Cekodok ikan bilis ialah sejenis kuih goreng tradisional yang diperbuat daripada adunan tepung gandum yang dicampur dengan ikan bilis, bawang, dan air, kemudian digoreng hingga keperangan dan rangup di luar, lembut di dalam. Ia juga dikenali sebagai jemput-jemput bilis dan merupakan snek atau sarapan yang sangat popular di Malaysia kerana cara penyediaannya yang mudah dan bahan yang ringkas.
Bahan utama cekodok ini terdiri daripada tepung gandum, ikan bilis tumbuk atau diracik kasar, bawang merah, daun kucai (pilihan), garam dan air. Ada juga versi yang menambah cili hidup, lobak merah parut atau daun sup untuk menambah rasa dan warna. Semua bahan digaul menjadi adunan pekat, kemudian dijemput (dicedok) sedikit demi sedikit dan digoreng dalam minyak panas sehingga keemasan. Cekodok ikan bilis sangat sesuai dimakan panas-panas bersama sos cili, sambal kicap pedas atau dimakan begitu sahaja.
Hidangan Cekodok Ikan Bilis
1. Resepi Cekodok Ikan Bilis Rangup
Bahan-bahan
Cara nak buat Cekodok Ikan Bilis Rangup
- Masukkan kesemua bahan bawang besar+ikan bilis+daun bwg@sup ke dalam tepung.
- Kemudian masukkan kesemua air yang didihkan tadi ke dalam semua bahan tadi.
- Goreng sampai color kuning keperangan.
Sumber: Amida Ida dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Cekodok Ikan Bilis Sedap
Bahan-bahan
- Tepung gandum – 3 cawan
- Air panas mendidih – 3 cawan
- Ikan bilis tumbuk – segenggam
- Bawang merah hiris nipis – 3@4 biji
- Daun sup gunting halus
- Garam secukup rasa
Cara nak buat Cekodok Ikan Bilis Sedap
- Campurkan semua bahan kcuali air panas dan gaul rata masukkan air panas gaul cepat sampai sebati kalau urang rata masukkan air paip biasa dan gaul sebati.
- Doh memang akan melekit dan sedikit kental sediakn air sebekas untuk celup tangan waktu nak menggoreng dan boleh menggoreng sampai kekuningan.
Sumber: Muliyana Suhud dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Cekodok Ikan Bilis
Bahan-bahan
- Tepung Gandum – 2 cawan (diayak)
- Tepung Jagung – 1/2 cawan (diayak)
- Udang Segar (saiz kecik) – semangkok (buang kulit)
- Baking Powder – 1 sudu teh
- Bawang Besar – sebiji (potong dadu)
- Mentega / Marjerin – 1 1/2 sudu besar (dicairkan dulu)
- Udang Kering – segenggam (rendam air panas sampai kembang, dan tos dan blend kering)
- Garam & Serbuk Perasa sikit
- Telur Ayam – sebiji
- Serbuk Kunyit – 1/2 sudu teh
Cara nak buat Cekodok Ikan Bilis
- Gaul semua bahan sampai rata. Masukkan air sikit demi sikit sampai adunan melekat pada sudu (tak terlalu cair dan tak terlalu pekat). Rasa masinnya dulu dan perap adunan kejap 15 minit.
- Panaskan minyak, gunakan 2 sudu besar, cedok adunan dengan sudu (1/2 – 3/4 penuh sudu) dan gunakan sudu lagi satu untuk tolak adunan dalam sudu ke dalam minyak.
- Dengan cara ni, cekodok akan cantik bulat dan tak leper. Goreng sampai garing.
Sumber: Zawiyah Awang dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Cekodok Ikan Bilis Mudah
Bahan-bahan
- Ikan bilis segenggam
- Daun sup, daun bawang
- Bwg kecil5 biji, hiris mayang
- Carrot, sagat halus
- Kentang 2 biji, sagat halus
- Cili merah, hiris nipis (optional)
- Garam
- Air 3 – 3 1/2 cawan @secukupnya.
Cara nak buat Cekodok Ikan Bilis Mudah
- Campurkan semua bahan sekali letak air sikit demi sedikit. Selepas bancuh, biarkan sekejap dalam 10-15 min.
- . Bancuhan ini tak gunakan telur. Memang lembut dan rangup semula jadi.
- Tips utk menggoreng rangup, pastikan minyak betul panas.
Sumber: Nora Abdullah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)