cream, custard, atau pastry cream. Cream Puff berasal dari masakan Perancis dan dikenali sebagai ‘profiterole’ dalam bahasa asal.
Tekstur luaran Cream Puff adalah renyah dan nipis, manakala bahagian dalamnya kosong dan lembut. Ia sering dihidangkan sebagai pencuci mulut dan boleh dihiasi dengan serbuk gula, coklat cair, atau sos karamel. Cream Puff popular di seluruh dunia dan sering dijumpai di kedai-kedai bakeri serta restoran fine dining.
Cara Buat Cream Puff
1. Resepi Cream Puff
Bahan-bahan
Krim kastard
- 1 ¼ cawan/313ml susu full cream
- 2 biji kuning telur/1 biji telur
- 1/4 cawan/55g gula
- 1 sudu besar/8g tepung gandum/tepung kastard
- 3 sudu besar/24g tepung jagung
- ¼ sudu kecil garam
- 1 sudu kecil esen vanila
- 2 sudu besar/28g unsalted butter/marjerin pon boleh
- 1 cawan/240g non-dairy whipping cream/fresh cream
Choux pastry
- 1 cawan/250g air
- ¼ cawan/56g butter/marjerin
- ¼ sudu kecil garam
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu besar/12g gula
- 1 cawan/125g tepung gandum
- 3 hingga 4 biji telur saiz B
NOTA: Boleh gandakan resepi choux pastry, sebab cream tu banyak cukup untuk 2 adunan.
Cara nak buat Cream Puff
Krim kastard
- Masak semua bahan kastard kedalam periuk dan kacau dgn api perlahan sehingga pekat. Tutup bahagian atas dengan plastik. Sejukkan ke dalam chiller.
- Putar whipping cream sehingga kental dan masukkan kastard. Mixer sebati.
- Didihkan air, marjerin/butter dan gula sampai menggelegak. Pastikan butter semua dah cair elok. Kemudian masukkan tepung gandum.
Choux pastry
- Kacau laju sampai terhasil kerak nipis keliling kuali. Masa ini bancuhan tadi akan jadi mcm doh tau. Tutup api.
- Biarkan sampai sejuk atau suam kuku.
- Masuk telur satu persatu, mix sebati.
- Paipkan dalam tray, bakar suhu 200-220c dm 30minit. Ikut oven masing-masing..
- Nak tahu creampuff jadi ke tak, pastikan berongga kat dalam dan bila masak tak kecut semula.
- Sejukkan, gunting dan paipkan filling tadi. Nak cantik boleh tabur snow powder tapi bukan gula aising ye.
Sumber: Tuan Adriana Arissa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Cream Puff Cendol
Bahan-bahan
- 100 gm butter
- 150 gm air
- 140 gm tepung
- 3 biji telur saiz B
- Sedikit emulco pandan
- Sedikit pewarna hijau
Bahan inti kastard cendol
- 200 gm Instant custard
- 250 gm UHT whipping cream
- 150 ml Air
- 250 gm Fresh Cream
- 100 gram Gula melaka (yang dicairkan)
- 150 gram Cendol
Cara nak buat Cream Puff Cendol
Cream puff
- Panaskan ketuhar pada suhu 220 darjah celcius.
- Didihkan air bersama butter,emulco hijau dan pewarna hijau. Perlahankan api. Masukkan tepung sambil dikacau dan tutup api dan terus kacau sampai sebati adunan tersebut dan membentuk segumpal adunan.
- Biarkan sejuk sekejap adunan tersebut 5-10 minit dan masukkan dalam mixer lalu dipukul sambil dimasukkan telur sedikit demi sedikit. Adun hingga sebati.
- Paipkan adunan menggunakan piping beg dengan acuan semprit ke dalam dulang yang dilapik kertas minyak. Seeloknya paip sebesar ibu jari kaki sahaja saiznya kerana puff ini akan mengembang dan jarakkan kedudukannya.Tekankan peak yang terbentuk di pusaran adunan supaya tidak hangus/garing nanti.
- Sebelum dibakar spray dahulu permukaan puff dengan air.
- Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar 20-25 minit sehingga bertukar warna.
Inti kastard cendol
- Putarkan instant custard , UHT whipping cream dan air sejuk dan gula melaka dan ketepikan.
- Dalam bekas lain, putarkan fresh cream hingga soft peak. Kemudian masukkan campuran custard tadi dan putar hingga kental masukkan cendol dah kaub balik sahaja.
- Filling disarankan buat terlebih dahulu dan simpan dalam peti supaya betul kental baru senang paip.
Sumber: Hafidz Ahmad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Japanese Cream Puff
Bahan-bahan
Bahan puff
- 120gm butter
- 150gm air
- 170gm tpg gandum
- 4bj telur (gred A)
- Secubit garam
Bahan crust (kerak atas puff)
- 50gm butter
- 1/ 3 cwn gula icing
- 1/ 3 cwn tpg gandum
Creamy custard
Bahan A
- 2 bj telur(gred A)
- 6 sdb gula
- 1 sdb tpg jagung
- 1 sdb tpg gandum
- 1 sdt esen vanilla
- 1 1/2 cawan susu segar@cair
Bahan B
- 1 cwn whipping cream (pukul kental)
Cara nak buat Japanese Cream Puff
Puff
- Panaskan oven suhu 200’c.
- Panaskan air+butter, garam sampai mendidih.
- Masukkan tepung gandum gaul sampai jadi doh dan padamkan api.
- Masukkan doh dalam mangkuk mixer biarkan sejuk sedikit masukan telur pukul sebati.
- Masukkan dalam piping bag.
Crust (kerak aats puff)
- Panaskan butter sampai cair dan tutup api.
- Masukkan gula icing dan tepung gandum gaul sebati.
- Paipkan adunan sebesar 50sen atas tray.
- amik sdkt crust tabur n tepek ats adunn puff yg dpaipkn td
- Bakar keperangan dengan suhu 200’c.
Creamy custard
- Dalam periuk satukan semua bahan whisk rata nyalakan api whisk non stop sampi pekat dan tutup api sejukkan custard dah sejuk satukan dengan bahanB.
- Simpan peti sejuk bila puff dah masak dan sejuk gunting sikit puff paipkan filling custard siap.
Sumber: Noraida Durani dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Vanilla Cream Puff
Bahan-bahan
Filling creampuff
- 1 cawan fresh milk
- 2 biji kuning telur
- 3 s/b tepung jagung
- 1 s/b tepung gandum
- 1/4 cawan gula kastor (kalau nak manis, letak lebih sikit)
- 1/4 s/k garam
- 1 s/k vanilla essence
- 2 s/b unsalted butter
- 1 cawan non-dairy whipping cream
Puff
- 1 cawan air
- 1/2 cawan butter
- 1 s/b gula
- 1/4 s/k garam
- 1 s/k vanilla essence
- 1 cawan tepung gandum
- 3-4 biji telur
Cara nak buat Vanilla Cream Puff
Filling
- Masukkan telur, tepung jagung, tepung gandum, gula kastor, garam dalam 1 bekas. Whisk sampai sebati adunan tu.
- Panaskan fresh milk tak perlu sampai menggelegak pun.
- Tuang susu dalam bekas adunan telur sambil whisk.
- Kalau dah sebati, letak adunan tu dalam periuk, kacau dengan api sederhana.
- Masukkan vanilla essence, teruskan kacau.
- Bila adunan dah pekat, tutup api. Masukkan dalam bekas, sejukkan 1-2 jam.
- Agak-agak dah nak dekat 2 jam tu, boleh lah putar non dairy whipping cream. Putar dengan mixer sampai kembang & gebu.
- Mix adunan telur & whipping cream, kaup sikit-sikit.
- Masukkan filling ke dalam piping bag. Letak dalam peti. Settle.
Puff
- Masukkan air dalam periuk. Letak butter, gula & garam. Kacau sampai larut. Kacau dengan api sederhana.
- Letakkan vanilla essence.
- Tuang semua tepung gandum sekaligus.
- Bila adunan dah sebati, akan jadi “doh”. Kalau yang guna periuk non-sticky, nampak texture doh tu tak melekat dekat periuk. Tutup api. Sejukkan kejap dalam 5-10 minit.
- Bila adunan dah sejuk, gunakan mixer, masukkan telur sebiji demi sebiji. Jangan letak sekaligus. Letak sebiji, mix. Then repeat.
- Adunan akan jadi berkilat & tak terlampau pekat/cair.
- Masukkan adunan puff dalam piping bag. Sebelum tu pilih la bentuk nozzles yang sesuai.
- Buat la bentuk macam mana korang suka. Bakar pada suhu 150c 25-30 minit (bergantung pada oven masing-masing)
- Cara letak cream dalam puff ni optional lah nk tebuk dari bawah puff atau belah tepi.
Sumber: Nuralia Idayu dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Pastri Enak Yang Patut Dicuba?
1. Eclair
Eclair adalah pastri memanjang yang dibuat dengan adunan choux yang sama seperti Cream Puff, tetapi dibentuk dalam rupa silinder panjang. Ia biasanya diisi dengan krim vanilla atau coklat dan disalut dengan fondant atau coklat di bahagian atas.
2. Profiterole
Profiterole adalah versi asal Cream Puff dari Perancis yang sering dihidangkan dengan sos coklat panas. Ia mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding Cream Puff biasa dan sering disusun dalam bentuk piramid untuk majlis-majlis istimewa.
3. Croquembouche
Croquembouche adalah kek tradisional Perancis yang dibina dengan menyusun profiterole kecil dalam bentuk kon dan direkatkan dengan karamel keras. Ia merupakan pencuci mulut yang popular untuk majlis perkahwinan dan sambutan khas.
4. Paris-Brest
Paris-Brest adalah pastri berbentuk bulat dengan lubang di tengah yang menyerupai roda basikal. Ia dibuat dengan adunan choux dan diisi dengan krim praline, dicipta untuk memperingati perlumbaan basikal antara Paris dan Brest.
5. Churros
Churros adalah pastri bergoreng yang dibuat dengan adunan choux yang dipicit melalui star nozzle untuk menghasilkan bentuk beralur. Ia sering disalut dengan gula kayu manis dan dihidangkan dengan sos coklat untuk celupan.